Sunday, June 30, 2013

SETAHUN LAGI

Setelah matahari terbenam,
Aku kembali ke rumahku,
Dengan penuh penyesalan,
Kerana..
Tidak melakukan yang terbaik,
Pada hidup yang telah lalu...

Namun,
Aku tidak juga seteruk mana.

Malam yang gelita tanpa bulan,
Ku rasakan esok akan jua begitu,
Dalam hidup,
Ada episod yang menyukarkan,
Namun..
Cara dan pilihanku.. telah aku lakukan.

Ku pasti,
Esok akan lebih baik dengan suatu harapan,
Kerana.. jika engkau hidup bersama cinta kasih,
Engkau akan dapat bertahan setahun lagi,
Dan mungkin lebih...

Bangkit dan terus ke hadapan,
Ke arah yang engkau tuju..

Lapangkan dadamu,
Lihat ke angkasa di mana burung-burung sedang terbang,
Terbang seperti mereka,
Dengan melebarkan sayap dari tidurmu.


Saturday, June 29, 2013

MASA BERLALU

Sayang...
Mungkin pada kelahiran ini,
Kita tidak jadi berdua,
Ada cinta dan ada rasa,
Jiwa dua pernah satu dahulu.

Masa berlalu,
Bunga-bunga menari,
Hidup ku lihat bagai pohon berlatar angkasa,
Tumbuh dari kecil,
Membesar hingga daun berjatuhan.

Adakah kita pernah bersatu...
Hidup bersama hingga akhir usia...
Mungkin pada masa lampau,
Kira-kira seribu tahun yang lalu,
Atau mungkin,
Kau dan aku akan jadi satu,
Seribu tahun yang akan datang.

Ku olah rangkai masa,
Biar seribu tahun lagi...
Aku terus menunggu,
Hatiku dan hatimu,
Berteduh di bawah naungan payung... darimu.


Tuesday, June 25, 2013

KETABAHAN

Sudah aku bermula,
Ada yang mengatakan...
Akan tiba harimu jadi senja,
Aku tahu itu..
Tapi aku kekalkan batinku.

Memang benar.
Hari itu telah tiba,
Seperti nyawaku berada di ufuk barat,
Semakin hari semakin rasa kehilangan.

Bila hingga akhir aku hampir kegelapan,
Berhenti aku sejenak...

Aku belum tiba di puncak,
Tapi hariku semakin gelap...

Adakah esok masih ku lihat lagi?
Adakah terang akan kembali?

Persoalan terbit dari sanubari,
Keringat leguh dari tubuh ini,
Ku sandarkan di suatu hentian,
Ku doakan agar esok aku bangun kembali,
Melihat terang terbit sang mata hati.

Dengan teguh ketabahan...


Sunday, June 23, 2013

ANTONIM RINDU

Semakin lama memori semakin pudar,
Tenggelam dimakan usia remaja,
Masa tidak lagi bertanya,
Bila...

Sekali lagi untuk akhir kali,
Aku cuba mengimbas hari bersama kamu,
Ternyata...
Semakin hilang kejadian,
Semakin hilang rasa sayang,
Semakin hilang senyum dan keluhan,
Semakin ke arah bertentangan.

Apa dia antonim rindu?

Jawabku,
Impian.....

Ku sekali lagi memaling jeling,
Ke belakang tidak lagi rasanya perlu,
Ku serlahkan senyuman,
Impian...
Sambil melangkah ke hadapan.

Semoga jadi kenyataan.. antonim rindu ini.

Thursday, June 20, 2013

SENANDUNG MAHKOTA

Bukankah indah bila kata bersulam kata,
Disusun rapi seperti batu itu,
Mengelilingi mata air...
Yang mengalir menghidupkan suasana,
Anak ikan bebas mencari makan.

Ku pautkan diriku di tempat selesa,
Dalam hati menyusun kata-kata indah,
Dunia perlu dihiburkan,
Agar kelelahan lebur diserangkap kata.

Ku dendangkan...
Senandung mahkota.

Sayangku dinda,
Beradu di sana,
Kau pukau mataku dengan senyum ayumu,
Gemalai tubuh jari menimbulkan..
Rasa suka...
Oh puteri ku beri mahkota,
Tanda cinta dan kasih untukmu,
Datang padaku dan duduklah di sebelahku,
Kita lihat burung dan bunga,
Rajawali hinggap di dahan kenanga.

Wednesday, June 19, 2013

KEKAL KENANGAN

Telah lama aku menjelajah,
Sebelum ku teruskan perjalanan ini,
Hentian ku lakukan di seberang,
Ke tengah aku perhati,
Laluan lalu,
Yang jauh...

Tidak ku tumpu laluan hadapan,
Berpaling ke belakang,
Melihat gelombang perjalanan,
Sungguh mempersonakan.

Segala lubang...
Segala batuan,
Segala siang dan malam,
Semua teman sehaluan jua bertentangan,
Segala haiwan yang tidak menghiraukan,
Segala kemalangan...
Segala debu berterbangan,
Hujan...
Panas...

Telah ku lalui dengan apa yang ada...
Seadanya,
Semampunya,
Ada yang tidak sempurna,
Ada jua kelegaan.

Dari tengah jeraya,
Aku hembuskan doa kesyukuran,
Aku kekal mampu,
Kekal direstui,
Untuk terus ke depan,
Dengan kekal kenangan.


