Katakanlah kasih,
Katakan kau suka aku,
Dari pandang pertama,
Kau rasa apa hatiku rasa.
Seperti pernah kita bertemu,
Sambil melihat matamu.. cinta,
Aku tercari.. di mana ia...
Tidak berjaya.
Mungkinkah kerana engkau seperti yang ku mahu,
Sekali pandang,
Hati berpaut di laman asmara,
Daun hijau yang segar pada pagi,
Semakin segar hingga tengahari.
Bunga merah sinar terang di pagi hari,
Semakin menyala hingga tengahari.
Ada sesuatu ku mahu darimu,
Beratnya di dalam hati untuk bertanya namamu,
Kerana ku takut...
Akan terus menciummu.
Untuk bunga, cinta lestari...
Ku biarkan engkau berlalu,
Bila datang lagi,
Kita tahu, kita pernah bertemu,
...dan semoga hari itu, namamu jadi milikku.
No comments:
Post a Comment