Tuesday, September 25, 2012

TERAPUNG PERTANYAAN

Perlahan pelita itu menyusur ke tengah lautan,
Tadi dalam pelukan aku di tepian,
Ku hajatkan harapan,
Untuk bersama dia,
Hidup diharungi dalam segala suka.

Kenapa manusia terus berdoa..
Lama aku berdoa,
Dan ku tahu jalan ke mana,
Harapan...
Kita punya harapan,
Selagi nyawaku sebati di badan sendiri,
Selama itu aku sentiasa berharapan.

Seketika itu terapung pertanyaan,
Kini jelas,
Hidup perlu ada harapan,
Berdoa sayangku,
Hajat hatimu pasti akan terkota,
Kalau bukan di sini,
Mungkin lusa nanti,
Bayu senja turut jadi lega,
Bila semua hati yang tiada,
Mengapung senyuman kepada pasrah cahaya.


Sunday, September 23, 2012

CINTA TAHAP Ph.D

Katakan dengan seikhlas hati,
Kerana tadi ku lihat dia berkata..
Aku hendak lelaki yang dalam hati,
Beriman bukan bertaman.

Senyum aku membaca,
Kerana itu kehendak yang tak pasti.


Tidakkah kau tahu...

Aku insan yang bila bekerja,
Dalam ketekunan.
Aku insan yang bila beriman,
Sentiasa syukur terhadap Tuhan.
Aku insan apabila kasual,
Teman-teman ketawa keriangan.
Aku insan yang seorang bapa,
Tegas semacam kepada anaknya.
Aku insan yang juga seorang anak,
Kehormatan ku beri pada ayah dan ibu.
Aku insan bila terlanjur salah,
Memohon tadah kemaafan.
Aku insan bila bernafsu,
Setiap tahun ada si kecil.
Aku insan...
Bila berkasih denganmu,
Dalam kebahagiaan.

Dunia perlu dihayati,
Malang bagimu jika tidak merasa duka,
Malang bagimu jika tidak merasa suka,
Hukum alam ada pengimbang,
Insan yang menyakitkan hatimu,
Adalah insan yang pernah membuatmu gembira,
Tidakkah engkau mahu gembira itu datang kembali...

Katakan semula...
Dengan sesungguh hatimu,
Engkau mahu seperti aku,
Cintaku tahap Ph.D,
Bukan tahap sekolah rendah,
Bila mahu; meronta-ronta,
Bila disakiti; tidak mahu berkawan,
Bila tak suka; ditinggalkan,
Kerana seekor kumbang seluruh pohon engkau tebang.

CINTA DURIAN

Cakap banyak pun tidak guna,
Bila berkata tentang yang indah,
Durian siapa tak mahu,
Apa lagi kalau sendiri jaga,
Empat puluh tahun yang lalu,
Datuk moyangku sendiri tanam.

Hai cinta,
Perasankah engkau yang dikau bagai durian,
Siapa tidak mahu...
Tidak mahu,
Jadi engkau anak dara yang tua,
Karisma durian,
Nikmat rasa tidak terkata,
Bagai cinta sebenarnya tiada siapa yang terkata.

Cinta..
Bila mula mahu segera,
Yang engkau dapat tidak akan berasa,
Ada rasa,
Ya..
Ada rasa,
Seketika untuk apa?
Belum kau rasa setelah dimakan masa.

Kata si pakcik,
Bila telah beratus purnama,
Ada pahit, manis dan yang paling berkesan;
Rasa terasa kebas,
Si muda berkata,
Kalaulah masa empat saat itu terhenti,
Relaku mati dalam perasaan itu.

Begitulah cinta..
Awal memang terasa hangat,
Sedikit lama ada suatu rasa,
Laaaaaaaaaagi lama,
Belum siapa yang rasa,
Kerana kesabaran selalu ada had padanya,
Bukan semua akan merasa,
Hanya yang tabah menanti saujana.

Saturday, September 22, 2012

MASIH DI SINI

Kau pinta tiga frasa,
Ku satukan ia menjadi tiga kata,
Masih di sini...
Ya aku masih di sini,
Selalu namun bukan untuk selamanya.

Setelah kau pergi,
Mindaku berpeluang bicara dari hati ke diri,
Dari diri kepada hati,
Aku hanya aku,
Di sini duduk menemani diriku.


Ku putuskan tali masa dari lengan kiriku,
Ku letakkan atas himpunan buku,
Tidak ku mahu merasa masa,
Perit menunggu,
Budak-budak pun tahu.

