Bawang
memandang sinis padaku
sepertinya ia penembak tepat
bertutup sebelah mata
bila-bila saja menarik picu keganasan
apa ia satu-satunya
empunya hak bersuara
di dapur maya
yang bersembunyi di sebalik
bakul keresahan
tidakkah ia tahu
bahawa pisau berbaur kemusnahan
banyak kali menjadikan sukunya
rangup pada permukaan
sup petualang.
No comments:
Post a Comment