Usah lagi kau lari dariku,
Sudah aku jemu..
Kali ini datanglah padaku,
Puisi itu telah ku tumpu.
Kekasih tunggu kekasih temu,
Lihat air hampiri aku,
Tidak sedar kakinya semakin kelabu,
Sejuk beku..
Darah hampir beku; kerana tunggumu.
Oh jangan lagi kau lari dariku,
Katakan padaku,
Adakah si dia yang kau tunggu; itu aku...
Usah lagi sayangku,
Akan ku hampir dirimu,
Sedekat yang ku mahu,
Pergi hampirimu..
Tidak perlahan,tidak terlalu laju...
Aku berjanji...
Tidak akan tinggalkanmu,
Ku tahu dalam hatimu ragu ada,
Aku berjanji hatiku,
Datang padamu bukan sebagai raja,
Datang sebagai lelaki kalbumu...