Tuesday, March 12, 2013

SAN FRANCISCO

Terukir halus nun jauh di sana,
Dalam badai kita berdua,
Menghayati hari,
Penuh teka teki..
Dalam alun lautan dan alun di awan.

Kedinginan penuh wawasan,
Datanglah engkau rapat padaku,
Biar kau rasakan hangat dari badanku,
Cinta mekar di tepi San Francisco.

Wahai bayu sering kecewa,
Menusuk salju hangat semakin hilang,
Kau terbangkan urai mayang rambutnya,
Gadis yang ku sayangi,
Hingga aku mati...

Ku bawa dia melihat hujung jauh di sana,
Ada keunggulan sebuah tugu ingatan,
Yang cinta ini tidak ku duga,
Segala berlaku,
Memekatkan rasa cinta di dada.

Teruslah kau berdiri teguh,
Selagi bumi tidak mahu hatiku melupakan,
Engkau satu...
Kekal Ratuku.

No comments:

Post a Comment