Bila duduk tanpa diganggu,
Aku melayan karenah mindaku,
Sambil membuai diri dan berbuku,
Asap dan kopi saling berganti,
Kekadang melodi dari peti suara gitarku,
Hanya aku..
Dan diriku masih di sini.

Engkau di mana..
Masihkah kau ingat?
Jika kau masih di sini...
Andai kau masih di sini...

Aku tanya tidak berjawab,
Lebih enak gua digema suara,
Aku laung dia turut melaung,
Cuma dia kata..
Lebih berpatah.

Ya aku masih di sini,
Tiada jika dan masih ingat.

KAU DI NADIKU

Lihat alunan itu..
Rasakah engkau debaran jantungku yang segan padamu...
Sejak pertama aku terlihat dirimu,
Darahku mengalir mencari matamu,
Belum ku kata terkenang tanda lahirmu,
Di pipi...
Sebelah kanan.

Sebentar tadi aku merayau di jalan tamu,
Ku lihat gelang cantik menawan,
Dua puluh empat manik,
Ku sarungkan di lengan kananku,
Menganggar ia sesuai di lenganmu,
Yang putih...
Halus bersih berseri.

Pentang nanti jika kita bertemu,
Akan ku buat kejutan untukmu,
Bukan cincin,
Belum lagi rantai,
Hanya gelungan hitam,
Tanda kenangan denganmu.

Di tebing ini kita bersua,
Senyum berdua,
Semua harap sampai ke tua,
Berdua tunduk melihat diri,
Dalam pantulan air suci di sini,
Terima sayang hadiah sekecil ini,
Kau ketawa,
Dan sengaja renjis air dari tepimu,
Sesungguhnya...
Kau di nadiku,
Tiap hari tiap degup jantungku.
'cause I love you.....

Friday, September 21, 2012

RINDU YANG HILANG

Tidak perlu ku ingatkan semula,
Cerita mula bila aku tahu merindu,
Ku ingin kongsikan kehangatan dari malam ini,
Saat bila aku hanya bertemankan satu cahaya,
Tamadun kehilangan..
Suatu hati yang menyepi.

Selang masa beransur jauh,
Hidup semakin lama di bumi yang istimewa,
Begitu jua rinduku padamu,
Yang dahulu boleh buat diri di awangan,
Cinta dan rindu-rindu yang hilang,
Ia menjadi bila ku temui rindu yang baharu,
Tak perlu disesal rindu semalam,
Malam ini ku terima gelap alam dalam hidupku,
Kerana secebis cahaya mula menyinar,
Betul-betul di depan mataku.

Sambil ku lihat titisan jernih,
Bila hangat tiada,
Ia jadi wanita,
Sering disakiti namun tidak akan hilang.



YANG PERTAMA

Pada musim luruh yang lalu,
Di sebalik pohon ini aku merayu,
Kuatkan akarmu,
Seperti jua kuatkan hatiku,
Untuk terus berjalan,
Dalam haluan yang ditentukan padaku.

Dedaun hijau gugur graviti,
Bukan satu,
Telah semua lenyap di bulan tujuh,
Persoalan hati..
Mungkinkah ini musim luruh yang terakhir,
Dan selalu aku mengharapkan; bukan.

Pernah sayang berbentuk hati,
Berbuah pertama selalu dimemori,
Tidak buah selalu menjadi,
Pengalaman awal jadi teladan,
Kerana bukan sekali pohon ini berbuah,
Akan menyusul subur dalam musim bunga,
Begitulah cinta kalangan insan,
Yang pertama mungkin..
Sebentar; ...telah bukan,
Ada kedua dalam turutan,
Buah yang baik akan ku temui kesempurnaan.

Thursday, September 20, 2012

RUMPUT DI LAMAN

Si kecil menari suka,
Gerak ke kiri bila bayu ke kiri,
Ke kanan sampai terlentang akibat goyang,
Ku kira hendak kira tetapi selalu tidak terkira.

Ku hiaskan laman cinta sebelum tengahari,
Untuk kau lihat betapa seriusnya aku,
Bila ku hadiahkan engkau sebuah villa,
Dengan taman berbunga asmara,
Tidak ku sedar ada nilai berselindung.


Setelah hampir lima petak aku cantas,
Di bawah bunga yang tidak berbunga ada suatu bicara,
Ku terlihat punat-punat sayang,
Ada keindahan di dalam semak sederhana,
Warna hitam dengan tulisan putih,
Pasti ada pencinta yang telah bertemu cinta,
Tiada di sini..
Cuma yang tinggal,
Rumput di laman...
Memeluk mesin suara yang usang.

