merangkak mengenal aksara
a ke b,
b ke c... hingga suku pertama yang kutahu
ma... untuk makan dan mama
membaca dan menulis terkial-kial
tidak pernah aku jenguh
tanpa kenal tanda baca
koma dan noktah
belum petah berkata-kata
perenggan pertama telah pun sempurna
aku melangkau satu untuk memulai perenggan baharu
aku sudah pandai noktah
darah muda belum tahu di mana perlu koma
mengikut sahaja keinginan hati dan jarang sekali berhenti
ketiga,
seakan mula kufahami setelah silap sendiri
perih hati menyedarkan pilihan ayat ini
agar meletakkan tanda koma sebelum meneruskan langkah
disisipi pembuka dan penutup muhasabah
semakin keempat,
semakin banyak tanda koma dan tiga noktah
ellipsis lebih lantang bersuara
aku pula semakin kurang bicara
cukuplah... aku tidak mungkin menulis selamanya
sedar tak sedar
aku telah berada di hujung frasa
pada perenggan terakhir ini
mahuku simpulkan segala dan menutup tajukku
di kubur kumembisu.

No comments:
Post a Comment