Saturday, January 30, 2016

JURNAL ABADI

bangunkan aku pada dinihari
dan yakinkan aku untuk terus mencari
pada sesuatu yang pasti

kutintakan dalam sekeping diari
bersama hati dalam jurnal abadi
demi hari-hari yang kulalui

dahulu aku berjanji
tidak akan ku sepi kerana ada puisi
dan setiap hari pasti hatiku tenang menanti

dahulu aku berjanji
tidak akan ku sepi kerana ada mimpi
berdeklamasi sepanjang hari...

bangunkan aku pada dinihari
dan yakinkan aku untuk terus mencari
sebuah puisi,
kerana suatu hari nanti
pula pasti
aku akan pergi
dan semoga bila sahaja kau lihat pada warna pelangi
kau tahu mindaku kekal bersemi...

MAS CARRA
http://tamanberkasihasmara.blogspot.my/
27 Januari 2016

‪#‎midorijournal‬

Wednesday, January 27, 2016

AKULAH, HARUMAN DARI SYURGA!

Pernah aku baca sebuah buku, kata penulisnya:

"Manusia cepat bosan."

Dan aku telah buktikan kepadanya, aku bukan manusia biasa. Setelah bertahun-tahun lamanya aku mencintai PUISI. ...masih tidak aku bosan.

Ya, aku bukan manusia biasa.

AKULAH, HARUMAN DARI SYURGA!

MOMODUIT

aku ke pantai menentang arus
mata idamkan sebuah ketenangan
keluar dari perut kota
bergelimpangan
hamparan sampah
nan menyampah


melinsung menyantun sapa
apa khabar katanya
rehatkan minda dari tekanan kerja
datanglah
sekali sekala
biar segar dan ilham menyergah

bagaimana aku tenang melinsung
tibanya di sini
mata menyaksikan binasa
tentu ini kerja orang kota
tidak pun semua
pasti ada tidak pertahan maruah

tenang saudara...
melangkahlah lebih lama
lihat nun di sisir sana
ada orang kita sedang momoduit
mereka bukan sekadar cari nafkah
hasilnya bawa gembira

ALEXANDER BUNGKAK
Kudat, Sabah
15 Januari 2016

KEPADA CINTA YANG HILANG

warkah ini aku tulis
kepada
cinta yang hilang
intinya tentang rindu
serik kutulis tentang keluh

hm...

ALEXANDER BUNGKAK
Kudat, Sabah
16 Januari 2016

RADHI

pakcik kirimkan bait doa
kepadamu
teruskan perjuangan dalam dunia sementara
abadikan pula
untuk tanah barakah
semoga berbahagia anak saudara
dengar kata ibunda
apatah lagi ayahanda

ALEXANDER BUNGKAK
Kudat, Sabah
16 Januari 2016

TENOM

rinai menggamit gerimis
tiga minggu berlalu tanpa suaramu
sesaat kulihat senyum di bibirmu

menguis pergi resah yang membelit
aku suka gurau sendamu
selalu mengusik titi kalbuku
mendakap dalam pelukan kasih tidak tertafsir

mungkin di minggu empat nanti
biar sesat kutelusuri
denai cinta nan hanya berpandukan
haruman kopi bermadu
yang tidak pernah gagal hadir

ah, jiwaku seakan hilang
hilang pada sesuatu kerinduan
yang kunukil pada diari hati

ANONYMOUS
somewhere over the rainbow
18th January 2016

BERIAN SAMPAI MATI

Murut Tagal menulis kisah sendiri
nan bertajuk, “Berian Sampai Mati”
kisahnya bermula di Sepulut
Sabah

seorang lelaki kota
datang ke desa melamar mutiara

tersimpan dua dekad lamanya
rambutnya panjang paras pinggang
halus manis rupawan
adabnya selembut gadis desa Tambunan
matanya bulat
dipandang tidak pernah hati jemu

wali lelaki pun bertanya,
“Berapa berian mawar merah?”
Wakil wanita pun bersuara,
“Adat tidak akan kekal jika tidak diamal…”
mata pelamar dan mata wali berpandangan
tanpa suara…
dalam hati mungkin berkata
“Biar mati anak, jangan mati adat.”

