Sunday, June 29, 2014

PUJAAN HATI

Hei pujaan hati,
Apa kabarmu?
ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu.

Hei pujaan hati,
Setiap malam...
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan.

Hei pujaan hati, pujaan hati...
pujaan hati, pujaan hati.

Mengapa kau tak membalas cintaku?
Mengapa engkau abaikan rasaku?
Ataukah,
mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku.

Hei pujaan hati, pujaan hati...

Cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah fahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku.

Dinyanyikan: Kangen Band


http://www.youtube.com/watch?v=7EDHokkJgWI 

DI SANA

Maafkan aku sayang...
dahulu aku berjanji kepadamu;

"Aku,
mengambil engkau kekasihku,
untuk menjadi isteriku,
untuk terus setia bermula hari ini dan akan datang,
untuk masa gembira dan juga duka,
pada waktu kaya mahupun miskin,
dalam kesakitan dan kesihatan,
untuk mengasihi dan menghargai,
sehingga kematian memisahkan kita...
tersuai dengan kehendak Tuhan; dan dengannya aku 'kan jujur padamu."

Masa telah ketemu...
aku pergi dulu
maafkan aku kekasihku...
maafkan aku...
Isteriku.

Kekalkan ketabahanmu
jangan sesekali kau kecewa
dengan pemergianku
jangan kau salahkan sesiapa
terutama Tuhan kita...
Dia sudah menentukan,
sebagai umat,
harus kau terima...

Di sini aku menunggu
di sana kau kutunggu...
tangis ini tidak mungkin akan kau dengari
betapa sakitnya hati ini
tidak dapat meneruskan tanggungjawabku sebagai suami,
sebagai ayah kepada anak-anak kita...

Maafkan aku sayang...
maafkan aku...

Jagalah anak-anak kita,
jagalah mereka
kenakalan itu sudah jadi lumrah
biarkanlah...
katakan pada mereka
yang setiaku kepadamu,
katakan juga...
aku pernah di situ.

Sungguh...
sungguh-sungguh hatiku
aku mahu bersama denganmu
membesarkan mereka...
tapi sudah aku tak mampu
maafkan aku...

Kuatkan semangatmu,
senyumlah untuk aku...
cukuplah tangis itu untukku,
aku mahu, kini engkau bersedia...
untuk menanggung tugasku
dan dengan restu,
akan ku seru para malaikat Bonda Maria
untuk terus bersamamu
untuk melindungi kamu...
sampai masa kita 'kan bertemu.

Aku cinta padamu,
aku...
cinta padamu...
sedalamnya, hanya Tuhan yang tahu!

DI MANA SILAPKU

Kejadian itu sering menghantui diriku
bila malam
resah menyerlah
lalu siang penuh igauan.

Kesilapanku mencintaimu
tapi tidak mampu melamar dirimu
di mana silapku...
sampai jadi begitu.

Kenapa tidak terkunci pintu hati ini?
Terbuka...
lalu telah mendua
betapa seksanya hampir bikin gila.

Ada satu waktu
sudah pasrah aku untuk tamatkan segalanya
dengan perpisahan berbuntu
antara diri dan jiwa raga.

INSAN TEPAT

Hari ini tenang aku bangun
awal aku bangun
dalam beberapa jam lagi
dia akan ku nikahi.

Setahun lalu,
rasa gembira menyelubungi hati
tidak pernah ku sangka hari itu
insan tepat bakal ku temui.

Muda lagi aku
keputusan hidup dan mati
sudah kupilih bersamamu
tidak lagi aku sendiri.

Seram, ada ku...
meninggalkan zaman bujangku
adakah selepas ini akan terkunci hidupku
atau adakah lebih indah umpama hidup di syurgaMu?

TERSALAH LANGKAH

Semakin banyak rahsia
semakin pendiam jadinya diriku
sudah semakin cinta
semakin takut akan membencimu.

Haruskah ku simpan
walau seperatus sayang untuk diriku?

