Saturday, September 28, 2019

CUKUPLAH

Hari ini aku cemburu
Tiada lagi kata sayang antara kita
Kau lebihkan dia daripada aku
Sedih hati ini rasa tertipu
Tabahlah wahai hati
Kupujuk diri dengan senyuman
Luka disembunyi rapi.

Selamba dirimu kesukaan
Mungkin kerana dambaan hati jatuh di riba
Lama ditunggu baru ada jawabnya
Diakui di depan mata saksi diri ini sendiri
Sejak itu kulihat hatimu menari
Semakin hari semakin suka
Semakin hari semakin banyak cerita
Kadangkala sengaja menyakiti

Di bibir kata tidak; hati kata suka

Bila pergi ditanya ke mana
Lalu pergi bersama
Duduk bertentang mata
Cerita sama sehati sejiwa
Aduh aku cemburu
Namun apakan daya aku tak mampu
Cukuplah hanya melihat dan dilukai.

~ Ave August

No comments:

Post a Comment