Kasih padamu,
Padamu; setiap waktu,
Setiap waktu; mungkin bukan selalu,
Mungkin bukan selalu; tetapi hari-hari,
Tetapi hari-hari; ada keluhan,
Ada keluhan; kerana kau berdiam,
Kerana kau berdiam; aku jadi pasrah,
Aku jadi pasrah; sehingga segalanya padam.
Sehingga segalanya padam;
Sebenarnya aku pun tidak mengerti,
Aku biarkan...
Terusan kasih mengalir terus ke muara lautan...
No comments:
Post a Comment