Kutahu diriku lemah
Saatku pergi dari-Mu
Namun Kau tak pernah meninggalkanku
Di saat aku jatuh Kau hadir menyambut
Betapa kasih tiada batasnya
Biarpun aku selalu menolak-Mu
Kau tetap setia di sampingku
Kau redahkan resah ini
Kau hapuskan air mata
Kau sembuhkan luka yang ada
Betapa mulianya kasih-Mu...
~ Ave August
...busur-Ku, Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda perjanjian antara Aku dan bumi. ~ Kejadian 9:13
Monday, September 30, 2019
NAMPAK MENARIK
Hari ini
Penampilanmu mengingatkan aku
Pada kali pertama kita bertemu
Gaya rambutmu tanpa minyak
Caramu yang sederhana dan santai
Tidak menarik perhatianku
Mungkin kerana masa itu
Kita belum kenal lebih dekat
Hari demi hari kulihat
Penampilanmu semakin berubah
Semakin kelihatan sedikit bergaya
namun tidak ketara
Masih sederhana namun nampak menarik
Senyumanmu juga buatku terpukau
Gila bayang dibuatnya...
Dan hari hariku ceria melihatnya
Hingga detik ini tidak mampu hindari.
~ Ave August
Penampilanmu mengingatkan aku
Pada kali pertama kita bertemu
Gaya rambutmu tanpa minyak
Caramu yang sederhana dan santai
Tidak menarik perhatianku
Mungkin kerana masa itu
Kita belum kenal lebih dekat
Hari demi hari kulihat
Penampilanmu semakin berubah
Semakin kelihatan sedikit bergaya
namun tidak ketara
Masih sederhana namun nampak menarik
Senyumanmu juga buatku terpukau
Gila bayang dibuatnya...
Dan hari hariku ceria melihatnya
Hingga detik ini tidak mampu hindari.
~ Ave August
Saturday, September 28, 2019
CUKUPLAH
Hari ini aku cemburu
Tiada lagi kata sayang antara kita
Kau lebihkan dia daripada aku
Sedih hati ini rasa tertipu
Tabahlah wahai hati
Kupujuk diri dengan senyuman
Luka disembunyi rapi.
Selamba dirimu kesukaan
Mungkin kerana dambaan hati jatuh di riba
Lama ditunggu baru ada jawabnya
Diakui di depan mata saksi diri ini sendiri
Sejak itu kulihat hatimu menari
Semakin hari semakin suka
Semakin hari semakin banyak cerita
Kadangkala sengaja menyakiti
Di bibir kata tidak; hati kata suka
Bila pergi ditanya ke mana
Lalu pergi bersama
Duduk bertentang mata
Cerita sama sehati sejiwa
Aduh aku cemburu
Namun apakan daya aku tak mampu
Cukuplah hanya melihat dan dilukai.
~ Ave August
Tiada lagi kata sayang antara kita
Kau lebihkan dia daripada aku
Sedih hati ini rasa tertipu
Tabahlah wahai hati
Kupujuk diri dengan senyuman
Luka disembunyi rapi.
Selamba dirimu kesukaan
Mungkin kerana dambaan hati jatuh di riba
Lama ditunggu baru ada jawabnya
Diakui di depan mata saksi diri ini sendiri
Sejak itu kulihat hatimu menari
Semakin hari semakin suka
Semakin hari semakin banyak cerita
Kadangkala sengaja menyakiti
Di bibir kata tidak; hati kata suka
Bila pergi ditanya ke mana
Lalu pergi bersama
Duduk bertentang mata
Cerita sama sehati sejiwa
Aduh aku cemburu
Namun apakan daya aku tak mampu
Cukuplah hanya melihat dan dilukai.
~ Ave August
Thursday, September 26, 2019
TERCIPTA CINTA
...kadang-kadang, hati kita ini mahu meraung-raung sekuat-kuatnya...bagai berada di tepi tebing tinggi yang menghadap lautan ungu...
...meraung akan rindu, yang terselit nestapa. Hanya itulah termampu ketika itu.
...bagai pagi tadi kuhirup serbuk koko yang digaul bersama susu lembu...
...aku, menelan memendam rindu!
...meraung akan rindu, yang terselit nestapa. Hanya itulah termampu ketika itu.
