Kemodenan ini bukan lagi yang kita cari,
Pembangunan ini menambah keinginan hidup duniawi,
Mata ringgit jadi nombor satu,
Peniaga telah jadi pencuri.
Kerana siapa?
Persaingan ingin jadi orang kenamaan,
Keegoan tidak dapat ditahan,
Keselesaan tidak lagi ingin dilepaskan,
Rasakan hangat di tengahari,
Bukankah nyaman bila subuh pagi?
Bukan hendak berlaku curang,
Atas cinta dan kasih sayang,
Bukan juga ada insan lain,
Tapi hati diguris oleh suatu kebodohan.
Siapa bodoh?
Dari punca niat di hati,
Hingga sanggup jadi rendah hati,
Sejarah diputar kembali,
Di mana bumi ku pijak, di situ langit ku junjung,
Dikuburkan bukan di seberang,
Tanah diri punya harga diri!
Ketidakseimbangan ini akibat radang miskonsepsi yang perlu diubati.
No comments:
Post a Comment