...kenapa dititiskan begitu mudah
kerana ia lahir dari hati wanita?
kenapa turut aku merasa
pedihnya dada, hingga tak mampu ditahan
ke sinilah sayang
rapat ke bahu
biar tanpa bicara cukup kita berdua
dengarkah sayang degup jantungku
mungkin tidak ketika ini, bukan
kerana deras tangismu
sedumu jua
kenangan semakin terang di ingatan
melalui pintu hati yang disinari cahaya mata
tika pelukmu kian erat
dunia seakan kaku
tidak mahu memusing waktu.
No comments:
Post a Comment