Bodohlah aku
jika tersilap kira
dan sudah benar depan mataku
kekadang langkah tersalah langkah buat hatiku merana.

Haruskah ku bertekak
untuk menegakkan keikhlasan yang palsu darimu?

Semalam kau kata sayang
dua malam kau ulang sayang-sayang
takdir sudahkah atau memang,
cinta wanita kau anggap senang?

ANGKAT KAKI

Berkali-kali
baru kau tahu gagal ditemui
kalau hanya sekali
itu cubaan kata P. Ramlee.

Lain pula kata Albert Einstein
kena cuba seribu kali...
mampukah aku bercinta seribu kali?
Atau, lebih patut kuangkat kaki dan pergi.

Terpulang kepada diri
harus yakin pada diri sendiri
apa guna naluri,
jika diri sendiri tidak ada kemandiri.

Angkat sahaja kakimu
jika mahu meninggalkan aku
angkat saja sendiri
untuk apa jika sudah kau tak sudi?

KEMBALIKAN KEBAHAGIAANKU

Janganlah kamu kecewa kerana dunia; Dunia itu tiada ertinya...

Pentas duniawi penuh berliku,
cabaran seiring
godaan bersiul gembira,
andai hati terleka buta
lumpur hitam berbau busuk merata-rata.

Usah ghairah harta merata,
di hujung sinar senja
tanpa rela genggaman itu terbuka sendiri melepaskannya.

Hari ini engkau bergembira
nyata...
tidak akan selamanya,
hari ini engkau menyanyi ria
esok,
masihkah kau ingat?

Yang berlalu biar berlalu
noktahkan cerita semalam relakan berkubur tanpa batu nisan
esok, dan esok takkan pernah sama susunan ranjau hidup itu
berputar bagai roda tanpa sedar
begitu juga hati
yang ketawa hari ini, esok belum pasti sama
yang terluka ada waktu berubah
esok seterusnya pasti bahagia.

Harapan...
walaupun sudah tidak bererti lagi.
Kekalkanlah. Untuk kembalikan kebahagiaanku.


VISI

Untuk si dia yang ada VISI:

Jika aku seorang menteri...
akan ku pertimbangkan kerjaya seorang guru
yang kini hanya kekal di satu sekolah,
akan ku jadikan,
seorang guru itu boleh bekerja di mana-mana sekolah
...yang memerlukannya.

Hari ini aku mengajar di sini,
esok,
seminggu di sana...
bulan depan ada di situ
kira-kira tiga hari.

Bosan berada di satu tempat,
...apatah lagi murid-murid mereka,
sedetik rindu
mampu mengubah segalanya.

Kreativiti dan inovasi pendidik,
akan berlaku hanya cara begini.


MENGENAI CINTA

Engkau tak 'kan berkata mengenai cinta, jika cinta tidak pernah menjadi milikmu. Engkau tak tahu bagaimana rindu, jika tak s'lalu melihat terang bulan...

GERHANA

Di pondok itu
aku tahu ada apa rasamu
maaf... silapku,
bukan pondok itu, rumah itu.

Jika aku diberi pilihan
akan ku bersamamu setiap waktu
di dalam setiap halaman
dalam hidupmu.

Alangkah indahnya
jika hanya aku, dikau dan ketenangan
betapa hidupnya hidupku seadanya
jika denganmu aku berkasihan.

Walau gerhana datang berbulan
akan ku eratkan genggaman hatiku berdua denganmu
petang mencari makan
malam... biar bintang keseorangan.


Wednesday, June 25, 2014

DUGAAN

Ketawaku sendiri
bila terlintas tentang duga
bagai empunya diri,
Ya... pernah ku diduga.

Apa yang kau lalui
pernah sudah kulalui
bertahun-tahun yang lalu
hingga kini jadi garam hidupku.

Kubiarkan kau harungi
satu persatu duga yang kau temu
kadangkala lima persatu
di sanalah...
dugaan yang berapi-api.

