Tadi aku lihat jejakmu di laman biru
tanda matamu celik seawal subuh
di mana aku ketika itu
betapa indah tak terkata
jika kala itu dalam dakapmu aku beradu
siapa hatinya tidak gembira
dilamun cinta semasa
sedar saja dari mimpi-mimpi
insan pertama dicari ada sedang perhati
oh sayang
dewi di sanubari.
No comments:
Post a Comment