Sungguh romantis bila ku sentuh,
Perlahan-lahan jariku selak,
Semacam timbul aura semalam,
Ku yakin,
Kata-kata dia ke arah bahagia,
Jua kadang ada unsur tak tenteram,
Selalunya sangat aman bila dikenang,
Sungguh berombakkan para iman yang berdua.

ERTY cinta; mungkinkah erti cinta... ditemui tanpa diduga.

Wednesday, September 19, 2012

SEDEKAD MENANTI

Pernah ku baca erti seminit,
Jika hendak kau rasa,
Lihat pada jam itu,
Nantikan jarum seminit jadi sempurna,
Lama...
Begitulah lama rasanya bila tunggu seminit.

Tentang tunggu..
Tidak perlu ditanya bebannya,
Apatah lagi sedekad lamanya,
Ada berapa minit dalam sedekad?
Sedekad menanti...
Kau buat hidupku terpandu sepuluh tahun.

Semuanya kerana menanti,
Bukan hendak menumbang kayu jati,
Menghayati tuaian sawit itu bukan duniaku,
Di subuh menoreh keringat getah,
Bukan..
Bukan dunia yang aku nanti,
Engkau..
Yang ku nanti,
Selama sedekad telah ku harungi.

Aku tahu bukan mudah bermimpikan puteri,
Hanya ku tunggu sebuah ilustrasi bagi puisi ini,
Juga ku tunggu harum mawar di garis itu,
Di mana kau sayang..
Perlukah ku nanti sedekad lagi,
Jika itu kehendak si Dia yang satu,
Ku teruskan,
Sampai hati ini tidak tertahan lagi,
Meraung rindu,
Sedalam lautan biru,
Sehingga hilang suara garauku.

KONTRAK CINTA

Seingatku dalam hujan...
Berlari anak pergi menuruni tangga,
Tadi ku lihat bayangan misteri,
Si gadis berwajah tawan,
Tidak ku pasti aku dan dia dalam satu haluan.

Semacam biasa,
Tamat masa berlarian hidupan,
Seperti para kuda berlari di halaman hektar,
Mungkin teringin udara yang nyaman berseri,
Sama seperti kami,
Di kala hujan lebat di luar sana.

Dia ringkas namun bergaya,
Gaya yang aku dambakan,
Asli jati dengan senyuman menawan,
Mata bersinar gadis riang bersama teman.

Siapalah aku...
Bertanya aku segan,
Bersapaan bolehkah aku?
Main mata..
Gila.....
Senyum hanya itu yang ku mampu,
Ketika ini.

Di saat aku dingin kesejukan,
Terasa hujan berhenti hanya di tempatku,
Ada imbasan payung kekuningan,
Rupanya..
Dia datang dekatku,
Memberi teman di antara jalan hidupku,
Kontrak cinta..
Direstu bersama,
Ada yang berjanji sampai selamanya,
Tetapi kandas di tepi jalan.
Lantas ku mula kontrak cinta pertama.

Tuesday, September 18, 2012

KEKASIHKU

Jadikan mimpiku nyata..
Bila semalam sebelum tidur aku berangan,
Akan temui jantung dan hatiku,
Dalam tak sedar aku tiba di alam mimpi,
Dalam laluan antara pepohon.

Selangkah kaki hajat berjalan-jalan,
Dalam perwira tiba petir yang datang sesaat.


Berlalu sederhana sang kuda putih,
Dibawa pergi oleh seorang putera,
Ku sangkakan ia hanya berlalu,
Seperti cintaku yang pergi satu beralih satu,
Ku beri senyum sekadar angin,
Sejurus dua saat kuda itu berhenti kejut,
Tali pandu digenggam jitu,
Menoleh dia pada diriku...

Dalam hati..
Kenapa.

Turun dia dari pelana,
Dekat kepadaku berdiri depanku,
Aku tertanya dalam keadaan biasa,
Berlutut dia setelah lima saat merenung mataku,
Dicapainya jemari kananku,
Aku bagai terpukau,
Membiarkan sentuhan itu,
Diciumnya...
Bayangkan lelaki budiman,
Walau aku tahu dia jadi pujaan seluruh alam,
Playboy kata moden,
Casanova kata waktu itu,
Tapi saat itu...
Dia budiman.

Dia berkata...
Setelah mencium jariku,
Satu lagi untuk dahimu..
Dia lakukan,
Satu lagi untuk pipimu,
Ku rasakan jingga,
Sudikah engkau bersiar bersamaku...
Tanya dia padaku,
Kebetulan aku bosan,
Ku isyaratkan setuju,
Kekasihku hadir dan bawaku pergi.

