Friday, May 15, 2015

GELAP INI

Malam ini
kelihatan jelas bulan bersenyum
kedengaran lagu
bukan lagu,
itu azan sebenarnya
syahdu disuarakan


aku meneguk sekali lagi waktu
bangun dan mengkhabarkan syukur
aku masih sihat
aku juga bahagia
menikmati embun pagi yang murni
dan sunyi sepi

riuh kota belum lagi bangkit
malah burung tidak lagi kelihatan
apatah lagi sinar matahari
gelap ini amat mengasyikkan
gelap ini menjanjikan suatu harapan
gelap ini akhirnya milik abadi.

Monday, May 11, 2015

ADA AKU

Terlalu bosan bersama waktu
lantas aku ke luar menikmat tidurku
lagi bermimpi...

sedang jari kakiku menguis tanpa jemu
kelopak daun kembali padaku
angin menghentikan aku

mana kamu...
mana kamu sentak hatiku
mana kamu ketika aku perlukan kamu

kudaku entah ke mana
jagaku entah di mana
hanya ada aku

tabah berdirilah kukuh
wadah usah kertu
juga buntu.

CINTA

Aku mahu tanya
sudah pukul berapa
namun aku tak tahu
kenapa aku malu


Aku mahu tanya
sudah makan atau belum
namun aku takut
duitku tak cukup

Dia lambat
dan membuat aku tertanya
dia lambat
dan membuat aku lemah

Cinta.

Saturday, May 9, 2015

MINYAK PENGASIH (Sempena Hari Ibu)

Nanti
akan timbullah rasa rindu
dendam amarah
menutupi segalanya
kerana tidak mengerti
hati belum sendiri


Nanti
akan timbullah rasa empati
masa berlalu
aku akhirnya penuh sepi
makan tidak mahu capati
minum tidak mahu starbuck kopi

Aku mahu,
ibu sendiri menyirami
tiap butir tujuh resepi
hari-hari
bersama minyak pengasih.

Thursday, May 7, 2015

DiPohon Maskara

Sempena nama pena DiPohon Maskara,
terimalah puisi berkenaannya...

DiPohon Maskara

Tangisan
mengalir tidak henti
bagai sungai Kinabatangan
sederhana tetapi malar mengalir
sehingga ke laut hasil tanganku
tanpa puncak
didambakan

oleh kerana tangis itu
mencairkan maskara bulu mataku
acap kali telah kusapu kembali
sebotol bagai tidak mampu menahan
nekad kini
dipohon maskara
berpohon agar terus tabah hati ini
memperjuangkan impian dan harapan.

AYUNAN NIAN KAKU

Mungkinkah mataku tidak lagi jelas menumpu
terkubur hari-hari utuh
mula...
buntu?


Pada kerusi besi aku duduk sedikit geli
karat yang menumpang sekitar limbungan
umpama menjauhkan detik-detik petang
senja tiada lagi berteman

lantas kupilih sandaran tepi
teringat akan kuali keluli
telah jarang berbunyi
telefon kini asyik menyanyi

kanak-kanak tinggi
tidak lagi mampu memahami
betapa lagi tinggi dahan yang pernah kukecapi
kanak-kanak kini... tidak lagi mengenal senak duri

kanak-kanak mimpi,
telefon hadiah harijadi
ayunan nian kaku
sekaku waktu matamu penuh kutu.

DI DAUN

Di daun yang sepi
dan mengilan rasa pagi suci

di daun yang sepi
embun empunya pagi

di daun yang sepi
aku berarak seawal pagi

KE LAUT

Rindunya aku bulan sembilan
jatuh pada hari ke lapan
lapang hati memandang
ringan beban
lalu aku mahu terbang
tidaklah renang


tersepitnya hidup ini
walau tinggi dan gagah berani
meninggi ke langit mimpi
yang aku mahu
bukan ke gunung kinabalu
tapi ke laut impiku

betapa semalam mengusik peri
hati kecil ini
biar panas yang kualami
deru bayu menggarami susuk tubuh seni
aku tetap melangkah dan kalau pun kalah
dinikmati bunyi pasir, ombak dan lambaian daun palma serta langit biru.
Berlalunya awan...
tidak pernah mahu kesepian
meneduhkan rindu pada seorang insan.

MIMPI

Terasa sungguh dari mimpi ke realiti
debar nan tenang
keindahan perasaan kualami
bukanlah bertemu di meja makan Paris
 

tiada juga kerdipan lampu berwarna pelangi
pada malam
kumimpi

senangnya hati...

melihat senyummu bersama sinar wajah
hadirmu,
membungai semula taman yang hampir usang
jiwa kusut terlerai

senyum membatu berderai jadi urai
dari mimpi ke realiti
betapa pentingnya engkau padaku
walau tidak pernah kau mahu

betapa indahnya hidupku
walau hidupmu tidak pernah untukku
betapa cintanya aku akan engkau
walau,
hanya luka mungkin pasti kuhadapi.

TUHAN, TOLONG JAGA DIA

Yang hijau muda tumbuh
pada musim
kering berpanjangan
Tuhan, tolong jaga dia sentiasa


kecil masih dia
belum tahu apa itu dunia
tahu secara cara
main, main dan terus bermain

jangan beri padanya
kesakitan...
jangan, tolong jangan
biarkan dia terus menyanyi dan menari

Tuhan, tolong jaga dia...
juga aku
dan mereka
jauhi kami dari terik pawana.

TAMAN CINTA KOTA KINABALU

Kita melangkah tanpa banyak bicara
hanya menikmati saat berdua
di taman cinta kota kinabalu

tidak mampu mengungkapkan kata-kata
berkata serba salah
cuma mahu mengatakan suka
saat-saat bersama
mahu selamanya...