Rasa loya,
sudah tahap muntah
sudah muntah
darah dihisap lintah.

Sebutlah bersahaja...
dugaan...
senyumlah bersahaja
walau hati sudah macam mati.

(Kenapa tidak kau tampar pipinya? ...kalau "dia")

KARMA

Mengatakan tentangmu
sudah buat aku ragu
takut berbalas hempedu
bukan datang seperti yang kumahu.

Tapi karma tetap menunggu
cermin bias hidupmu
karma satu
kalau itu, itulah yang akan satu.

Ku timbal silapku
satu nisbah sepuluh
bila nanti sakit jiwaku
akan ada sembilan malaikat mempertahan teguh.

Dengan rendah hati aku memohon restu
bimbinglah aku ke arah yang kau mahu
ingatkan aku...
tolong ingatkan aku, Tuhanku.

DAMAI KU CARI

Bukan ku dekati dia kerana...
yang kau fikirkan.

Jauh sekali merampas dia dari hidupmu
ku tahu dia sudah jadi milikmu.

Maafkan aku...
teman
hanya damai ku cari
melalui dia.

Hidupnya penuh perencah
ku tahu amat berbahaya
kerana takut
dilamun cinta,
kau takut kami bermain cinta.

Ada bulan,
bulan tidak bercahaya
ku tunggu mentari
pada siang hari
tapi jangan silap mengerti.
Kerana bulan nanti purnama
bukankah begitulah hidup bermanusia?

DIANA

Secebis pandangmu buat aku maju
mahalkah itu?

Sekata darimu buat aku utuh
payahkah itu?

Tidak ku harapkan
gunung dekat dengan rumahku
apatah lagi dalam hidupku
tidak ku harapkan
ciuman darimu
hanya pandang dan berkatalah padaku
hanya satu; Panggil namaku.

Jual mahalmu
belum tentu laku nanti di tamu
kerana aku orang kebanyakan
jauh lagi jadi Parameswara
kenyataan...
tidak akan,
jika tidak kau terima cintaku,
Diana.

SUDAH MALAM

Ku lihat bunga api
meletus di angkasa
ku lihat lagi
dan lagi
dan lagi
dan lagi
tidak mahu ku ia berhenti
walau sudah malam.

Duduk di sebelah kiri
mencetus ilham peribadi
hanya aku yang mahu
dia buat tak tahu.

Nyata...
aku masih seperti dahulu
kaku,
bila berdepan dengan bunga Semalu
walau sudah malam
akunya pemalu.

Kusemat dia itu dalam satu rasa,
indah...

BERPUISI

Untuk si dia yang berPUISI:
Wahai dinda kau beri bunga nan merah kulihat nun jauh ke sana di mana kau berada rupanya ada di Merotai Sabah dan kumembayangkanmu sedang bermain canda dengan si kecil yang laku bersahaja.

KISAH KITA

Malam itu, kekosongan melanda hati ini. Diri, penuh dengan sensasi tapi hati, kosong berseri. Meramasku perlahan-lahan tetikus biru, mencari senyum yang menawan, juga mata yang buat aku mahu berteman.

Ku temui engkau ratuku... lalu ku cuba untuk bertanya, "Apa yang sedang kamu lakukan?" Katamu, "Hal wanita..." Tersenyum aku. Dia membalas sapaku. Dengan harapan yang tinggi aku mengacah, "Baiklah sayang."

"Apa sayang-sayang?", katanya. Pantas ku terus bertanya, "Kau tinggal di mana?" Terkejut aku dengan jawabnya, kerana hampir sungguh dia dengan aku.

Tanpa buang masa, dengan terperinci ku bertanya-tanya, sampai masa... keluar aku ke rumahnya, berbasikal sahaja. Depan pintu itu, kulihat kelibat tubuhnya. Aku tahu, itu dia... Walau ada berisi, mata dan wajahnya telah memukau sang pencinta. Ungu, warna baju tidurnya.

