Wednesday, October 31, 2012

THE GARDEN OF LOVE


I went to the Garden of Love.
And saw what I never had seen:
A Chapel was built in the midst,
Where I used to play on the green.

And the gates of this Chapel were shut,
And Thou shalt not, writ over the door;
So I turn'd to the Garden of Love,
That so many sweet flowers bore,

And I saw it was filled with graves,
And tomb-stones where flowers should be:
And priests in black gowns, were walking their rounds,
And binding with briars, my joys & desires. 
By William Blake.
 
 

Tuesday, October 30, 2012

KETERLALUAN

Terlalu banyak aku,
Terlalu banyak engkau,
Terlalu banyak suka,
Terlalu banyak duka,
Terlalu banyak cinta,
Terlalu banyak rindu,
Terlalu banyak sehingga keterlaluan.

Terlalu banyak rasa,
Pada satu nama...
Dan nama itu ada pada... rembulan.
Dalam pada itu,
Tercipta puisi untuk si dia.

Aku menunggu bulan yang terang,
Seperti pada malam ini,
Akan ku laung..
Namamu, agar dunia tahu..
Kegaranganku yang sungguh keterlaluan.

AKU SUKA DIA

Aku lihat dia disana,
Aku ingin mendekatinya,
Aku cuba menghampirinya,
Lalu aku menyapa dia.

Dia pun membuka bicara,
Dan aku mulai mengenalnya,
Kita mulai bermain mata,
Mula timbul rasa bahagia.

Bila dia,
Mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu.
Bila dia,
Senyum pada diriku,
Hatiku rasa tak menentu..

Kekadang hati ku bertanya,
Adakah dia dah berpunya..
Kerana diriku berasa,
Aku jatuh hati padanya.

Aku ingin memilikinya,
Aku ingin menjaga dia,
Aku ingin mencinta dia,
Aku ingin hidup dengannya.

Bila dia,
Mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu.
Bila dia,
Senyum pada diriku,
Hatiku rasa tak menentu..

Mungkinkah aku, 'kan berjumpa dengannya..
Untuk meluahkan rasa.
Mungkinkah aku, 'kan berdiam diri saja..
Menunggu cinta darinya...

Ku terima satu nota darimu,
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’.....

Bila dia,
Mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu.
Bila dia,
Senyum pada diriku,
Hatiku rasa tak menentu..

Akhirnya kini ku 'kan mampu ceria,
Diriku sangat gembira.
Akhirnya kini aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya...

Aku suka dia.....

Sung by Ainan Tasneem.

Monday, October 29, 2012

WALAU SISA

Aku mencintai,
Walau engkau tidak lagi mencinta aku.

Sememang ku harap masih ada secebis,
Walau sisa..
Akan ku semai jadi pohon yang redup,
Memberi teduh kepada hatiku lara,
Di saat sinar terlalu hangat memedihkan mata.

Selalu..
Walau sisa aku terima,
Kerana,
Di masa aku suka,
Aku ingat dirimu...
Di waktu aku bergelora,
Juga ingat dirimu..
Pada hari yang terlalu lama,
Sentiasa mahu mengadu padamu..
Isnin datang..
Pagi-pagi aku sebut namamu,
Agar isnin ini jadi mula minggu yang terindah.

Selalu..
Dalam semua waktu,
Kau sentiasa di hatiku.




Sunday, October 28, 2012

MEMANCAR PADAKU

Ku lihat kupu-kupu terbang pada jam tujuh,
Menghargai pagi,
Di cuti yang nyaman ini,
Kurang tujuh darjah dari biasa,
Mentari ku cari tidak kelihatan,
Gunung tinggi ku intai,
Ku tahu ada di sebalik awan.

Sedang bertaman di ladang bunga,
Bukan taman berkasih asmara,
Sekadar taman dalam pembinaan,
Usaha pekebun ku hargai tentu,
Bukan jadi sehari bunga,
Berbulan lamanya akar bertapak tahan.

Selang ketika segagah tiba,
Ku lihat hati seperti itu,
Gergasi tersembunyi muncul nun jauh di sana,
Kelabu; ...memancar padaku,
Depan mata ada tentangan,
Debunga halus lembut mata pemandang,
Bayu berbisik,
Memuji sang pencipta alam.

Beri hati,
Hargai yang ada di sekitar taman.

Friday, October 26, 2012

TIPU DIRI

Tipulah jika ku katakan,
Setiap masa aku mengingatimu,
Dalam sehari,
Ku perlu fikir tentang makanku,
Mainku..
Nakalku..
Gila-gila aku..
Keretaku..
Rumahku..
Kerjayaku..
Rakan-rakanku..
Duit di kocek ini..
Duit dalam simpanan kecil..
Masalah dunia..
Politik, sosial dan ekonomi.

Tipu jua jika ku katakan,
Tidak setiap hari memikirkan tentang dirimu,
Iris matamu..
Kening tebalmu..
Hidung mancungmu..
Gigi taringmu..
Telinga..
Ketawamu..
Amarahmu..
Geli makanmu..
Kau tidak makan daging..
Minum coklat berais,
Tiap langkahmu buat aku tertawan,
Ayu sungguh memikat hati,
Belumku kata...
Goyang gerudimu.

Kau membuatku gila,
Tersenyum sendiri bila duduk sendiri,
Kumbang ku perhati terbang antara dedaun,
Bayu taufan ku amal sebagai nafasmu,
Sinar mentari laksana hangat pelukmu,
Titis hujan bagai peluh malammu,
Tipulah jika semua itu tidak ku akui,
Setiap hari dan akan seumur hidupku,
Aku rindui.
Tak sanggup aku tipu diri...
Jika itu yang bergoncang dalam sanubari ini.