Tiluan, Binukul, Binalayungan, sampah nu kadai,
dua ekor kerbau, ahung,
vungkas, sisitan, sinikot, salupai, rarangkol, holong,
pinongkoloh, pipirot linggit, pipirot sukayan, tapi dan kain kinayuh.

ALEXANDER BUNGKAK
Kudat, Sabah
22 Januari 2016

BARU JUMPA

ke mari anakku
ini Fakel Rimau dari Rimou Labo
telah semat dianyam
kulilit pelingkar lutut
dan jadilah Dayak Lundayeh


ke mari anakku
kusarungkan kulit kayu Timbaran
baju tanpa lengan
membelah dada tanpa butang hanya seikat depan
biar tubuh sasa jadi lambang kegagahan

Baked Talon baju pahlawan
adakala Timbaran lumat jadi tali pegangan
kulit Talun, Tarap hutan seiring kulit Timbaran
sukarnya tahap menggigilkan
jelas penjahit silam, kampung Baru Jumpa

dapatkan kulit Timbaran
kulit dipukul Nibung penawan
disulam benang seniman
membentuk arit merah atau hitam
dilukis hendak empunya

tanpa celana
hanya cawat dari kayu Timbaran
pakailah bila berladang
pakai juga tika berburuan
Sigar Suba pelindung terik sinaran.

ALEXANDER BUNGKAK
Kudat, Sabah
23 Januari 2016

SENYUM SAHAJA

...engkau seharusnya cinta
bukan derita
engkau seharusnya bahagia
bukan sengsara,

semoga selalu ada
cinta
dan bahagia
dalam hati adinda...

senyum sahaja
usah dilayan duka nan lara.

MENATAP CINTA

Tidak pernah aku puas
menatap cinta
kerana bila duka
ke laut akan aku untuk melihat
air nan tenang
juga luas pemandangan
beransur pulih kekecewaan


tidak pernah aku puas
menatap cinta
kerana bila luka
menyelam aku ke dasar ejaan
kususun satu persatu aksara indah
semakin lama semakin tebal muka warta
beransur pulih kekecewaan

tidak pernah,
tidak pernah aku puas
menatap cinta
kerana bila suka
aku menadah wadah doa-doa
segala pahit dan murka
kuleraikan dalam tangis redha.

MAS CARRA
Kudat
24 Januari 2016

SELALU IBU RESAH

setiap hari,
sebelum melelapkan mata dan risau mula menjelma
tatkala bermimpi indah
ibu sering mencipta rasa
merenung apa akan dicecah oleh anak-anak dicinta


selalu ibu resah,
mengingatkan diri tentang makan bila rehat putera
juga rehat si puteri mahkota
bukan ibu dari keluarga nan kaya
ibu hanya insan biasa

dan kini aku pun dewasa
aku turut mula merasa resah
seperti mana ibu nan kucinta
bagai resahku memanggil dia
agar hadirlah dia memberi cara, bagaimana...

MAS CARRA
Kudat
26 Januari 2016

Thursday, January 14, 2016

SALAPA

tiga ekor kerbau
enam ribu ringgit malaysia
sebuah salapa


kerut dahi
di minda inkuiri
untuk apa salapa?

malu bertanya
kurelakan sahaja
adat pasti jangka hatta

dan dekad berlalu...
salapa gah menghiasi lemari
di sisi kalakati, kerbau mati

kucapah keraguan
pinang, gambir, sirih dan kapur
mulut mual

orang dulu
pasti sedang haru
telah ada menantu, juga cucu.

