Monday, September 30, 2019

NAMPAK MENARIK

Hari ini
Penampilanmu mengingatkan aku
Pada kali pertama kita bertemu
Gaya rambutmu tanpa minyak
Caramu yang sederhana dan santai
Tidak menarik perhatianku
Mungkin kerana masa itu
Kita belum kenal lebih dekat

Hari demi hari kulihat
Penampilanmu semakin berubah
Semakin kelihatan sedikit bergaya
namun tidak ketara
Masih sederhana namun nampak menarik

Senyumanmu juga  buatku terpukau
Gila bayang dibuatnya...
Dan hari hariku ceria melihatnya
Hingga detik ini tidak mampu hindari.

~ Ave August

No comments:

Post a Comment