Di situlah bermula, kisah aku dan dia. Waktu muda lagi berbahaya...

SETIA

Untuk si dia yang SETIA:
Memiliki bukan niatmu mencintai tertakluk pada kehendak Ilahi tapi setia dirimu bersama-sama hatiku selama ini telah menjadi kekuatan nan abadi.

BERGAMBAR

Untuk si dia yang sedang berGAMBAR:
Sekeping selfie menyatakan keyakinanmu padamu tapi tidak itu gambar sekeping gambar penuh dengan kejujuran bagiku walau warna hambar.

MENULIS

Untuk si dia yang malas meNULIS:
Tulislah walau sekecil manapun janjimu katakan sesuatu kerana kau membuat aku tertunggu tiap-tiap waktu sudah kau berjanji sehari satu jadi kenapa membisu mindaku.

KERINDUAN

Untuk si dia yang keRINDUan:
Sudah jadi pulau hatiku menunggu lebih lama dari percintaan dahulu sudah jadi gunung rinduku merindu lebih lama dari mencintaimu.

BOSAN

Untuk si dia yang mungkin BOSAN:
Ke kiri ke kanan tangan berpegang-pegang sendiri sekarang mata tercari pandang mana satu sebati mana satu berani datang dekat sini sila perkenalkan diri.

NAGA

Untuk si dia yang tengok NAGA:
Berkayuh dia teguh dipalu bertalu-talu yang tepi sorak mengeluh lambatnya perahunya lalu.

Saturday, June 21, 2014

SERIBU BAHASA

Hendak ku makan buah Delima
rupanya ada seribu bahasa
hendak ku petik bunga-bunga terlarang
lalu katanya jangan abang...


FAHAM

Untuk si dia yang tidak FAHAM:
Telah turun malaikat dari langit ketujuh sangka kala berulang hingga tahun matahari engkau tidak akan pernah memahami walau sepatah kerana sengajaku tidak memberi.

PUISI

Untuk si dia yang baca PUISI:
Kelembutan hatimu untuk menerima ruang minda kau buka pada alam cahaya dari kelam terbawa ke sulam semalaman bukan tercari cinta tapi ia tentang perasaan.

GAYA

Untuk si dia yang sedang berGAYA:
Matamu bagai intan dihimpit suatu kepiluan senyummu jauh untuk aku kenampakkan gayamu luar biasa katamu seksi sampai aku terseksa.

BANGUN

Untuk si dia yang sudah BANGUN:
Pucuk muda daun Delima masak sama ikan Talapia sekarang baru pukul lima alangkah indahnya jika mandi bersama.

PRIMADONA

Seribu tahun lalu
alangkah demi waktu kanda menunggu
dinda muncul pada saat itu
dengan wajah keibuan...
dan kanda tahu
adinda,
'kan menjadi bonda yang terbaik kepada anak-anak kanda.

Tidak kanda lihat pada kecantikan
semata-mata
cukuplah ada manis yang dirasa
cukuplah ada jari yang menghilangkan penat lelah
cukuplah ada sayang diluah dalam makanan.

Bermadah,
kanda sudah...
bercinta mahu sudah
kini,
sudikah adinda menjadi primadona dalam hidup kanda?

Jika sudi
katakanlah...
jika belum sedia
senyum dan berpalinglah.
Sedia kanda tunggu seribu tahun adanya.


I AM

If someday I am going to die,

...just want you to know, life is like speeding on the road where there is no speeds limit. I have been there once a while, but few people love it. So... just want you to know how happy I am.

DOA

Untuk si dia yang berDOA:

Ya Tuhan...
Bila aku miskin, kau penuhi aku dengan rasa cinta. Jangan nanti bila aku kaya, kau hilangkan ia dari dalam hatiku, malah mekarkanlah ia Tuhanku... Mekarkanlah ia agar dapat kubantu mereka yang miskin pada waktu itu...

