...setelah memerah air dari baju-baju,
Ke luar aku untuk menyidai ia di besi ampaian,
Separuh telah ku hidangkan untuk matahari,
Separuh tiba-tiba terputus...
Luruh jantungku,
Segala usahaku dari subuh,
Nampaknya perlu diputar semula.
Ada petang sedikit berangin,
Ke padang aku bermain layang-layang,
Tinggi ke awan erat ku genggam,
Mata perhati ingin turut terbang...
Tiba-tiba beban yang ku genggam tadi terlerai ringan,
Lelayang berputar sehingga hilang dari pandangan.
Sekali lagi luruh jantungku...
Takut kalau-kalau ada insan yang dilanggar,
Dahan kukuh tulang belakang layangku.
Keindahan yang ku idamkan,
Sedang aku rasakan,
...yang kuharapkan sampai ke hujung perjuangan,
Putus di pertengahan..
Peritnya bila putus cinta,
...yang memutuskan mungkin tak punya rasa,
Aku ditinggalkan..
Sungguh terasa! Kesakitan! Kepedihan! Kenapa!
Itu sepatutnya ku tahu,
Apabila melihat gadis di sebelahku,
Namun setelah dia beritahu aku,
Dia baharu putus cinta..
Ternganga aku hendak dibual apa,
Keliru aku 'pabila dia senyum sahaja.
Namun ku tahu,
Dalam hatinya hanya dia yang tahu..
Ku mahu tahu; ...dan ku belikannya jambu.
No comments:
Post a Comment