Monday, May 13, 2013

KERANA MIMPI

Pernah ku dengar kata tentang ini,
Namun tiada pasti yakin sembunyi,
Umpama lihat dalam diri sendiri,
Yang ku mahu...
Hanya pelukmu.

Jauh nyata tidak bertemu dinda,
Tapi nanti,
Ku harapkan akan ada waktu.

Ku impikan sejuta mimpi,
Seratus ribu mimpi engkau kembali.

Dalam kehilangan aku terus mencari,
Ketiadaan gersang berlaku,
Di mana dan sedang buat apa..
Pertanyaan kabur penuh jangkaan.

Dalam waktu tak kusangka,
Engkau muncul dalam mimpi ini.

Biarlah tidak bersua lagi,
Kerana mimpi ini,
Membawaku pergi kepadamu,
Kerana mimpi ini,
Rindu membawa rindu,
Kerana mimpi tentang kau dan aku.