PENAT

Untuk si dia yang sedang PENAT:
Andai ku burung akan ku terbang ke jauh sana bila peluang ketemu Aladdin akan ku pinta sebanyak tiga Korea Korea Korea sekarang bermusim bunga aku mahu ada di sana.

WANITA

Untuk si dia yang WANITA:
Lembutkan belaimu agar tidur dia manjakan hatinya dengan dodoi untuk si dia lihatlah wajah itu yang kecil dan menawar segala duka pasti akan tertukar.

CINTA

Untuk si dia yang mahu berCINTA:
Ku petik bintang di langit Sulu ku renang sampai ke hujung Terengganu kalau tidak kau percaya akan aku tanyalah pada lelaut betapa dalamnya cinta dia kepadamu.

Tuesday, June 17, 2014

MENUNG

Untuk si dia yang sedang terMENUNG: 
Menung-menung mulutnya muncung duduk renung jauh ke gunung bertanya aku kenapa termenung rinduku katanya sudah satu karung.

LAWAN

Untuk si dia yang mahu meLAWAN:
Hujan rintis hatiku ini panas jangan kau datang lagi siang hati kurelakan pergi yang melawan kusambut dengan cinta di hati.

DIAM

Untuk si dia yang sedang DIAM:
Diam-diam sebiji manggis lebih manis si ubi manis diam-diam seorang gadis tidak kau tahu dia sedang menangis...

SUDAH CINTA

Semalam bertanya hatinya,
Siapa dia?

Dalam hatinya...
hingga kagum ku melihat
betapa cintanya dia pada si dia.

Tapi kenapa tidak pernah kau tanya,
Siapa ia?

Mungkin dia atau ia
sudah cinta,
ia ku panggil dia
sudah benci,
dia ku panggil ia.

KADANG-KADANG

Musim berlalu pergi
musim itu kita sering bertemu
dalam susah
dalam gembira
nyata memberi ku bahagia.
Aku tahu, engkau pun jua...

Telah berlalu ia...
musim bunga indah berbunga-bunga
merah jambu, ada...
kuning-kuning, ada...
ungu pun, ada...
putih memberi ceria.

Potretmu waktu itu
kini dalam peganganku
melihat wajahmu buat aku rindu,
tapi pilu,
kau bukan untukku.

Sunday, June 15, 2014

INGAT KAMU

Bukan aku tak suka
sayang,
bukan juga aku terlupa
aku tak mahu engkau terluka
dalam masa yang sama,
engkau mahu ku cinta.

Pernah ku baca kisah tentang cinta...
kata dia,
lepaskannya jika dia kau mahu cinta
pergi ke mana pun dia
jika sudah cinta,
pasti kembali jua...

Lantas ku ingat kamu,
semoga merpati putih yang ku puja
kembali,
kepadaku juga
terus ku ingat kamu
kamu,
kamu...
bila sahaja merpati putih meluru.

TURUT MERASA

Hatinya cukup gembira
sampai kata tidak bermakna...

Hatinya ku tahu gembira
senyum kelegaan.

Hatinya telah gembira
aku turut merasa.

TETAP KAU

Ramai menarik hati
terlalu ramai sampai ku berpeluh
andai bukan sebati
andai bukan sejati
Bagailah dia angin yang melalu...

Benar,
ada ribut yang menggenggam
berkesan di dalam hati
Tapi tidak sekesan
mawar merah di taman.

Tetap kau dipilihku
walau berduri dicantikmu
Tetap kau kekasihku
walaupun datang kemarau panjang.

MARS WITH LOVE

Aku tak mahu mati di sini...
akanku merindui bumi
akanku rindu banyak perkara
Aku...
akan rindu padamu.
Sepatutnya waktu itu aku menciummu.

Ya...
patut kau menciumku.

Love is in the air.
From Mars with love...

