Saturday, July 9, 2022

KASIH SEORANG KEPADA SESEORANG

Kalau dulu,
impiannya mahu menyelamatkan dunia.

Apabila dia menemuimu,
dunia bukan lagi sasarannya.

Cuma kamu,
suami dan anak-anak...

Setiap hari dia jadi penunggu
seawal subuh,
menunggu kesayangannya sedar dari mimpi riang
menunggu air panas pada takat seratus darjah
buat minum pagi kerana bermulalah dunia baru sekali lagi.

Sesuku hari dia tabah menunggu,
makan tengah hari yang disukai masih hangat disedia.

Tunggu punya tunggu, 
siang melabuh tirai dan malam ini si isteri menunggu si kecil beradu.
Kau di mana? 
Sana kedai kopi. Perasan bujang.

No comments:

Post a Comment