Ramai yang terlalai,
Kerana masa telah berlalu,
Ucap keramat,
Di medan penyatuan,
Ketika kau pilih aku,
Ketika kau dipilih aku,
Janji di hadapan para saksi,
Utama di tempat ibadat,
Janji sampai mati...
Terucap kata pemati,
Kau dan aku mengharungi duniawi,
Penuh dengan igauan,
Melebihi segala mimpi,
Terus bersama dalam segala masa,
Kau dan aku terus abadi.
Terguris hati,
Kadang jatuh tersungkur,
Lumpuh untuk bangun kembali,
Jari itu menghulurkan bantu,
Dalam sakit juga derita,
Terus hulur dihulur lagi,
Ingatlah...
Kata janji antara sejati;
‘to have and to hold,
from this day forward,
for better, for worse,
for richer, for poorer,
in sickness and in health,
to love and to cherish,
untill death us do part,
according to God’s holy law.’
Komitmen.. sebuah perkahwinan.
No comments:
Post a Comment