...busur-Ku, Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda perjanjian antara Aku dan bumi. ~ Kejadian 9:13
Monday, August 29, 2022
GERHANA SEKETIKA
Sunday, August 21, 2022
MAKAN DIRI
Wednesday, August 17, 2022
LAMA
MAKIN DIAM
Sunday, July 31, 2022
SABTU ITU AWAN TELAH TIADA
Tuesday, July 26, 2022
SEMAKIN
Saturday, July 9, 2022
BUNGA YANG DIIRINGI DOA DAN INGATAN (dedikasi buat Jerry Roni)
agar tidak dimarahi ibu dan bapa
semua itu demi kepentingan bersama
apalah yang lebih menggembirakan selain itu
kenapa
bertahun-tahun lamanya
tapi tidak pernah terjawab
kerana kesakitan yang kau alami lebih berkuasa
sejak muda bermain mesra
ingatkah kau ketika kita mengail kerapu
kenakalanmu terlalu indah
ada saja kelakuanmu yang mencuit hati
dari jauh perkhabaranmu kuhayati
setiap tulisanmu mengguris hati empati
hingga saat terakhir
sejauh syurga
bersama bunga putih hati ini mendoakan
agar damailah sahabatku selamanya.
KASIH SEORANG KEPADA SESEORANG
impiannya mahu menyelamatkan dunia.
Apabila dia menemuimu,
dunia bukan lagi sasarannya.
Cuma kamu,
suami dan anak-anak...
Setiap hari dia jadi penunggu
seawal subuh,
menunggu kesayangannya sedar dari mimpi riang
menunggu air panas pada takat seratus darjah
buat minum pagi kerana bermulalah dunia baru sekali lagi.
Sesuku hari dia tabah menunggu,
makan tengah hari yang disukai masih hangat disedia.
Tunggu punya tunggu,
siang melabuh tirai dan malam ini si isteri menunggu si kecil beradu.
Kau di mana?
Sana kedai kopi. Perasan bujang.
YANG DULU
apakah sepanjang usia menaruh harapan
pernah aku, kaubangkitkan
pernah aku, kaurasakan kasih seorang teman
dalam mengisi waktu yang tak menentu
titik hujan bulan ini membungkam rahsia
di jalan keraguan
tersimpan dalam relung jiwa
takkan terbenam dimamah senja
tali persahabatan telah dirajut
saat meraba bayangmu aku mula gelisah
bersama gelap gelita
sebelum sempat memelukmu.
IMAN TANPA PERBUATAN IALAH MATI
ada kelibat berpakaian serba gelap
dengan hanya mata terlihat
bersamanya selaras senapang buatan sendiri
meluru ke dalam tempat ibadah
yang penuh dengan orang-orang percaya.
dari lorong dosa
siapa yang beragama sila keluar jeritnya.
orang-orang takutpun berdiri dan menuju ke pintu kebebasan.
penembak berkata kepada iman yang tinggal; mulakanlah upacara doa kerana mereka yang penuh kepura-puraan telah tiada.
BERUBAH DALAM TANDA TANYA
Hidup ini terlalu dinamik–
kita tak akan terkejar walau betapa deraspun langkah yang diusaha.
Pernahkah kaukejar tali belon yang terlepas dari genggaman jemarimu; dengan tanda tanya.
Pernahkah kaujatuh tersungkur di mana punggungmu menghempas bumi bagai tangkai nangka ranum berpisah dari dahan kacukan; dengan tanda tanya.
Kita kayuhlah basikal selaju angin putar yang diserami orang utara, tuju manapun haluan kita, getarkanlah peti suara hingga ke nota yang tertinggi, akhirnya... adakah kita tiba di garis kemenangan; dengan tanda tanya.
Kita ini berada dalam sangkar atmosfera.
Sehampir penjara.
Yang ditakdirkan merasai suka dan duka. Apa kau dalam keadaan suka atau duka; dengan tanda tanya.
Nikmatilah seadanya.
Terimalah kekalahan. Terimalah kemenangan.
Kita tidak serupa. Namun nasib kita sama cuma bukan pada masanya.
YESTERDAY ONCE MORE
tangismu ada bagiku.
Ada hari jadi milikku,
selalu kau tunggu aku.
diletaknya bisik kalbu atas bantalku...
hingga tertutup mata berbuai mimpi indah.
akan kau tahu letakmu dalam sanubari.
lagu teristimewa.
MASIH SEPERTI DAHULU (tembok pesisir bandar kudat)
sebesar seberat rindu akan masa lalu
sebenarnya atas usaha sayang pada nusa bangsa
ia sejauh impian seseorang berjiwa Sabah
kerana lahir dan perginya
masih di tanah tercinta
apa kita punya rasa yang sama
menabur benih namun tak sempat
merasa buahnya
ranum dan memuaskan
malah menyegarkan tubuh apabila terlalu longlai
dilalai oleh gelora dunia
di sini masih aku menanti
mendengar lagu angin petang
penuh dengan kata melenakan
seperti pernah kaukirim kepadaku
ketika hati ini penuh
hingga hanya air mata yang tertadah.
DILEMA YANG JADI BERMAKNA (dedikasi untuk semua guru sempena Hari Guru)
cerca mereka
gaji kita tak bermata
terus kita cakna
menghadap hidup bersejarah
ketika nyawa ditimbang tara
usaha dan doa terus berbahasa
ibu bapa dan guru saling menghormati
di kala kedua-duanya ada cara berbeza
mendoakan
kesejahteraan anak dunia
dengan warna tersendiri
setiap hari
tanpa berhenti.