Tuesday, September 11, 2012

MEJA CINTAMU

Terlihat meja kosong,
Ku fikirkan susunan untukmu,
Dari hati ku susun untuk menawanmu,
Hatimu..
Dari meja cintamu.

Ku letak depan jendela,
Agar bosanmu kau lihat ke taman,
Lihat hijau hati tenteram,
Sinar suria menghangatkan suasana,
Ku letak kerusi besi,
Sekuat sayangku pada dirimu,
Hitam menawan hati si dia,
Ku letak bantal berbunga tanda jiwa meronta ria.

Aku duduk..
Melihat meja kosong tadi,
Seterus lagi,
Ku letak jambangan bunga,
Harum mewangi kasturi lestari,
Manja mata jika direnung selalu.

Ku letak lampu pembaca,
Agar malammu disinari kata,
Mata tumpu pada madah empunya syurga.

Ku letak telefon itu,
Cari aku jika hatimu rindu,
Pada suara jua ketawaku.

Ku letak buku-buku,
Hasil nurani yang ku cetak untukmu,
Dahulu maya kini realiti.

Ku letak komputer ribamu,
Teringat aku kau lena di ribaku,
Ku sapu rambutmu satu persatu,
Lurus.. ada satu jadi uban.

Ku letak pensel penulis,
Coretkan aku tajuk syairku,
Ada benang bergulung-gulung,
Dipintal gadis dari utara,
Tanda wanita suka berbaju.

Di samping mejamu ada koleksi,
Rama-rama yang kita jumpa dahulu,
Bakul yang itu untuk kau marah padaku,
Ku tahu kadang aku sakitmu,
Koyak kertas itu dan campakkan ke dalam ia,
Buang dan maafkan aku.

Terimalah sayangku...
Meja cintamu,
Tersusun dari hatiku hanya untukmu,
Inilah cinta yang nampak depan matamu.



Sunday, September 9, 2012

Si DIA...

Khit theung maak.....
Dalam sedar engkau bersinar dalam hidupku,
Setelah bertahun lama kita berpisah,
Ingatkah engkau lagu-lagu cinta,
Halus melodi,
Dalam bahasa nusantara.
Pernah lirik berkata,
Jika engkau melalui jalan yang ini,
Ingatkah engkau pada diriku..
Kenangan kita,
Yang penuh ketawa,
Rasa sedih jadi rahsia bumi,
Rasa gembira antara dua benua.
Ungkapkan ayat terakhir,
Sebagai lelaki yang dewasa..
Aku suka padamu.
Puisi untuk si dia,
Si dia.. hatiku arahkan.

Saturday, September 8, 2012

PENAWAR DUKA

Sebelum kau teruskan..
Sejenak fikir dahulu ya sayang,
Bukan mengingatkan pada yang itu,
Tetapi ku ungkapkan kata kerana wajahmu.

Bila aku bersedih,
Atas segala kekecewaan di dunia ini,
Ku renung lagumu,
Melihat engkau menyanyi,
Dengan senyummu yang mengancam kalbu,
Raut wajah sungguh sempurna bagiku,
Kedua mata..
Kening yang indah,
Hidung mancung hendak ku gatal,
Bibir menawan pasti ku cumbu lama,
Gigi tersusun bersih bersinar,
Dagu dan dahi tanda kau perawan,
Rambut lurus kemas dipandang.

Hendak ku kata hanya padamu,
Kau penawar duka bila aku berduka,
Sesungguhnya penyeri alam,
Bila bencana datang,
Seutuh bintang kekal di angkasa,
Terang bulan di saat itu,
Serumpun hijau senang mataku memandang.

Sejurus merenung wajahmu,
Hatiku berkobar lagi,
Berdiri terus aku mampu,
Rugi ku terima,
Kekalahan ku pasrah,
Hanya dengan hadirnya dirimu,
Gempa bumi ku senyum dengan hati yang waja.


Jika dunia hanya tiga warna,
Mungkin jingga, hitam dan perang...
Aku tidak kisah,
Jika waktu itu,
Kau dan aku bersama senyum antara.

Friday, September 7, 2012

CINTA ANTARA KITA

Duta:
Sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu

Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

Baizura Kahar:
Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama denganmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Duta:
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu

Baizura Kahar:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

Baizura Kahar:
Hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Duta and Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…
ku kan berjanji
menyintamu syg...

