bunyi kepak kedengaran pada jam tiga tiga puluh subuh
dalam kegelapan aku pasti
ada selembar bulu halus bertempiaran
oleh kerana mindanya tidak seperti kita
diasahlah suara, aikh... aikh... aikh...
dalam senang berkumpulanlah terbang...
bila mula tercari makan,
ia seorang
malah teman sanggup biarkan ia kelaparan
pentingnya diri sendiri
nauzubillah
pada keperitan hidup
sambil aku melihat matahari mula meninggi
menyinari ruang kegelapan
angsa itu seorang
aku pun rasa keseorangan
hanya ketikan menyatukan seberapa banyak ciptaan Tuhan.
No comments:
Post a Comment