Tuesday, February 10, 2015

ORANG TUA SERTA MAKAN BUDAYA

Subuh, masih lagi...
bilah parang kedengaran riuh di dapur
"Awal juga asah parang mak?"
dijawabnya dengan nada tegas,
hendak ke seberang cari rebung


tambahnya lagi,
tengah malam tadi bapa kau balik bawa 'bakas'
sekilo hendak mak rebus bersama rebung
selebihnya...
akan jadi 'bosou' dan ada yang akan disalai

sambil mengesat tahi mata
aku hanya mampu mengangguk sahaja
mata masih lemas namun selera sudah mahu melibas
itulah makan tradisi suku kaumku
kegemaranku pasti hingga ke anak cucu

melangkahku ke kamar mandi
aku lihat timbunan kain bapaku
penuh dengan kotoran
ada darah...
keringat tidak mungkin kelihatan

dan aku ke tingkatan lima Hang Tuah
walau tiada tuah dalam hidup ayah dan bonda
dalam sanubari aku berdoa
agar aku mampu lulus bagai perwira
dan akan kubela orang tua serta makan budaya.

No comments:

Post a Comment