Monday, October 29, 2012

WALAU SISA

Aku mencintai,
Walau engkau tidak lagi mencinta aku.

Sememang ku harap masih ada secebis,
Walau sisa..
Akan ku semai jadi pohon yang redup,
Memberi teduh kepada hatiku lara,
Di saat sinar terlalu hangat memedihkan mata.

Selalu..
Walau sisa aku terima,
Kerana,
Di masa aku suka,
Aku ingat dirimu...
Di waktu aku bergelora,
Juga ingat dirimu..
Pada hari yang terlalu lama,
Sentiasa mahu mengadu padamu..
Isnin datang..
Pagi-pagi aku sebut namamu,
Agar isnin ini jadi mula minggu yang terindah.

Selalu..
Dalam semua waktu,
Kau sentiasa di hatiku.




No comments:

Post a Comment