Malam itu, kekosongan melanda hati ini. Diri, penuh dengan sensasi tapi
hati, kosong berseri. Meramasku perlahan-lahan tetikus biru, mencari
senyum yang menawan, juga mata yang buat aku mahu berteman.
Ku
temui engkau ratuku... lalu ku cuba untuk bertanya, "Apa yang sedang
kamu lakukan?" Katamu, "Hal wanita..." Tersenyum aku. Dia membalas
sapaku. Dengan harapan yang tinggi aku mengacah, "Baiklah sayang."
"Apa sayang-sayang?", katanya. Pantas ku terus bertanya, "Kau tinggal
di mana?" Terkejut aku dengan jawabnya, kerana hampir sungguh dia dengan
aku.
Tanpa buang masa, dengan terperinci ku bertanya-tanya,
sampai masa... keluar aku ke rumahnya, berbasikal sahaja. Depan pintu
itu, kulihat kelibat tubuhnya. Aku tahu, itu dia... Walau ada berisi,
mata dan wajahnya telah memukau sang pencinta. Ungu, warna baju
tidurnya.
Di situlah bermula, kisah aku dan dia. Waktu muda lagi berbahaya...
No comments:
Post a Comment