ALEXANDER BUNGKAK
Kudat, Sabah
5/1/2016

SOMPOTON (Hadiah daripada Huminodun)

ada mati
labu air mati
bambu
juga mati
kelulut mati meninggalkan kenangan

mati bersatu
jadi hidup baharu
nafas kuhembus dan tarik
seakan menyemburkan nyawa
ke dalam sompoton

simfoni kasih
meraung ke udara
nan mendengar kembali bersemi
bagai bunga kembang di pagi
matahari beri siang lagi

adakah ini
alat nyanyi huminodun
nan juga mati
demi padi demi kami
legasi

ALEXANDER BUNGKAK
Kudat, Sabah
7/1/2016

BUNGKAU: URIDING, TURIDING, KURIDING, KUBING

alunan bunyinya
tertakluk pada hembusan nafas
si empunya
bibir mengikat ketat kayu silam

bunyi mengayau
menyingkap baur rasa
suatu bangsa


kenapa hanya wajah nan kerut
menyanyikan
di mana anak muda
atau hanya mampu menyaksikan
jangan…
mohon jangan hilangkan
bebunyi dari syurga

urinding, turiding, kuriding, kubing
terlalu banyak nama diberikan
semua mahu bersejarah
tetapi tiada
nan menitah
agar anak cucu mereka
turut serta!

LAYAR KUMPIT SERI BAJAU

1944
layar kumpit seri bajau
kapal ke palawan
dalamnya anak-anak pahlawan


bersenjatakan parang pusaka barung
wasiat temurun daripada datu paduka
jepun si penjajah
lenyap di bumi balambangan

bukti keazaman diheret seberang
agar tentera diperkuatkan
jeneral mac arthur
sumber selain parang

tatkala tubuh dihiris luka bergaram
minumnya air sabun
dipukul di palang
darah daging mana tidak seram

namun kekebalan ali basa
menyampaikan berita
suatu amanah untuk mengusir jajah
tuntut bela kata adik kepada mustapha

seyogia…
syair perang sabil mengukuhkan
debar perjuangan lantas mara
marah!

dari utara
bumiputera bersatu tenaga
biar lelah merdeka
1963 tangan menadah megah

TIADA

Tatkala aku mula mencintaimu
rentas sempadan nan kau
ungkaikan
buat aku mengerti
kau, bukan untukku
pernahkah kuberitakan
kau hanya seorang?

Tiada,
tidak pernah...
ada lagi untukku.

BUKAN

mendiam aku tatkala
butir pasir nan tercelah di jari
kakimu
tiada aku kisahkan
bagai jerlusnya
kata...
bagai jerlusnya
kau di hadapanku
setelah,
suatu malam kau seksakan
tekan pelusuk rusuk remaja ku

ini mungkin tahun kepiluan bagiku
tahun kemegahan padamu
belum kau tahu azamku
bukan
lagi wajah mahuku
bukan
lagi senda mahuku
bukan
lagi harta mahuku
bukan
lagi keluargamu mahuku...
...nan aku mahu
tabah dan setiamu
aku ini wanita perlu lelaki sekuat itu!
BUKAN kepura-puraanmu!

SEPANJANG TAHUN

cinta
ini benar untukmu
biar kita berbeza waktu
tambah lapan kosong kosong
gigilmu di utara bumi
tidak segigilku di khatulistiwa
dalam hutan nan panas juga lembap
sepanjang tahun
tahukah engkau...
mengertikah engkau sayangku
bila malam bintang
tak kenampakan
bunyi angin
seakan serigala meraung kepada bulan
bila akan kau kujumpa,
bila akan dakapmu
melenyapkan segala
penantian...

MENGAKULAH AKU

bunuhlah
biar aku kering di padang mesir
jika engkau di lautan
tenggelamkan aku ke dalam
dalam dasar nan paling dalam
biar sotong menghisap dan siat
isiku
darah biar hanyut seluas sahutan...
tolong aku,
tolong aku adinda
tolonglah maafkan aku
telah aku menduakanmu...

ALAHANMU

cinta...
ya engkau kucinta
terpulanglah kepada rindu
betulkah tidak pertaruhan kata
tiada kulelah
berkata cinta dan tidak pernah marah
apa lagi salah sangka
jika telah cinta
pahit, manis kurasa
buaya jika pun kekanda...
ada senapang gajah
bakal menebus dusta teruna
dari dara
hanya akan kau musnah
dari janda mungkin kau 'kan bahagia
dari duda
kujanji kau akan rasa
sebenarnya apa itu cinta...

