Sunday, June 29, 2014

KEMBALIKAN KEBAHAGIAANKU

Janganlah kamu kecewa kerana dunia; Dunia itu tiada ertinya...

Pentas duniawi penuh berliku,
cabaran seiring
godaan bersiul gembira,
andai hati terleka buta
lumpur hitam berbau busuk merata-rata.

Usah ghairah harta merata,
di hujung sinar senja
tanpa rela genggaman itu terbuka sendiri melepaskannya.

Hari ini engkau bergembira
nyata...
tidak akan selamanya,
hari ini engkau menyanyi ria
esok,
masihkah kau ingat?

Yang berlalu biar berlalu
noktahkan cerita semalam relakan berkubur tanpa batu nisan
esok, dan esok takkan pernah sama susunan ranjau hidup itu
berputar bagai roda tanpa sedar
begitu juga hati
yang ketawa hari ini, esok belum pasti sama
yang terluka ada waktu berubah
esok seterusnya pasti bahagia.

Harapan...
walaupun sudah tidak bererti lagi.
Kekalkanlah. Untuk kembalikan kebahagiaanku.


No comments:

Post a Comment