Setelah matahari terbenam,
Aku kembali ke rumahku,
Dengan penuh penyesalan,
Kerana..
Tidak melakukan yang terbaik,
Pada hidup yang telah lalu...
Namun,
Aku tidak juga seteruk mana.
Malam yang gelita tanpa bulan,
Ku rasakan esok akan jua begitu,
Dalam hidup,
Ada episod yang menyukarkan,
Namun..
Cara dan pilihanku.. telah aku lakukan.
Ku pasti,
Esok akan lebih baik dengan suatu harapan,
Kerana.. jika engkau hidup bersama cinta kasih,
Engkau akan dapat bertahan setahun lagi,
Dan mungkin lebih...
Bangkit dan terus ke hadapan,
Ke arah yang engkau tuju..
Lapangkan dadamu,
Lihat ke angkasa di mana burung-burung sedang terbang,
Terbang seperti mereka,
Dengan melebarkan sayap dari tidurmu.
No comments:
Post a Comment