Saturday, April 19, 2014

TIDAK AKU RELA

Melihat keintiman mereka
tidak aku rela datang seperti pengganas
menghempas cinta terbina
aku bukan tidak berasas.

Melihat senyum mereka
benar... dalam hati ku ingin seperti dia
tapi tidak aku rela
kerana nanti semua tanpa tawa, kecewa.

Lalu berpaling aku
tidak mahu memandang lagi pada mereka
terusik hatiku mungkin ker'na cemburu
tapi tidak mengapa ker'na tidak aku rela... biar aku saja kecewa.


No comments:

Post a Comment