BOMOH MASA DEPAN

bukan aku ini aku sekarang
entahlah siapa gerangan
tetapi...
setelah melalui perjalanan
dari bawah timpohon
ke puncak gunting lagadan
sempat aku selam
gegaran seperlahan enam skala hitler
nah!
tentu engkau keruh
hitler di matamu
bukankah richter
di ilmumu...
oina...
aku bukan sebaya hitler
bukan juga sekaya richter
ini aku alexander
hanya: teacher...

SUARA SETINGGI KINABALU NAMUN SERENDAH KINASARABAN

hei...
bosanlah aku baca
sekembali aku dari ladang
menantikan tulisanmu
nan padat berani
nan tiada kisah mengerti
kerana siapa pun mengejanya
tidak nanti faham
kerana,
sendiri aku pun
tidak mampu mengerti...

tentu engkau bukan sinar bulan
juga bukan bombohizan
maka,
engkau siapa?
aku hanya tulisan
perlu kau baca
baca,
baca...
bukan sekali baca

PINARASAKAN

ibu muda geleng kepala
termenung panjang
basung gagap
menghadap hari-hari nusa

mata basung
dan ibu
sesekali berpandangan
bagaimana...
bagaimana mahu bertahan lama
peti sejuk telah rosak
duit suami
belum memadai
takob akob mengetuk manja
teringat pesan mentua
pinarasakan
resepi bertahan lama
gegas si ibu menyemai kasih
diharmonikan
kunyit, halia, takob akob juga garam
dididih rebusan sepekat malam

RINDU

merpati terbang lagi
putih mata hari
serik aku menanti
bila akan bercumbu lagi

JAWAB MERPATI

nanti kembali pasti
setelah aku lihat kauhulur beri
baja-baja merpati
mesti kaubeli dari italy...

MANIK HITAM

kupetik benang si manis hitam
usah nan goyang
ingin
kutembus lubang

mata hitam semacam pandang
peniti tajam nanti perawan
lubang berganti lubang
manik duhai jadilah manikam

LINGKAR BUNGA MARMAR

aku duduk bagai tiba
dalam kenangan
tika lingkar bunga itu
bagai jari ada menyentuh...


dia tunjuk
ini aku suka
aku suka, aku suka
berkali-kali ayat itu
mengemas rasa
menahan sebak nan papa
aku merindukan isteri
kini ada di pulau pinang
seorang aku tak berteman
demi pelajar
di timur malaysia


Sunday, January 3, 2016

PUNAH

Jika kemajuan nan dilaungkan hanya bertujuan untuk mengaut lebih banyak keuntungan seakan padi ditanam bukan untuk dimakan tetapi dijual,
Jika peperangan masih lagi diperlakukan seakan mayat nan bergelimpangan mercu tanda kemenangan,
Kedamaian dan keamanan terus dijadikan taruhan seakan aku seorang buta huruf tanpa pendidikan:
...lebih baik aku diam melangkah tanpa memaling kapsul wawasan.
Dan terus berdoa menanti keajaiban...

‪#‎punah‬

MANUSIA

Sebagai kuntum kulat aku berserah seketika
lembap dinihari serik kurasa tanpa-
kutahu hidup salwa hanya sementara
tiada jasad selamanya
tercipta...

siapa sangka,
darah daging ini jadi pujaan seketika
bermula hanya dua ringgit dan naik ke empat ringgit!
Seloroh bini-bini itu menyatakan ketidakpuasan
aku nan menanti ke lega dan terimaan hanya pasrah
manusia penjual dan pembeli
masing-masing punya makna sendiri
hanya membezakan ialah ketamakan duniawi
tidak pun engkau sembahyang bererti
jika kehidupan sendiri dan anak-anak ditiri
sekali ini aku telah kau rempuh menyeluruh
seratus peratus kau naikkan harga musim terdahulu
inikah nan kau katakan kemajuan?
Atau sengaja kau undang kesengsaraan...
kepada nan mampu dan lebih binasa si tak mampu
usah nanti,
apabila tumbuhku segan dan tidak mahu lagi
lalu engkau tercariku
kau katakan kepada anak cucu...
kulat itulah nan harum dan terbaik dari ladang kelapa sawit dahulu.