...bagai pagi tadi kuhirup serbuk koko yang digaul bersama susu lembu...
...aku, menelan memendam rindu!
Tuesday, September 24, 2019
DALAM ZULMAT
...dalam zulmat itu ada enam kerdipan
satu bulan penenang
ditenung insan berkelana
di dataran tampak hijau
sanubarinya penuh gusar
hambar
dan sukar bak menempuh
onak belukar.
satu bulan penenang
ditenung insan berkelana
di dataran tampak hijau
sanubarinya penuh gusar
hambar
dan sukar bak menempuh
onak belukar.
HARI BERLALU
Lewat senja tadi
Kurasakan dia tidak gembira
Adakah kata-kataku buatnya terluka
Berfikir aku tanpa jawapan
Andai ada khilaf kumohon kemaafan
Sekejap aku pergi menikmati
Keindahan alam sendiri
Di hatiku tetap ada dia
Rindu ingin bersamanya tika itu
Seperti hari hari yang lalu
Aku dan dia bersama menikmati
Betapa indah sekali
Tidak mungkin kulupakan
Walau berdetik masa berlalu.
~ Ave August
Kurasakan dia tidak gembira
Adakah kata-kataku buatnya terluka
Berfikir aku tanpa jawapan
Andai ada khilaf kumohon kemaafan
Sekejap aku pergi menikmati
Keindahan alam sendiri
Di hatiku tetap ada dia
Rindu ingin bersamanya tika itu
Seperti hari hari yang lalu
Aku dan dia bersama menikmati
Betapa indah sekali
Tidak mungkin kulupakan
Walau berdetik masa berlalu.
~ Ave August
Sunday, September 22, 2019
MEMUNCAK ABADI
Sebentar tadi aku berpeluk tubuh
menahan daya tarik wajahmu
juga jerit kecilmu
aku mengidam akan susuk tubuhmu
betapa rindu mengasyikkan
sekilas rasa bak tertikam
bagai anak dalam kandungan
tubuhku menantikan
kita belai kasih ini
agar memuncak abadi.
menahan daya tarik wajahmu
juga jerit kecilmu
aku mengidam akan susuk tubuhmu
betapa rindu mengasyikkan
sekilas rasa bak tertikam
bagai anak dalam kandungan
tubuhku menantikan
kita belai kasih ini
agar memuncak abadi.
Saturday, September 21, 2019
TAK CERAH
...matahari sejak kelihatan tidak
langsung mampu menyinari hatiku
susuk tubuh rasa longlai
tak bermaya
bak tiada harapan nan cerah
andai beginilah hari-hariku
tanpamu
lebih baik siang itu hilang
biar malam selubung duniaku
tanah indah yang diimpikan
nampak gersang tak berbunga
tanpa rona cinta
rindu tak berpenghujung.
langsung mampu menyinari hatiku
susuk tubuh rasa longlai
tak bermaya
bak tiada harapan nan cerah
andai beginilah hari-hariku
tanpamu
lebih baik siang itu hilang
biar malam selubung duniaku
tanah indah yang diimpikan
nampak gersang tak berbunga
tanpa rona cinta
rindu tak berpenghujung.
BUSUK
...semalam jahat aku
menusuk hatimu dengan bilah kata
pedih tentu air matamu mengalir hingga lesu
jahat aku
ya jahat aku
pagi ini inti gelap itu telah pudar
dimamah malam
dalam tidur aku berjaga
ingat padamu seorang tanpa teman
jahat sungguh aku
angin membisu di hari sabat kini
mungkin ia tenang memuji tuhan
matahari masih tenggelam
seketika aku pasrah jika inilah hari akhir di bumi
semalam ada mimpi kubertemu dengan orang beriman
aku mengadu sakit
dilihatlah coret-coretan di kertas hijau
dia lalu melihat tubuhku
katanya aku busuk
menusuk hatimu dengan bilah kata
pedih tentu air matamu mengalir hingga lesu
jahat aku
ya jahat aku
pagi ini inti gelap itu telah pudar
dimamah malam
dalam tidur aku berjaga
ingat padamu seorang tanpa teman
jahat sungguh aku
angin membisu di hari sabat kini
mungkin ia tenang memuji tuhan
matahari masih tenggelam
seketika aku pasrah jika inilah hari akhir di bumi
semalam ada mimpi kubertemu dengan orang beriman
aku mengadu sakit
dilihatlah coret-coretan di kertas hijau
dia lalu melihat tubuhku
katanya aku busuk
DALAM MIMPI
Aku mimpi
Lenaku terganggu dan aku malas
Dalam mimpi itu kau beritahu sesuatu
Kulihat seolah kau sakit
Namun seperti kau mau padaku
Tapi kenapa keadaanmu seperti itu?
