Wednesday, July 21, 2021

SIMPULAN KASIH

Purnama tika itu terang bukan 
walaupun siang masih menyala
begitu setia indah warnanya 
begitu jua cinta antara kita

lambang hati diberi
melayang hampir tak terhenti
wajah miliknya manis berseri
semahunya kuberi selangit puisi berinti kasih

niat menulis sejambak hati 
kepada dia dirindui
jadinya saling menyayangi
mekar merah bunganya di taman milik dua nurani

dalam hujan dia berlutut depanku
apa dia melamarku
jarinya menyimpul cinta di kasutku
tanda dia mengasihiku.

Friday, July 9, 2021

PERANTARA BINTANG

Bintang 
melukis panji alam
pada lurah kawah 
ketika bumi disucikan hujan

ia menghargai gurun 
kerana selalu 
bersendiri bersama 
dalam zulmat malam

juga kepada gunung 
yang sering 
meletakkan impian
sejauh renungan benak hati

laut pula jadi tempat mendengar
kisah-kisah ikan, sotong dan ketam
dibisikkan angin
disuarakan ombak

betapa rona lukisannya 
sehijau rimba
di sana ada binatang saling bermaafan
ketika orang yang takut melarikan diri.

Friday, July 2, 2021

SEURAT BENANG

...aku hendak membuka pintu di dadamu, biarku lemas dalam dakapmu.

Aku hendak menurunkan takhtamu, biar tubuhmu tanpa seurat benang.

Kerana aku mahu...mengintimimu.