PANDA

panda seribu makna-

TIDURLAH

Cahaya malap rindu,
asap syahdu lalu
rindukan aku
tidurlah kamu...

TA TA...

...ya kini berselimut dari kuku yang paling hujung
hingga tegang kain empuk penahan gigil embun
menanti mata teman untuk tidur
ta ta, ti ti juga tu tu akan kumalapkan lampu suluh.

DU DU...

Oh tidak... tidak...
atmaku masih mahu menahu siapa teman matanya juga bulat ciku
dan fikiran sedang MU,
sudah gol?
Jika nanti sudah, tahan laungan keasyikan itu kerana aku mungkin juga keasyikan melayan nikmat tidur.
Du du...

BERINGATLAH

...di sana pula aku mengenal erti suka
rendah ikut hemah
tegas tidak murka
wajah pula tampan lagi kaya
raya raja
kuasa.

kini ada luka,
terlalu aku turut rasa...
bersabarlah, takziah untuk raja.
Sedih you, sedih i juga. Beringatlah selalu masa.

PAGI DI REALITI

Seharusnya aku tidur
namun bangkitku merubah mimpi.
Mengetuk pagi di realiti.

AKU INI SIAPA

hanya tahu beriang kata
menyapa mata
langsung sedikit harta
ibarat episod lara
dalam drama?

aku ini siapa
bukan anak penglipur lara
bukan anak orang kaya
sekadar ada
asal bahagia.
Biarlah...
biarlah bersandar hanya pada bunga
sewaktu kering panjang di hari selasa
lama nanti biasa
inilah aku secangkirnya misa.
Hanya ibu dan bapa
kenal kita siapa...
pastikan dia bangga!
Bahagia
sampai selamanya.

MASA BERLALU

rindu semarak lalu
segar benak atmaku
buktinya hidup nan lalu
tidak kaku
kekal dalam nafas salju

bernas agas tak malu
sapa bertalu alu
aku rindu
usah semua maju
simpankan satu untuk cucuku.
Tolong aku, tuanku.

ONTON

Aw... Onton!
bergaya rambutmu ala artis Cameron
fesyen baju jahit Silveston
parfum wangi sampai kering kerongkong
jalan ayu kalah Paris Hilton
tidakkah kau sogiton
pakai skirt sikit lagi nampak tonton
nanti Toriton jadi Megatron,
memang kau juga bah Ton
kening mengalahkan pelakon Hong Kong.

Lambat juga kau, kau pigi mana lagi tadi?
Lama i tunggu you tau...

AHAKS!

Ton... sini kau.
Kau ada dengarkah itu Fo... re... ver
mesti sebut nice sikit,
Forever...
Forever Living Product.
Kau tahu,
banyak khasiat dia itu
nan paling best bikin senang berak
selalu kau keras tahi, kan?
Nah, kau minumlah itu barang.
Sembilan puluh ringgit sahaja dan terus jadi ahli
belian seterusnya murah sudah itu
beg Bonia kau lapan ratus ringgit koni?
Lainlah aku ini,
beg Bunia sahaja
isi pun tepat sampai hujung bulan
Libresse sahaja bikin tebal.
Bukan dipakai pun, kan kita pondan.
Bah, nanti aku temankan kau beli ar...
biarlah aku makan direct itu lidah buaya
fresh from the ground. Ahaks!

AMIN

Kepada Tuhan,
Pada malam nan paling gelap dan sepi ini, di mana hari berakhir dan bermula;
Aku berhenti meminta. Walau apapun nan kuperolehi kini, aku terima dan syukurkan. Jika nanti Engkau beri lagi, aku terima seadanya...

Amin.
Sudah kau berdoa Ton, apa kau cakap? Bah, good night ar...
May God bless you.

HANG TUAH

Tika cerita Hang Tuah itu dongeng,
aku mahu tahu
kenapa?
Muslihat nan indah. Wajar kita kisah...

