Monday, April 1, 2013

KUMULUS

Indahnya cinta,
Bila hendak bermula..
Masa dan ruang bagai tiada ku rasa,
Segala indah,
Walau hanya sebatang kara,
Burung terbang bebas perkasa.

Perlu diwaspada pada saat memuncak,
Kadang mentari di tengahari,
Tenggelam dilindung oleh awan kumulus,
Gerimis mengundang..
Namun tak perlu kau risau,
Jika jodoh sudah perlu begini,
Perlu begitu agar bertemu padu,
Sekukuh bulan di atas angkasa,
Akan ku jejak,
Sedalam lubuk hatimu.

Oh bulan...
Aku datang,
Di lapangan terbang,
Hujan mula turun,
Selepas enam bulan,
Aku akan bertemu engkau,
Di sana,
Yang terdekat antara bintang,
Pernahkah hujan membasahi daratmu..


No comments:

Post a Comment