Saturday, June 15, 2013

KASIHKU

sekalipun aku dapat berkata-kata
dengan semua bahasa manusia
tetapi jika aku tidak mempunyai kasih
aku samalah gong yang berkumandang

sekalipun aku mempunyai segala ilmu
seluruh ilmu pengetahuan
sekalipun aku memiliki iman yang sempurna
untuk memindahkan gunung
tetapi jika aku tidak mempunyai kasih
aku sama sekali tak berguna

kasih itu sabar
kasih itu pemurah
ia tidak cemburu
tidak
tidak cemburu
kasih tidak sombong 
kasih bukan pemarah
ia menutupi
percaya
segala sesuatu

kasihku
kau cahaya kehidupan bagiku
tanpamu
dunia ku lenyap
hanya satu pintaku
antara terang dan gelap
walaupun terpisah
beribu batu

berdoalah 
sayangku
berdoalah sayangku


UNTUK BUNGA CINTA LESTARI

Katakanlah kasih,
Katakan kau suka aku,
Dari pandang pertama,
Kau rasa apa hatiku rasa.

Seperti pernah kita bertemu,
Sambil melihat matamu.. cinta,
Aku tercari.. di mana ia...
Tidak berjaya.

Mungkinkah kerana engkau seperti yang ku mahu,
Sekali pandang,
Hati berpaut di laman asmara,
Daun hijau yang segar pada pagi,
Semakin segar hingga tengahari.

Bunga merah sinar terang di pagi hari,
Semakin menyala hingga tengahari.

Ada sesuatu ku mahu darimu,
Beratnya di dalam hati untuk bertanya namamu,
Kerana ku takut...
Akan terus menciummu.

Untuk bunga, cinta lestari...
Ku biarkan engkau berlalu,
Bila datang lagi,
Kita tahu, kita pernah bertemu,
...dan semoga hari itu, namamu jadi milikku.


Wednesday, June 12, 2013

RINDU TENTANG APA

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Tidakkah kau rindu padaku...
Rindukah kau padaku...

Jika rindu, Rindu tentang apa...

Jika tidak, Ku tahu kenapa...
Dan, aku rindu... rindu dirimu.

Saturday, June 8, 2013

PUTUS CINTA

...setelah memerah air dari baju-baju,
Ke luar aku untuk menyidai ia di besi ampaian,
Separuh telah ku hidangkan untuk matahari,
Separuh tiba-tiba terputus...
Luruh jantungku,
Segala usahaku dari subuh,
Nampaknya perlu diputar semula.

Ada petang sedikit berangin,
Ke padang aku bermain layang-layang,
Tinggi ke awan erat ku genggam,
Mata perhati ingin turut terbang...
Tiba-tiba beban yang ku genggam tadi terlerai ringan,
Lelayang berputar sehingga hilang dari pandangan.

Sekali lagi luruh jantungku...
Takut kalau-kalau ada insan yang dilanggar,
Dahan kukuh tulang belakang layangku.

Keindahan yang ku idamkan,
Sedang aku rasakan,
...yang kuharapkan sampai ke hujung perjuangan,
Putus di pertengahan..

Peritnya bila putus cinta,
...yang memutuskan mungkin tak punya rasa,
Aku ditinggalkan..
Sungguh terasa! Kesakitan! Kepedihan! Kenapa!

Itu sepatutnya ku tahu,
Apabila melihat gadis di sebelahku,
Namun setelah dia beritahu aku,
Dia baharu putus cinta..
Ternganga aku hendak dibual apa,
Keliru aku 'pabila dia senyum sahaja.

Namun ku tahu,
Dalam hatinya hanya dia yang tahu..
Ku mahu tahu; ...dan ku belikannya jambu.


Friday, June 7, 2013

INDAH DAN BENAR

Aku menempah duduk di sini,
Bila hati ini terlalu lelah untuk terus berdiri.
Di sampingku ada insan yang ku tunggu,
Berbual kami..
Tentang langit biru.

Ratuku...
Sampai bila akan kita terus begini..
Sepertikah kita daun gugur ini,
Sudah reput bila segar seminggu dahulu,
Mungkinkah petunjuk macam senja ini;
...matahari ingin tenggelam beri laluan pada sang malam.
Kanak-kanak yang riang berbuai buaian,
Telah pulang ke rumah,
Diarah melenakan mata.

Cinta kita sampai masa akan jadi memori,
Ku harapkan yang kita kenang,
Membuat hati tenang... dengan senyuman,
Akan buat rindu berdebaran... dengan renungan.

Indah dan benar aku cinta padamu,
Jika nanti ia tidak lagi kau dengar,
Yakinlah, waktu ini ia memang benar,
Namun masa semakin pudar; ...keindahan dan kebenaran kekal pada kenangan.



Tuesday, June 4, 2013

BUKAN SEBAGAI RAJA

Usah lagi kau lari dariku,
Sudah aku jemu..
Kali ini datanglah padaku,
Puisi itu telah ku tumpu.

Kekasih tunggu kekasih temu,
Lihat air hampiri aku,
Tidak sedar kakinya semakin kelabu,
Sejuk beku..
Darah hampir beku; kerana tunggumu.

Oh jangan lagi kau lari dariku,
Katakan padaku,
Adakah si dia yang kau tunggu; itu aku...

Usah lagi sayangku,
Akan ku hampir dirimu,
Sedekat yang ku mahu,
Pergi hampirimu..
Tidak perlahan,tidak terlalu laju...

Aku berjanji...
Tidak akan tinggalkanmu,
Ku tahu dalam hatimu ragu ada,
Aku berjanji hatiku,
Datang padamu bukan sebagai raja,
Datang sebagai lelaki kalbumu...