NAN TINGGI ATAU RENDAH

tidak tahu
apa terus berlaku
tentu dulu,
tutup lampu itu jika tidak perlu
makan nasi itu kadar perlu

tunasmu dari alir nan padu
tunas tumbuh setelah dimusim tengkujuh
asalmu kini gemuruh,
kian gemuruh...
hampir daku mati kutu
batas baharu tempat punggung labuh
tangkai tiang itu
mata skru berpuluh ribu
tangkai bagai ratu
semakin tinggi semakin rendah diri.

WANITA

Wanita,
kata-katamulah penguat cinta
setelah rupa wajah.

MASIH AKU TERASA

senja pilihan potraitmu
kata demi kata
kita sisir telus rasa
alun gurau kala tinggi
juga rendah
sunyi tanpa bicara

tiada wajah nan kucari
masih senja aku perhati
nanti...
moga nanti engkau nan puteri
agar cinta masih aku terasa walau lewat usia.

BLUESTONE ALLEY

pada sutra seni nan menyelubung
menemankanmu pagi ini
kerana pilu; rindu
desir lagu bluestone alley
sahaja menatap memori
setelah genap lima tahun
kau pergi lalu

nantikan aku di situ...
lagu ini kutinggalkan terus kukuh.

KELUAK KEPAYANG SAMA JUGA PANGI

ingat apa itu cinta.
kulari ke hutan
kulari, lari dan lari lagi
gesa ibu
hati-hati diguris duri

pada rendang pangi
keluak kepayang sama juga pangi
cahaya mentari tidak jadi perih
aku memerhati...
ilham ibu,
jika hendak ikan kekal berhari
genggamlah kasih pangi
bukan kasih duniawi
aku masih muda namun mahu mengerti...

BELIKAN AKU CINCIN

jika benar
madah manis nan kau tadah
bungkus-bungkus
hadiah nan menguja
potret kecil nan dikongsi
ke seluruh dunia,

mama,
kau panggil mama
bapa, kau panggil bapa
tentu aku kisah
kau kenapa?
aku tanya kenapa...
belikan aku cincin
jika kau berani
jika kau lelaki
usah main helah
kelak hati ada merana
jaga-jaga
belum bersedia?
lagi parah
aku bukan papa
hanya wanita
menanti singgahsana
jadi putera; bukan sementara.

SALAM MAKAN TENGAHARI

reena menguis-nguis
tapak baharu
lubang
dalam setengah kaki

seru lagi seru
rakan hati panggil mari, sofiah
tadahnya nasi huma
separuh telur itik si jemmy
istimewa
dituding jari
sinamu buatan henry
anthoniah memandang turut berlari-lari
salam makan tengahari.

TUNGGU

Dari luar jendela
Aku merenung bintang
Yang seolah olah menari nari
Memujuk bulan yang sugul...

Masih aku menanti nan bulan jatuh ke riba
Tapi
Sampai bila?
Sampai bila...
Ini kali
Aku berazam tanpa kuberitahu
Agar janji itu hanya aku nan tahu
Biarlah, kata mereka nan bijaksana,
"Azam tidak boleh diberitahu, apabila kau lihat tahi bintang lalu jatuh."
Tunggu...

NAMPAK HANTU

acap kali bongsu
minta, minta...
sup karabau pada mata ia
mata disukanya

jari mula mengorek peka
dihalang oleh nenek tua
jangan!
ulasnya tepat
nanti dia nampak hantu!
aku, bapa muda hanya mengiyakan
pahit, pujukku
muka comot kicap ayam
lantas ketakutan.

SEDANG DUDUK

aku sedang duduk
tentu engkau tertanya
bila bicaraku begitu
tapi di mana
jawabnya?

dalam hatimu
aku menunggu untuk dilamar diri...
jika masih engkau lihat
rupa diri,
tidak pula harga diri
lagi hemah tinggi
nun aku mengerti...
memberi tak usah lebih
jika laku tak ada pembeli, pasrah pekerti
aku undur diri
pergi
sendiri
nanti, ada yang lebih hargai
pasti!

PULANGKAN...

kembalikan kepadaku
bukan A
bukan B
bukan 1, 2 dan 3
namun kata
nan disusun rapi
hingga menusuk kalbu
peri

pulangkan...
agar aku terus gagah
berbakti.

