Tak tahu aku...
kerana tercapai impiankah,
cinta yang dahulu kian luruh?
Sungguh, tak tahu aku...
kerana masakah,
cinta yang dahulu kian lusuh?
Adakah juga...
kerana telah bertambah,
insan-insan yang perlu ku cinta?
Masih, masih tak tahu.
Mungkinkah...
masalah dunia ini telah buat hatiku,
kental...
tidak lagi selembut dahulu?
Tetapi...
kenapa aku sungguh terasa?
Bila terlihat wajahmu...
Tolong...
tolong ingatkan aku,
jika ada, sesuatu...
Tolong...
tolong ingatkan aku,
tentang kisah kita.
No comments:
Post a Comment