Sung by Duta feat Baizura Kahar.

http://www.youtube.com/watch?v=jZLUHJBYEIc

BERADU SURATAN

Malam ini aku padam,
Segala rasa sangsi yang tertinggal,
Malam ini engkau benam,
Seluruh sisa dendam yang terberkas.

Kita menjelajah ke sana,
Beradu suratan di wilayah tak bernama,
Saling mempercaya cinta agung kita,
Takkan membiarkan oh oh...
Kita hampa.

Malam ini kita humban,
Sebuah bayang hitam digogok malam.



Sung by Joey.

http://www.youtube.com/watch?v=wrEAnAsyDcA

BERITA HATI

Di lapang ini aku terbaca ayat yang murka,
Hatiku turut rasa kecewa,
Belum sembuh luka di dada,
Masa berlalu..
Terus pilu selalu.

Ku intai cinta yang syahdu,
Embun pagi dalam kekaburan,
Dia sayang dalam sanubariku,
Dia si bulan di malam yang tenggelam.

Kata dinda sebutir bintang,
Berkelip terang dari engkau di angkasa,
Melihat aku dalam gembira,
Mesti jua ada masa duka,
Ke mana sahaja..
Aku di bawahmu,
Memerhati,
Turut merasa.

Selalu sayang ingin ku lepaskan,
Tetapi sukar untuk ku hilangkan rindu,
Aku keliru antara syurga dan neraka,
Berita hati berbagai bicara.

Terpendam sebuah bisikan,
Kau aku sayang,
Kau sangat ku cinta,
Kau menyeri hidupku,
Tanpamu aku tahu hidup boleh merana,
Penyesalan tidak lagi sanggup ku tanggung,
Setelah menyakitkan hatimu bulan,
Biar kau marah untuk selamanya,
Biar aku terima untuk lagi lama.


Ku letak akhbar lama,
Cermin mata ku tindih bersama,
Ku tunduk mendamaikan mata,
Nafasku lemah,
Seperti mahu meronta,
Jelajah ini ku abadikan hari demi hari,
Tiba masa..
Semoga hilang di masa.

Sunday, September 2, 2012

TRANSFORMASI MALAYSIA

Ini ucapanku..
Kepada yang berkenaan.

















Dalam selang masa,
Pilihanraya akan tiba,
Aku memerhati..
Gelagat manusia berbicara,
Pendengar itu sifatku,
Masuk campur sekadar sentuhan.

Telah lima puluh lima tahun,
Sejak tarikh kemerdekaan Malaysia,
Lewat negeriku bernaung dalam saat itu,
Namun pemikir pada masa itu telah melakukan keputusan yang selamat,
Akhirnya kemajuan telah dibina bersama.

Tumpah darah sebelum bermula,
Moyang kita telah korban nyawa,
Mungkinkah mereka tahu,
Darah mereka sentiasa membara hingga ke akhir zaman,
Barisan berpadu dari berbagai bahasa,
Nasional untuk warga semua.

Kini..
Aku sedikit kecewa,
Bila ada tentangan yang bencana,
Bukan tidak aku hormati,
Namun lakukan dengan gaya sejati,
Kau makan gaji siapa,
Bagai ibu memberimu suap,
Kenyang sudah kau tengking dia.

Tidak puas sampai bila puas,
Lakukan dengan budi pekerti,
Hemah tinggi serapkan di sanubari para orang kebanyakan.

Ku fahami,
Segala tindakan ada tindakbalasnya,
Untuk kita sedar dan lebih berhati-hati.

Transformasi sedang berlaku,
1Malaysia tersemat di seluruh dunia,
Ada klinik dan pasaraya,
Ada bantuan untuk berbagai sasaran,
Bukan mudah memandu pejuang,
Tidak sehari ia akan dijulang,
Kena masa memberitahu,
Betapa hebatnya sebuah jambatan.

Aku terima seadanya...
Tidak sekelip mata seluruh jalan diturap indah,
Tidak sehembus nafas bangunan tumbuh bagai cendawan,
Tidak seringan helaian putih,
Semua orang jadi jutawan,
Perlu masa dan ketahanan.

Ku doakan...
Peneraju negara kini terus tabah,
Hadapi petir guruh di lautan,
Wahai barisan jadi tulang belakang,
Jangan lumpuh agar kita terus maju,
Lupakan harta milik peribadi,
Segala perancangan pastikan milik untung bersama,
Mungkin duit jadi taruhan,
Itu realiti pada masa sekarang,
Namun manja belai di bayi,
Sekali kadang perlu dia berdikari,
Untukmu Malaysia...
Kekal dan abadi,
Dari rakyat kepada rakyat.