Friday, May 31, 2013

INDAH PADA WAKTUNYA

Kuatkan hatimu,
Bila nanti kau rasa..
Bagai segalanya menekan dirimu,
Kerana...
Aku sedang begitu.

Kuatkan hatimu...
Sekali lagi ku seru,
Kuatkan hatimu...
Yang berlaku telah dibariskan,
Suka atau duka,
Semua indah pada waktunya.

Terimalah dengan hati terbuka,
Fikirkan ia jadi-jadian,
Ditakdirkan untuk waktu ini,
Walau perit hendak kau telan,
Walau senang kalah pahlawan,
Bersyukur kerana engkau terpilih,
Untuk menerima..
Sesuatu yang sungguh istimewa, dan ini waktunya.