Subuh pagi kau bangkit
Berdoa mohon rahmat moga hari ini lebih baik
Langkahmu tegar biarpun semakin dimamah usia
Cekal mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan
Ke mana warismu tidak ingatkah mereka
Dengan peluh berdarah mencari nafkah
Buat anak-anak yang dikasihi
Tapi kini hilang ke mana mereka
Lupa pada asal usul
Lupa pada tanah kelahiran
Malu akui kerana usang dirimu
Belum reput dah dibuang
Di mana kemanusiaan ada jika darah daging terbiar
Tidak peduli tenggelam dengan kemewahan diri
Rakus mengejar kekayaan lupa akhirat
Sujudlah wahai anak sebelum kekesalan datang
Kembalilah sebelum tersesat
Bila mana tiada lagi ruang belas kasihan
Tangismu tiada lagi didengar
Rintihan sesal guna tiada
Pintu taubat tertutup buatmu.
DVELYN MISON
Tamparuli
No comments:
Post a Comment