DALAM BAMBU ADA BAHAGIA

kesima seketika
sedikit manis, masam, pahit
akhir pula bahagia
kenapa?

ya...
ada teman
seperti kamu!

SERINDU

kau,
masih lagi engkau
nan kunanti tiap lari
agar tiba hari
matamu dan mataku jeling manja...

SUNGGUH AKU MAHU

cantik pula matamu
bibirmu,
sungguh aku mahu cumbu
senyum,
lalu aku ragu
benarkah...
benarkah untukku
atau hanya sedekahmu
berlalu dan terus berlalu
biarlah lagi mimpi aku sandarkan.

KOKOK

hilang
belum pulang
disembunyi lewat petang
aku pun mula cari
biar tembus lubang hantu

PENULIS TIDUR AWAL

ku
serah
pada mimpi.

BILIK MILIK CELIK

aik...
bilik siapa ini
milik ruang ini
celik punya celik
kopi membunuh diri
atau hati?

BUNGA

kelopak bunga itu
kembang
bersama tunas samudera
sematkan gambaran itu
dalam potrait tinta.

AWAN

melihat ke awan sulu
tenang bagai nan satu
dahan hijau pun termanggu
tidak pada whatsappku
terus tumbuh dan kukuh.

MARAH KENA JUAL

hujan,
kau marah.
panas,
kau marah.
mendung,
pun marah...
orang yang membuatmu marah,
menguasaimu.

MASIH AKU TERASA

senja pilihan potraitmu
kata demi kata
kita sisir telus rasa
alun gurau kala tinggi
juga rendah
sunyi tanpa bicara

tiada wajah nan kucari
masih senja aku perhati
nanti...
moga nanti engkau nan puteri
agar cinta masih aku terasa walau lewat usia.

SENDI WARNA CINTA

saprel jujurlah bah kau
dulu bilangmu
cinta akan aku sampai maruku,
sampai maruku tidak lagi laku di kedai pak muthu

pak muthu sudah tiada
sudah tiada saprel
tapi maruku terus gagah bermutu
masihkah janji setiamu itu laku?
jawab saprel...
ini hari lahirku

"Ya bunga, selalu. Selamat hari lahir Serojaku."

MATAHARI

kemboja terus kembang penjaga orang mati
aku terus kembang kerana matahari;
mata hari...
itulah aku lari dari mimpi
berdepan dengan zombi.

MAHU BERGURU

tulisnya memacak mendalam telaga
apa kerasnya?
fikirnya tenggelam jauh di air ungu
apa kerasnya?
benaknya ingin aku kotakan
berguru sekilas rendang
kerasnya ilmu.


Semut kecil ini mahu berguru
ilmu nan ibarat madu
daripadamu.

Cukup sudah aku bermain dadu.
Cakapnya tadi bikin aku janji, mahu berjanji. Katanya, "Dasar lelaki." Aduh, dia ingat aku ini lelaki sembarangan. Dia ingat aku ini sahaja mempermainkan! Akan aku buktikan walau nanti dia dan aku tidak lagi bersama, dalam percintaan yang mengundang kesakitan.
Malam Sabtu itu aku masih sedar dalam gelap malam gelisah. "Apakah ini takdir-Nya?" Sekelam malam tidak sekelam hatiku yang dusta. Pada dia yang sempurna akad nikah...
Masih aku dendakan diri, masih aku terluka oleh wanita, oleh cinta sebenarnya.
Untuk jujur, nafsu mungkinlah. "Aduhai..." bisik lelaki ini. Ini telah pun ditulis oleh nabi, "...jika mampu."
"Mampukah aku?" sisih hati. Harapan pada gaji sampai mati, itu sahaja yang menguatkan naluri untuk mengurat kembali.
"Hahaha!" berlegar di telinga hemisfera entah. "Adakah aku telah gila?" pancar suara sasa kononnya. Aku mengucapkan istighfar. Nauzubillah, melarikan diri dari gila; bayang.
Ke air cuci aku menadah, mensuci hening dosa. Kekotoran biar mengalir ke hilir sana. Aku pun bersedia.