Tidak berbaju
Kurus dan kelihatan sakit
Rasa simpati melihatmu
Tapi dirimu tenang dan cuba hampiri
Aku dibelaimu
Aku hampir lemas dengan belaian itu lalu terjaga.
~ Ave August
Lenaku terganggu dan aku malas
Dalam mimpi itu kau beritahu sesuatu
Kulihat seolah kau sakit
Namun seperti kau mau padaku
Tapi kenapa keadaanmu seperti itu?
Tidak berbaju
Kurus dan kelihatan sakit
Rasa simpati melihatmu
Tapi dirimu tenang dan cuba hampiri
Aku dibelaimu
Aku hampir lemas dengan belaian itu lalu terjaga.
~ Ave August
Friday, September 20, 2019
TERTANYA
Tadi ku tatap matanya
Letih dan sayu
Kenapa dia, aku tertanya...
Menangiskah atau kurang tidurnya?
Semalam dia ceria tiada tanda sedih
Tapi tadi matanya bicara
Hatinya sedih dan tak ceria...
Adakah aku melukainya?
Adakah dia sembunyikan sesuatu?
Andaiku tahu isi hatimu
Dan ada luka yang tersembunyi aku ingin merawatnya
Bukan kerana aku ini tabib
Tapi aku ingin kau tahu aku menyayangimu.
~ Ave August
Letih dan sayu
Kenapa dia, aku tertanya...
Menangiskah atau kurang tidurnya?
Semalam dia ceria tiada tanda sedih
Tapi tadi matanya bicara
Hatinya sedih dan tak ceria...
Adakah aku melukainya?
Adakah dia sembunyikan sesuatu?
Andaiku tahu isi hatimu
Dan ada luka yang tersembunyi aku ingin merawatnya
Bukan kerana aku ini tabib
Tapi aku ingin kau tahu aku menyayangimu.
~ Ave August
SUKACITA
Pertama kali kita bertemu
Kau asyik memandangku
mengapa, adakah yang tak kena
pada diriku
kucuba bertanya
jawab-Mu, Kau suka...
Kau suka, Kau suka...
jadinya aku malu
diriku tak menentu
dipandang begitu
sebab Kau suka; dan aku suka
hatiku semakin malu
Kau mendekat padaku
tapiku tak mampu menolak
kerana
aku pun suka
kusuka, kusuka pada-Mu.
~ Ave August
Kau asyik memandangku
mengapa, adakah yang tak kena
pada diriku
kucuba bertanya
jawab-Mu, Kau suka...
Kau suka, Kau suka...
jadinya aku malu
diriku tak menentu
dipandang begitu
sebab Kau suka; dan aku suka
hatiku semakin malu
Kau mendekat padaku
tapiku tak mampu menolak
kerana
aku pun suka
kusuka, kusuka pada-Mu.
~ Ave August
LURUH HATIKU
Setiap kali kita bertemu
Senyuman manis kau berikan
Luruh hatiku...
Andaiku pasti keikhlasan hatimu
Akan Ku balas senyuman itu
Tapi Ku takut itu hanya sandiwara
Ku tahu aku bukan yang pertama
Bukan juga yang kedua
Untuk kau miliki...
Biarku bertemu yang lain
Asalkan dia setia
Itu yang lebih indah dan tak menyakitkan
Pasti bahagia itu milikku.
~ Ave August
Senyuman manis kau berikan
Luruh hatiku...
Andaiku pasti keikhlasan hatimu
Akan Ku balas senyuman itu
Tapi Ku takut itu hanya sandiwara
Ku tahu aku bukan yang pertama
Bukan juga yang kedua
Untuk kau miliki...
Biarku bertemu yang lain
Asalkan dia setia
Itu yang lebih indah dan tak menyakitkan
Pasti bahagia itu milikku.
