Wednesday, March 4, 2020

TERSISIH

Musykil
kenapa senyap membisu
adakah khilaf bicaraku
atau kelakuanku puncanya
memencil diri

terpisah bak antara benua
sedangkan selangkah cuma
hingga kufikirkan seakan afdal
jika lenyap aku ketika itu
kerana dia pilih tenang
bukan perang

ada baiknya aku bertamu
memandang sayur dan belunu
pandang tak jemu
hingga ke laut cencaru
ataupun
makan sampai jemu

lebih baik aku di sungai
memasang perangkap tangkai
untung badan dapat sekumpul kerai
masak lemak berserai
ataupun
terus duduk mengintai.


No comments:

Post a Comment