SENTIASA PANTAI
Sering kali diri bermadah,
Kata pantai,
Pantai,
Dan pantai lagi…
Ada apa di tepi pantai.
Mungkin kau tak mengerti,
Haluan yang aku hayati,
Ada secebis daun jerami,
Ada seulas kelapa mawar,
Ada sekotak rokok yang murah,
Ada batu,
Kilau menyilau,
Ada hidupan berlari ke sana sini.
Ku tenung indah hati menanam,
Sebenih harapan untuk hidup yang aman,
Bukan aman kerana perang,
Aman tak tahu bagaimana…
Jujur ku katakan hatiku tenang,
Bila berdepan dengan lautan,
Pernah ku tempuh gelora menggila,
Pernah ku redah angin telanjang,
Pernah ku buta kerana cinta,
Cinta…
Cinta ada di sanubari.
Sentiasa pantai,
Sentiasa pantai,
Mari bersama berbual di tepi pantai,
Akan ku ceritakan melebihi puisi,
Tawa senda…
Hmm,
Cubit manja.
No comments:
Post a Comment