Menjelang pagi
ketika engkau dalam dakapku
cahaya dari seri wajahmu
bersinar bak mawar
gincumu yang tertanda di bibir
ingin sekali kucumbui
namun aku menahan rasa
kerana belum waktunya
sudah sederhana
kaukupeluk
dan pipimu juga cuping telingamu
kusentuh dengan kasih
terbang pergi kerinduan
yang terhimpun selama beberapa waktu
sehari bagai seabad lamanya.
...kerana dakap itu, sepanjang hari aku mengukir gembira.
No comments:
Post a Comment