Untuk jujur, nafsu mungkinlah. "Aduhai..." bisik lelaki ini. Ini telah pun ditulis oleh nabi, "...jika mampu."
"Mampukah aku?" sisih hati. Harapan pada gaji sampai mati, itu sahaja yang menguatkan naluri untuk mengurat kembali.
"Hahaha!" berlegar di telinga hemisfera entah. "Adakah aku telah gila?" pancar suara sasa kononnya. Aku mengucapkan istighfar. Nauzubillah, melarikan diri dari gila; bayang.
Ke air cuci aku menadah, mensuci hening dosa. Kekotoran biar mengalir ke hilir sana. Aku pun bersedia.

CIUM

abang sayang
abang senandung
jumpa kita di hujung semenanjung
datang nanti bawakan tuntung
haini mengidam abanglah tanggung

cium abang
abang senandung
usah malu nanti berpayung
biar gunung digapai kudung...

KUALI LUSUH

kuali lusuh itu
berkerak hitam bagai
lava hujung lautan
tidak lelah dek zaman
belian bapa
sempena hari perkahwinan ibu


masih lantang berbunyi...
Sy dpt sedikit gambaran ttg sajak cinta ni sejak 5 thn menulis ttg ia, iaitu:
1. Sajak ni kira "evergreen".
2. Penulisnya dianggap lemah lembut, memikat dan berbahaya jika lelaki. Namun sgt mempersona.
3. Golongan remaja mmg berada dlm alam cinta tp malu utk mengungkapkan ayat2 cinta pd khalayak ramai. Lebih suka, hanya berdua atau menerima.
4. Sajak cinta drpd atau kpd suami atau isteri lebih diminat oleh golongan ramai. Jika msh bujang, ia dikira harapan...jika sdh kahwin, ia dikira kesetiaan.
5. Sajak cinta baik utk ketenangan tp harus dikawal penghayatannya. Blh jd skandal klu sdh berpunya ni.
6. Ada baiknya setiap hari didengarkan tapi harus berubah topiknya atau mengikut masa ucapan seperti sajak cinta salam pagi, makan, atau tidur malam.
7. Cinta ini anugerah alam, seluruh dunia memiliki rasa yg sama. Suka dan duka.
8. Kemuncaknya perkahwinan, peritnya perpisahan.
9. Jika cinta yg diceritakan dlm sajak itu hanyalah metafora, sebaiknya dijelaskan pd penutup bicara.
10. Sajak cinta yg berunsur ketuhanan diminati oleh mereka yg putus harapan.

KOTA HARI

ucap dan usap dinihari
basah nian diterang tubuh insani
sudah mandi dan berus gigi
bah, apa lagi...
mari ke kota hari.

JOMO BANA

tamu itu aku jadi tetamu
lintas mata corak nan padu
kayu bukan kayu semalu
kayu gaharu

tubuhmu madu
bibirmu rindu
suaramu syahdu
tulismu serik aku terpaku
kau hanya,
walau hanya jomo bana...
bukan pun kau jomo nan kulintaskan
ia parang murah nubuatan.

PILIH ULAR ATAU BELUT

kau pilih kawan
ular atau belut
pilih betul
ular atau belut

hati lelaki aku tahu
jika aku, kau...
aku pilih apa yang ada
penting pula bikin...

SAPURA KENCANA

sebulan telah
aku layari laut momogunsia
tentu ada kata taip
nan tidak selesa
maafkan
jari dan hatiku
tentu juga
ada gurau seksa berpada
maafkan senyum bahak ketawa
mungkin engkau kala duka
nan baik itu
umpama kencana
tertulis di sapura
bunga dari yokohama.
Selamat Tahun Baharu, terus maju...!

TANAK WAGU

...ini nasihat dari molohing:

Carilah,
carilah sumandak
nan pandai
moginum namun setin sahaja
menari,
goyang umpama daun-daun
dihembus semilir senja
rambutnya
biarlah ikal
mayang panjang paras dada
senyumnya bagai
hancur luluh dasar kejantanan
namanya...
akan kau tahu
bila,
hati dan matamu
tenang
sanubari ingin sangat bertunang...