Hari-hari seperti yang lalu
depan pintu almari aku termangu-mangu
sedang mata ligat memilih
merah atau ungu
hati rawan dan terkedu
jadi bosan aku
kenapa aku perlu segak untuk dia
hingga naluri cinta buat aku gundah
tatkala ini
merah atau ungu
dua-dua sama menyerlah
satu penuh rasa dan yang satu elegan
masih aku berkemban
dalam kamar tidur
depan pintu almari yang terbuka
bak pintu hati yang kucinta
si dia berdaya penarik bagiku
sering memukau pandang dan suara
segera kugapai telefon bimbitku
dan bertanya kepada dia
warna apa yang sepatutnya
gelaknya hingga bingit corong telinga
jawabnya mudah sahaja
tunggu...
Kerana itulah aku menunggu dia jadi pelengkap hidupku.
MAS CARRA
Kota Belud, Sabah
11 Disember 2016
No comments:
Post a Comment