~ Ave August
SEKARANG DAN SELAMANYA
Bagai air yang mengalir tenang
Jiwaku damai bersamanya
Dia ada untukku
Dia ada untukmu
Sekarang dan selama-lamanya
Kusujud menyembahmu
Saatku gembira saatku berduka
Karna kutahu Engkau ada untukku untukmu
Sekarang dan selama-lamanya
Tiada lagi yang kurisaukan
Karna Engkau Tuhan yang kusembah
Sentiasa ada untukku dan untukmu
Di mana-mana selama-lamanya.
~ Ave August
Jiwaku damai bersamanya
Dia ada untukku
Dia ada untukmu
Sekarang dan selama-lamanya
Kusujud menyembahmu
Saatku gembira saatku berduka
Karna kutahu Engkau ada untukku untukmu
Sekarang dan selama-lamanya
Tiada lagi yang kurisaukan
Karna Engkau Tuhan yang kusembah
Sentiasa ada untukku dan untukmu
Di mana-mana selama-lamanya.
~ Ave August
Thursday, September 19, 2019
KETIKA INI
Ketika ini
Berfikir aku tentang diri
Berfikir aku tentang dia
Berfikir aku tentang kita
Disini mula kisah kita.
Ketika ini
Bila dihayati mula cerita kisah kita
Aku tersenyum
Bila terus dihayati hingga pertengahan
Aku terkedu dan mula sebak
Dan akhirnya aku tak mampu berkata apa?
Ketika ini
Aku berfikir dan terfikir
Indahkah penghujung cerita ini?
~ Ave August
Berfikir aku tentang diri
Berfikir aku tentang dia
Berfikir aku tentang kita
Disini mula kisah kita.
Ketika ini
Bila dihayati mula cerita kisah kita
Aku tersenyum
Bila terus dihayati hingga pertengahan
Aku terkedu dan mula sebak
Dan akhirnya aku tak mampu berkata apa?
Ketika ini
Aku berfikir dan terfikir
Indahkah penghujung cerita ini?
~ Ave August
Wednesday, September 18, 2019
CINTA LUAR BIASA
Waktu pertama kali
Kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar
Suara indah menyapa
Geloranya hati ini tak kusangka
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu
Hari-hari berganti
Kini cinta pun hadir
Melihatmu, memandangmu bagai bidadari
Lentik indah matamu
Manis senyum bibirmu
Hitam panjang rambutmu anggun terikat
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu
Kini cinta pun hadir
Melihatmu, memandangmu bagai bidadari
Lentik indah matamu
Manis senyum bibirmu
Hitam panjang rambutmu anggun terikat
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamuu
O-o-o-oh ...
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamuu
O-o-o-oh ...
Terimalah lagu ini
Hmm ...
Dari orang biasa
Hmm ...
Dari orang biasa
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Terimalah cintaku yang luar biasa
Tulus padamu
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Terimalah cintaku yang luar biasa
Tulus padamu
Dinyanyikan oleh: Andmesh Kamaleng
Tuesday, September 17, 2019
HAJAT
...dahulu,
ketika aku lihat warna bintang,
pasti ada sahaja yang kuhajatkan.
Pernah tentang wang,
selalunya kisah impian.
Kenapa malam ini aku rasa tenang?
Atau aku sebenarnya,
Kesepian?
ketika aku lihat warna bintang,
pasti ada sahaja yang kuhajatkan.
Pernah tentang wang,
selalunya kisah impian.
Kenapa malam ini aku rasa tenang?
Atau aku sebenarnya,
Kesepian?
Monday, September 16, 2019
PERHATI
Tadi aku lihat jejakmu di laman biru
tanda matamu celik seawal subuh
di mana aku ketika itu
betapa indah tak terkata
jika kala itu dalam dakapmu aku beradu
siapa hatinya tidak gembira
dilamun cinta semasa
sedar saja dari mimpi-mimpi
insan pertama dicari ada sedang perhati
oh sayang
dewi di sanubari.
tanda matamu celik seawal subuh
di mana aku ketika itu
betapa indah tak terkata
jika kala itu dalam dakapmu aku beradu
siapa hatinya tidak gembira
dilamun cinta semasa
sedar saja dari mimpi-mimpi
insan pertama dicari ada sedang perhati
oh sayang
dewi di sanubari.
Subscribe to:
Posts (Atom)