Saturday, May 12, 2012

SAYANG IBU

SAYANG IBU

Letih diri tidak terkata,
Terus menerus melakukan kerja,
Dari kerja terus ke rumah,
Sesuap nasi makan bersama debu,
Ikhlas menyapu,
Demi keindahan rumah.

Malam aku duduk menunggu,
Sambil menonton wayang baru di astro,
Harum semerbak kasturi dibelah,
Mandi bersama cili terasa nyaman,
Ikan masin menyerbu udara,
Pontianak harum bergegas pulang.

Kini..
Kau tiada bersama lagi,
Hari dinanti tak lama tiba,
Untuk mengingatkan kita korban si ibu,
Seorang ibu,
Tangisnya boleh menghentikan dunia.

Bunga indah ku beli di sana,
Tanda sayang ibu hanya yang satu,
Ku lihat alam turut terasa,
Sepi tanpamu,
Awan beransur tebal,
Ku letakkan sejambak di atas nisan,
Selamat Hari Ibu...
Aku,
Sayang ibu.....
Ku pulang sebagai ibu.

SAKIT GIGI

SAKIT GIGI

Sabtu aku ke kota mencari keriangan,
Bersama teman,
Minum-minum di tepi jalan,
Sugar Bun macam di KK.

Sambil meneguk satu persatu,
Lihat wanita tari-menari,
Lagu dangdut lagu poco-poco,
Hebat sepetang,
Malam tidak terasa datang.

Kembali ke rumah,
Sambil pening sedikit,
Terkena gandum yang dituai lama,
Lima peratus dikali lima,
Nah..
Baju putih seluar hitam,
Berdiri garang bersama tiket.

Aduhai,
Aduhai.....
Sakit gigiku tidak terasa,
Sakit hatiku mahu bergenang airmata,
Disaman..
Memotong di garis double line,
RM300 perlu dilangsaikan,
Mungkin lebih baik kerana itu,
Belum diuji jalan di garis yang lurus.

DI KALA SAKIT

DI KALA SAKIT

Anakku…
Tabah hatimu seperti ayahmu,
Di kala sakit,
Dia tidak berteman.

Selalu,
Ibulah menjadi jururawat untuk dirinya,
Jauh kini,
Dia sendiri..
Ibu risau seperti risau anakku,
Kini demam,
Panas seluruh badan.

Anakku,
Tabah anakku..
Ibu ada di sisi,
Memberi sayang seluruh perhatian,
Ayahmu sendiri tidak berteman.

Kita doakan anakku..
Agar ayahmu kembali sembuh,
Semangat waja hati terus membara,
Untuk menyara hidup kita sekeluarga.

Tabah anakku,
Ibu juga sedih..
Sedih di kala sakit tak berteman.
Ibu mengerti,
Seperti atukmu,
Tiada berteman di kala hidup di hujung masa.

Ya Tuhan,
Berilah kekuatan kepada anakku dan suamiku,
Semoga berkat kurniamu melimpah dalam diri mereka,
Sembuhkanlah..
Beri mukjizat seperti yang engkau berikan,
Kepada Lazarus..

JANJI SAMPAI MATI

JANJI SAMPAI MATI

Ramai yang terlalai,
Kerana masa telah berlalu,
Ucap keramat,
Di medan penyatuan,
Ketika kau pilih aku,
Ketika kau dipilih aku,
Janji di hadapan para saksi,
Utama di tempat ibadat,
Janji sampai mati...

Terucap kata pemati,
Kau dan aku mengharungi duniawi,
Penuh dengan igauan,
Melebihi segala mimpi,
Terus bersama dalam segala masa,
Kau dan aku terus abadi.

Terguris hati,
Kadang jatuh tersungkur,
Lumpuh untuk bangun kembali,
Jari itu menghulurkan bantu,
Dalam sakit juga derita,
Terus hulur dihulur lagi,
Ingatlah...
Kata janji antara sejati;

‘to have and to hold,
from this day forward,
for better, for worse,
for richer, for poorer,
in sickness and in health,
to love and to cherish,
untill death us do part,
according to God’s holy law.’

Komitmen.. sebuah perkahwinan.

LAHIR MERAH JAMBU

Termenung aku memikirkan hadiah,
Untuk si dia yang lahir kembali,
Gadis ayu senyum pemalu,
Hanya isteriku,
Selalu satu..

Tersipu diri duduk mengilham,
Dia di sana menjemur baju,
Nanti nampak dibaca dan ketawa,
Cubit manja,
Ketawa berdua.
Selamat hari lahir...
Tak lama lagi,
Di bulan ini,
Mei sentiasa dinanti.