Wednesday, October 24, 2012

BUKAN LAGI I LOVE YOU

Hampir mirip dengan hatiku,
Seharum mawar yang sedang mekar,
Pari-pari riang memberi keajaiban,
Di kala akalku hampir dikaku.

Ku hendak kata,
Pada malam tadi kepada dirimu,
Dan telah kau dengar..
Tidak kau berkata,
Aku tahu...
Itu dirimu.

Berbeza alam kita berdua,
Teringat lirik kata..

"Namun yang pilu,
Kita bertemu di alam,
Di alam berbeza.
Bagai aliran si anak sungai,
Turun menyusuri lautan.
Harapan tak ke mana,
Terpendam oh impian."















Ku hening sejenak,
Saat indah bersamamu,
Yang pedih,
Itu proses ke arah yang jati,
Hari ini..
Sambil mengenang rupamu dinda,
Ku hayunkan buaian manja,
Untukmu yang manis di sana,
Aku yakin...

Aku.. Cinta.. Padamu.....

Bukan lagi sayang,
Dan bukan lagi I love you.
Kau kata aku sejahat manusia yang engkau kenali,
Aku berkata,
Kau gadis yang terbaik pernah ku kenali.

Sunday, October 21, 2012

SEPERTI ENGKAU

Ada masa ku rendahkan dahiku,
Di tempat kerja kadang di mana jua,
Hendak melelapkan mata,
Hendak merehatkan minda,
Bukan hendak ke alam maya,
Kerana ku tahu aku di alam nyata.

Dalam renungan..
Aku terpukau oleh senyum manismu,
Dari mata yang layu,
Turun ke bibir membisu,
Dari situ terus ke dadaku,
Tertekan..
Mahu dan menginginkan dirimu,
Jadi milikku,
Untuk seumur hidupku.

Mari ku katakan padamu,
Yang aku hanya perlu ditemankan olehmu,
Dalam segala masa,
Siang dan malam,
Hari berganti hari,
Dari hari ia jadi bulan,
Bulan ke tahun,
Tahun ini penuh kenangan.


Ada hari ku tahu hatiku,
Yang ku pasti ku perlu hanya hatimu,
Temankan aku dalam haluan hidupku,
Ke mana sahaja..
Sentiasa ku ingat akan dirimu,
Jika perlu,
Aku mahu menjadi dirimu,
Kerana diri seperti engkau sangat sesuai dengan rasaku,
Itulah engkau jadi...
Istimewa.

Friday, October 12, 2012

PEKERTI DARI SYURGA

...dalam lenaku sebentar tadi,
Aku terpaku dengan kata bestari.

Katanya;

Engkau dari mana,
Ku lihat cahaya lampumu semakin malap.

Aku jawab; ...ya.

Dari siang tadi aku melangkah,
Jauh rasa telah ku lalui,
Malam semakin gelita,
Tiada ku bawa sang cahaya jalan,
Kebetulan ku temui gelap di sebelah terang,
Dalam hati..
Aku perlu bertenang.

Dia berkata;

Pergilah ke bilik tidurmu,
Ia tersedia hanya untukmu,
Ayah dan ibumu seperti selalu,
Hidup perlu sederhana.

Sesudah sambil aku mencari laluan,
Ku sapa sepupu yang duduk bercerita,
Mata kecilku semakin layu,
Tubuh badanku hampir tidak terbawa,
Rasa tidak bermaya,
Mengantuk dan aku perlu tidur semalam.

Esok pasti ada waktu untuk aku teruskan,
Perjalanan tadi yang ku tak tahu hendak ke mana,
Sekarang hanya perlu ketenangan,
Esok jadi bila aku bangun semula.

Tuesday, October 2, 2012

TITIS AIRMATA

Dalam ruang ini..
Tidak lagi aku memikirkan tentang hidupku,
Hanya ku pinta,
Dalam detik yang terakhir ini,
Doaku akan direstui oleh yang maha Satu.















Ya Tuhan...
Berilah kesejahteraan hidup kepada dia,
Bahagia bila ku tiada,
Bila datang pancaroba..
Berilah dia ketenangan dan kekuatan dari berkatMu,
Tuhan..
Maafkan segala kesalahanku kepadanya,
Semoga dalam hatinya,
Dia memutuskan suatu kemaafan yang abadi,
Tidak lagi diselubungi kepedihan hati,
Bila mana telah aku kecaikan suatu masa itu.

Sesungguhnya ya Tuhan..
Engkau maha tahu,
Aku mencinta dia dengan seluruh hidupku,
Ada goda yang datang bersiulan,
Aku terpaku dan turut menyeru,
Kata dia..
Tidak akan jadi jika hanya bertepuk sebelah tangan,
Aku kecewa dengan diriku sendiri.

Ku tahu ya Tuhan...
Ini niatMu,
Memberi aku sebuah pengajaran,
Sedarkan aku demi cinta yang agung,
Kini..
Dia telah pergi...
Baharu aku hargai.....
Ku terima seadanya waktu,
Ku abadikan cintaku,
Dalam titis airmata ini,
Semoga engkau tabah untuk hidup yang akan datang,
Selamat tinggal,
Aku pergi kepadaNya,
Jika kau tertanya tentang diriku,
Yang ada hanya doaku padamu.

Amin..