NIKMAT CINTA

Salju sangat angin embun itu
masuk terus ke dalam tubuhku
menggigil...
Lalu namamu ku panggil.

Terang sungguh bulan itu
teringat waktu kita beramah mesra
masa itu...
Berdua kita yang punya.

Ketawa
Manja-manja...
Tak berkata,
Hanya merasa nikmat cinta bersama...

MANDI SUNGAI

Serik aku dengan kehidupan... Lalu pergi aku ke alam flora dan fauna.

Menjerit aku sekuat hati, dikatakan mereka aku sungguh keriangan.
Menjeritlah kamu di Suria Sabah, dikatakan kamu gila...

Sedang mandi sungai.

KAU CANTIK

Kau cantik hari ini
dan aku suka,
Kau lain sekali
dan aku suka...

INGIN SENDIRI

Aku melihat awan
Melihatkah dia aku di sini?
Aku sungguh kehangatan
Tidakkah sang mentari ada rasa simpati?
Aku minta simpati
Pada angin di tengahari
Tapi kenapa berlalu pergi,
Sedangkan aku masih di sini...
Tiada yang mengerti kerana aku ingin sendiri.

DUDUK SAHAJA

Duduk sahaja dia di situ
Mungkin menunggu pesan kopi dan susu
Terus gugur hatiku
Jatuh cinta datang hanya begitu.

Potongan rambut itu
Raut wajah itu
Semudah itu telah aku jatuh suka padanya...
Dan suka tak semestinya cinta.

DALAM HATI

Apa yang diperlihatkan, hanya sebahagian. Di luar bingkai itu ada dunia yang terlalu memenatkan.

Namun... yang penting adalah: Apa yang ada dari dalam hati...


PUISI

Apa inti sesebuah PUISI?

Di dalamnya ada cinta...
kedamaian, keimanan, kegembiraan, kebaikan, kelembutan, kesabaran dan kawalan diri.

Di mana marah dan kebenciannya?

Adapun marah dan kebencian, telah ditelan oleh rasa kedamaian, keimanan, kegembiraan, kebaikan, kelembutan, kesabaran dan kawalan diri...

Anda tidak perlu tahu semua aksara,
tulislah mengikut naluri
susunlah,
sampai... puas hati.


BUNGA-BUNGA MENARI

Adakalanya aku bermimpi
amat sukar meneruskan hidup,
selang suatu masa aku berdoa,
moga kita 'kan bertemu
s'moga kita akan bertemu...

Adakalanya aku bermimpi
amat sukar meneruskan hidup,
selang suatu masa aku berdoa,
moga kita 'kan bersatu
s'moga kita akan bersatu.

Namun yang pasti,
bunga-bunga menari
menghiasi alam hidup ini
walau seminit aku berjanji
tak 'kan pergi dari sisi
tak 'kan pergi walau seminit.

KERINDUAN

Awal lagi...

Telah hatiku bawa turun ke sana
ku bawa bayi kecil
ku mahu dia merasa,
apa yang pernah aku rasa.

Ketenangan sepi pagi
bila cahaya mula mengusik
panas...
berselindung aku di bawah rimbunan hijau.

Bersandarkan bayang-bayang
ku intai renang ikan
mata melihat bunga Teratai
terhidu harum dahulu.

Kerinduan melanda...
terlintas zaman indah
waktu wang bukan jadi igauan
berlari-lari tanpa kejemuan.

Onak duri dan lumpur ku gagah
syahdu rindu bertambah-tambah
harum sawah
buat aku terkenang pada hidup yang lalu,
sungguh pilu,
mahu aku ke sana semula...
sungguh mahu aku ke sana semula
hanya seketika.

Sunday, June 8, 2014

DEAR JANTUNG

Mencangkung aku duduk
kekuatan aku cari
mahu ajak kau ke luar
tapi takut...

Bukan lagi aku seperti yang dulu
tiada lagi keyakinanku
degup jantung ini
seringkali tidak perlahan
getar tulang kaki ini
tidak tahan berdiri
takut... untuk melamar lagi.