Tiada ringgit beribu banyaknya,
Untuk ku sediakan sebuah penanda,
Ku cari diri untuk dirimu,
Suatu sajak khas untukmu,
Kata lelaki,
Kau gadisku cinta kau selalu,
Aku nakal,
Mungkin segala yang dibenci wanita,
Ada padaku,
Ada satu yang terbaik,
Sejak saat pertama kita bertemu,
Mekar dan mekar lagi,
Sayang seribu setia.

Selamat Hari Lahir,
Nah, lahir merah jambu..
Terima kasih kerana sentiasa bersamaku.

HATI KEINSAFAN

Hari ketujuh,
Aku duduk memerhatikan lilin,
Mengimbas kembali kenangan silam,
Yang pahit aku cambahkan,
Mencari hikmah di sebalik kejadian.

Pertama, aku masih tidak mengerti...
Kedua, juga seperti tadi...
Ketiga sampai hari yang ketujuh,
Aku rebah,
Tunduk menyembah bumi,
Hati keinsafan meneraju depanku.

Pantai mana tidak dipukul ombak,
Lidah mana tidak tergigit sendiri,
Tumit siapa tidak tersandung batu,
Tidak kau tahu panasnya api...
Jika tidak tersentuh bara.

Di hari ketujuh,
Aku mendekatkan diri pada yang Satu,
Memohon pengampunan dari hati ke hati,
Aku percaya walau tidak melihat,
Kata Tuhan;
Berbahagialah mereka yang tidak melihat namun percaya.

Dulu aku tahu Tuhan maha mengerti,
Kini...
Aku faham melebihi tahu,
Ku dekatkan diri kepada si Dia,
Tuhan semesta alam...
Ampunilah dosaku dan juga seluruh umat di bumi,
Seperti aku mengampuni yang bersalah padaku,
Tuhan...
Tinggallah di dalam diriku,
Dan aku tinggal di dalam dirimu.. Amin.

REMBULAN

Rembulan menyinar hati penyair,
Antara siang dan malam ini,
Ibarat gelap terang di malam hari,
Hati selesa bila sebut namamu,
Aku sentiasa mekar,
Namun ia terpulang padamu.

Intan penyulam benang suasa,
Sajak ilham dari hati pencinta,
Moga kata berganti cuaca,
Akan ku sentiasa beri sentosa,
Ingat wajahmu senyum hatiku,
Laluan hatimu tiada siapa yang terduga...

BERBARING DALAM MEMORI

Sepurnama bulan diliputi awan,
Pergi kembali kepada si dia,
Tanggungjawab,
Untuk masa depan yang lebih terjamin,
Bukan bersamaku,
Yang selalu lalai...

Belum lagi,
Namun aku sedang mendalami,
Erti rindu,
Yang bukan setakat rindu,
Melebihi R.I.N.D.U.
Optimis dalam akalku,
Sambil berbaring dalam memori,
Saat bersama di setiap waktu,
Pernah dikongsi,
Antara kau dan aku,
Senyum ketawa,
Marah-marah sayang.

Berkata engkau,
Berkata aku,
Cerita kita jadi suatu misteri,
Mungkin begini akhir sinopsis,
Yang pernah menjadi,
Igauan sekumpulan insan.

Sayang tetap sayang,
Seumur hidupku kau dalam ingatan.
Kau membuat aku berharap,
Kau membuat aku berteman,
Ingin selalu bersamamu,
Bersama menghadapi dunia,
Tapi kini..
Aku di taman bunga,
Engkau di...

KU SIMPAN UNTUKMU

Lagu sayang berlegar di udara,
Aku sayang padamu,
Aku ingin dirimu,
Selalu bersamaku,
Aku sayang padamu.

Dua makna bila ku lihat dirimu,
Seperti melihat padang itu,
Sikapmu mengikut jadi,
Hatimu bagai air yang jernih,
Mencerminkan personaliti,
Yang aku dambakan.

Segala amarah aku terima,
Luah padaku,
Ku dengar satu persatu,
Sakit hatimu kerana aku,
Hancur bercerai musnah kerana sikapku.

Kau yang terbaik,
Dalam hidupku,
Aku yang terburuk dalam hidupmu,
Jika yang terburuk telah kau terima,
Yang terbaik,
Ada ku simpan untukmu...

SEKALI LAGI

SEKALI LAGI

Detik demi detik,
Masa berlalu tanpa kita sedar,
Sudah masuk kata hari berganti tahun,
Ku tak tahu erti cinta,
Sejujurnya...
Dari hatiku.

