Ku hendak sampaikan sebuah mercu,
Untukmu di sana..
Orang-orang Sabah.
Memang tidak semua sama,
Rambut sama hitam,
Di hati tentunya lain-lain.
Sejarah telah patah,
Dilenyapkan secara bersiri,
Kau mungkin tak tahu,
Aku sudah tahu..
Kita dipandang rendah,
Kerana ilmu kita terus dijajah.
Ku seru...
Bangunlah wahai wargaku...
Bangunlah!
Jangan biarkan yang di seberang datang lagi!
Tidak bergoyang daun di taman,
Jika tidak angin bertiupan.
Mungkin katamu..
Ini aku,
Namun perlu kau tahu,
Yang kau kejar pada hari ini,
Warisanmu nanti tunduk memaki!
No comments:
Post a Comment