Ada masa ku rendahkan dahiku,
Di tempat kerja kadang di mana jua,
Hendak melelapkan mata,
Hendak merehatkan minda,
Bukan hendak ke alam maya,
Kerana ku tahu aku di alam nyata.
Dalam renungan..
Aku terpukau oleh senyum manismu,
Dari mata yang layu,
Turun ke bibir membisu,
Dari situ terus ke dadaku,
Tertekan..
Mahu dan menginginkan dirimu,
Jadi milikku,
Untuk seumur hidupku.
Mari ku katakan padamu,
Yang aku hanya perlu ditemankan olehmu,
Dalam segala masa,
Siang dan malam,
Hari berganti hari,
Dari hari ia jadi bulan,
Bulan ke tahun,
Tahun ini penuh kenangan.
Ada hari ku tahu hatiku,
Yang ku pasti ku perlu hanya hatimu,
Temankan aku dalam haluan hidupku,
Ke mana sahaja..
Sentiasa ku ingat akan dirimu,
Jika perlu,
Aku mahu menjadi dirimu,
Kerana diri seperti engkau sangat sesuai dengan rasaku,
Itulah engkau jadi...
Istimewa.
No comments:
Post a Comment