Yang ku tahu,
Bila mata pandang pertama,
Wajah indah menusuk hati,
Bual mesra menawan hati,
Gurau senda tawa boleh satu dunia.

Namun...
Selalu cinta pandang pertama,
Mungkin itu bukan erti sejati.

Setelah musim berganti khatulistiwa,
Di ufuk tengah hanya panas dan lembap,
Kadang bosan,
Sememangnya bosan,
Aku akui dan ramai telah bersetuju,
Buktinya,
Ada di sana,
Janganlah kita alami nasib serupa.

Sayang...
Engkau yang harum,
Laksana bunga dari syurgawi,
Peluang demi peluang,
Peluang satu.. kecewa.
Peluang dua.. hampir musnah.
Peluang tiga.. hancur.
Peluang empat..
Itu yang hendak ku tanya...
Sudikah engkau berbasikal,
Sekali lagi..
Denganku.

Mungkin kesetiaan dan ketabahanmu itu,
Erti cinta sebenarnya...
Lelaki selalu lambat mengerti.

SENTIASA PANTAI

SENTIASA PANTAI

Sering kali diri bermadah,
Kata pantai,
Pantai,
Dan pantai lagi…
Ada apa di tepi pantai.

Mungkin kau tak mengerti,
Haluan yang aku hayati,
Ada secebis daun jerami,
Ada seulas kelapa mawar,
Ada sekotak rokok yang murah,
Ada batu,
Kilau menyilau,
Ada hidupan berlari ke sana sini.

Ku tenung indah hati menanam,
Sebenih harapan untuk hidup yang aman,
Bukan aman kerana perang,
Aman tak tahu bagaimana…
Jujur ku katakan hatiku tenang,
Bila berdepan dengan lautan,
Pernah ku tempuh gelora menggila,
Pernah ku redah angin telanjang,
Pernah ku buta kerana cinta,
Cinta…
Cinta ada di sanubari.

Sentiasa pantai,
Sentiasa pantai,
Mari bersama berbual di tepi pantai,
Akan ku ceritakan melebihi puisi,
Tawa senda…
Hmm,
Cubit manja.

TAK MENINGGALKANMU

TAK MENINGGALKANMU

Bapa memberi misi,
Untuk menyelamatkan hati,
Ku serah dari hati ke hati,
Dengan kata kata yang terpilih,
Agar sudi mereka terima,
Hanya yang baik,
Jadi tauladan untuk hidup yang datang.

Bapaku di syurga…
Setelah ini sudah selesai,
Aku datang lagi padamu,
Hidupku kini tiada lagi,
Aku mati..
Aku bangkit di hari yang ketiga,
Datang duduk di sebelah kananmu.

Wahai insan yang belum terbuka,
Di kala hatimu merana kerana…..
Hanya hatimu tahu,
Aku tahu tapi hanya engkau yang boleh memberitahu,
Melalui…
Doamu padaku.

Ku katakan seperti bapaku,
Engkau tak akan aku tinggalkan,
Bila kau jejak pasir di pantai,
Tapak itu bukan hasilmu,
Ia aku…
Aku sedang mengangkat dirimu,
Di waktu perlu,
Kau perlu aku…

Anakku,
Seperti janji dari bapaku,
Tak akan pernah…
Aku tak meninggalkanmu.
Bersukacitalah,
Engkau telah aku selamatkan,
Dari keturunan dahulu,
Sehingga semua bertemu semula.

PERCIKAN AMARAH CINTA

PERCIKAN AMARAH CINTA

Hari ini ku lalui dengan sempurna,
Semalam ku jadikan memori indah,
Esok penuh sejuta impian,
Untuk terus berjuang,
Demi hidup yang sederhana.

Ada cinta ku simpan di sana,
Tidak terkira pedih di dada,
Ingat kembali kisah suka duka,
Ku simpan,
Sampai masa nanti aku kutip,
Kembali…

Kali ini ku nekad tidak berjuang tinggi,
Sekadar cukup ku kumpul,
Satu persatu,
Sehingga cinta berputik kembali,
Mewangi alam di alam ini.

Indah hati bila sudah mengerti,
Tak perlu janji,
Tiada lagi pujuk rayu membosankan,
Percikan bercahaya,
Percikan amarah cinta,
Tiada dendam,
Hanya sekadar renungan.

Tiga cara…
Sendiri,
Terbakar diri,
Atau…..
Orang lain,
Sendiri lebih mengerti,
Sendiri lebih ku sanjung tinggi.