Saturday, April 19, 2014

TERPAKSA

Terpaksa juga...
ku kata kepadamu
bahawa aku cinta padamu
walau langit tidak memihak kepada kita.

Terpaksa juga...
ku kata kepadamu
bahawa engkau secantik gadis Cinderella
walau aku bukan putera di hatimu.

Terpaksa juga...
ku lihat engkau pergi
membawa memori
walau dalam hati ini sudah seperti mati.

Pergilah,
jika sudah terpaksa
pergilah... agar dapat kau lupai
tentang hari-hari kita
tentang bunga-bunga Sakura
dan kembalilah nanti
bila engkau sudah sedia
bila kota yang sedang ku bina,
terbina.


No comments:

Post a Comment