Dear jantung...
perlahankan gerakmu
jangan laju-laju
kenapa kau pam laju
bila saja aku mula mahu.

Dear jantung...
perlahankan gerakmu
jangan laju-laju
kenapa kau pam laju
bila saja dia di depanku.

Dear jantung...
dia terlalu cantik bagiku
tapi aku,
melihat aku
padankah dia dengan aku
handsomekah aku?

JAM LIMA

Jam lima datang bertemu
Awal lagi sudah bangun aku
Kaku duduk melihat waktu
Lebih baik dari duduk tak tentu.

Hati membisu
Sedang mencari sagu
Diletak dalam kotak minda itu
Adanya dapat ukir tanda tanyamu...

Ke mana hilang perindu
Sedangkan masih sayang dia padamu
Kemana arah tujuku
Setelah malam nanti melewati embun subuhku.

BEFORE THE NEXT TEARDROP FALLS

If he brings you happiness
Then I wish you all the best,
It's your happiness that matters most of all.
But if he ever breaks your heart,
If the teardrops ever start
I'll be there before the next teardrop falls.

Si te quiere de verdad
Y te da felicidad
Te deseo lo mas bueno par' los dos,
Pero si te hace llorar
A mime puedes hablar
Y estare contigo cuando trist' estas.

I'll be there anytime
You need me by your side
To drive away
every teardrop that you've cried

And if he ever leaves you blue
Just remember, I love you
And I'll be there before the next teardrop falls.
And I'll be there before the next teardrop falls.

By Freddy Fender (Before the next teardrop falls)

HUMINODUN

Suatu masa dahulu
senyuman para Dusun
menyerlah seluas mata memandang
kesuburan makan ruji
suburnya buah-buah
musimnya
selalu ku tunggu...
hingga ke hari ini.

Bencana mula berlaku
hujan bagai tidak mahu menitis lagi
kekeringan...
bunga-bunga indah
luruh, meluruh juga hati ini
tekanan mula terasa
hanya Tuhan
hanya Tuhan yang kini mampu membantu...

Bisik kedengaran...
sungguh berat permintaan
sungguh besar pengorbanan
siapa mahu anak sendiri berkorban diri?

Setelah tujuh hari...
telah bangkit cinta abadi
pergi dia memberi inspirasi
hingga ke hari ini
dan dijadikan...
Huminodun, permaisuri di hati insani
setiap Dusun di negeri ini...
sebagai tanda kesyukuran
tanda peringatan
yang berkorban demi kelangsungan yang hidup.


Sunday, June 1, 2014

SEBELUM TIDUR

Adapun keringatku setelah berminggu-minggu
hilang begitu sahaja
segala duri ditaburkan
pada nama yang syahdu
sebelum tidur
aku mampu...

Adapun senyum yang terukir setelah bermalam-malam
dalam tidur ku membayangkan
kejayaan yang akan ku kongsikan bersama
sebelum tidur
selalu ku doakan.

Adapun sesuara kekuatan dari para kawan
berbilang bangsa dan agama
menangis atas kekalahan,
sebelum tidur
aku redhakan
jika ini sudah ditentukan.

Sebelum tidur...
nyata sedih terlalu aku
bangunku esok nanti
sejarah
pasti ku laung kembali
dengan wajah
yang lebih melawan.

Selamat malam...


TIK TAK!

Aku bukan jejaka idaman
setiap wanita yang hidup di dunia
dan aku juga bukan jejaka
perasan...

Angin bayu berhembus laju
hampir terputus ikatan lelayang
berputar-putar tanpa haluan
berangan...

Nikmat cinta tidak terkata
sakit hati bawa sengsara
api menyala
arang membara
hujan turun...
tik tak, tak 'kan lama.

Wahai teman,
teman semua
marilah dengar petikan irama
semoga ia jadi panduan bersama.