Monday, December 31, 2012

PUISI TERAKHIR

Ada waktu kita hanya perlukan
Teman berbicara.

Bayangkan,
Setelah melalui hari aras neraka,
Semacam segalanya mahu menghimpit,
Bersama-sama,
Pada diri kita.

Ku telah temui jalan kekuatan,
Untuk aku melepaskan engkau dari hatiku,
Tiada lagi kata, '...akan jaga engkau.'
Kerana dia akan menjagamu,
Lebih baik...
Daripada aku.

Ku susun kata-kata hati,
Dalam madah bernada jiwa,
Di Taman Berkasih Asmara...
Sebuah villa,
Jadi kubur cinta kita berdua,
Dikapan dengan tema; Puisi Terakhir.

No comments:

Post a Comment