Terbangun dari mimpi ngeri
memarahi insan yang kusayang...
...busur-Ku, Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda perjanjian antara Aku dan bumi. ~ Kejadian 9:13
Saturday, February 28, 2015
KENAPA
Kenapa?
Mahathir bertahan
kerana dia pernah kesusahan
kenapa Abdullah disisihkan
kerana dia terlalu menawan
kenapa Najib kekalutan
kerana dia waris kemewahan.
Mahathir bertahan
kerana dia pernah kesusahan
kenapa Abdullah disisihkan
kerana dia terlalu menawan
kenapa Najib kekalutan
kerana dia waris kemewahan.
ANGIN YANG SEMILIR
Dalam kesyahduan senja
lampu-lampu menyinar malam
angin yang semilir
seperti membisik ke telinga
aku cinta padamu...
lampu-lampu menyinar malam
angin yang semilir
seperti membisik ke telinga
aku cinta padamu...
BERTAHAN TEGUH
Bata tersusun
dilekat pasir dan simen
tertindih
semakin tinggi
hingga besi membantu
bertahan teguh tapak di bawah
hingga akhir nanti
kau memang megah.
dilekat pasir dan simen
tertindih
semakin tinggi
hingga besi membantu
bertahan teguh tapak di bawah
hingga akhir nanti
kau memang megah.
AKU MENANTI
Aku menanti
sesuatu
yang bukan kumiliki
dan aku tetap bersyukur
dengan apa yang telah bersama.
sesuatu
yang bukan kumiliki
dan aku tetap bersyukur
dengan apa yang telah bersama.
PARAS
Semalam
lebat sungguh hujan
paras tenggelam
hari ini
panas sungguh kejam
paras kering kontang.
lebat sungguh hujan
paras tenggelam
hari ini
panas sungguh kejam
paras kering kontang.
LEBIH DARI SATU SAMPAN
Tersadai kala disurut
tubuh yang dahulu gagah
kini serong...
tanpa haluan tanpa imbang
karat mula merakam
keindahan sang papan
tersusun lebih dari satu sampan.
tubuh yang dahulu gagah
kini serong...
tanpa haluan tanpa imbang
karat mula merakam
keindahan sang papan
tersusun lebih dari satu sampan.
BENCANA
Baruku tahu
Bencana datang untuk
Menyatukan warga dunia...
Di sana mereka akan bersatu walau telah jauh keturunan.
Bencana datang untuk
Menyatukan warga dunia...
Di sana mereka akan bersatu walau telah jauh keturunan.
NAMPAKNYA MAHU PULA
Sedangkan Tuhan lagi mengampun
kau siapa
menidakkan suatu pengampunan
biar dia meminta
usah kau mencela
biar raja yang tentukan
kau siapa?
bukan kau berdosa
nampaknya mahu pula.
kau siapa
menidakkan suatu pengampunan
biar dia meminta
usah kau mencela
biar raja yang tentukan
kau siapa?
bukan kau berdosa
nampaknya mahu pula.
JANGAN PERNAH LUPA
Untuk berjaya
kita harus pernah kalah...
patah
berduka lara
apa yang harus kau cerita
bila berjaya?
tentulah peristiwa luka
bagaimana tidak kau mengalah
bak kata pepatah, "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
tanya pada hati dan langit tinggi,
layakkah aku berjaya?
jika ya jawabmu...
jangan pernah lupa
tanah yang kau pijak itu milik siapa.
kita harus pernah kalah...
patah
berduka lara
apa yang harus kau cerita
bila berjaya?
tentulah peristiwa luka
bagaimana tidak kau mengalah
bak kata pepatah, "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
tanya pada hati dan langit tinggi,
layakkah aku berjaya?
jika ya jawabmu...
jangan pernah lupa
tanah yang kau pijak itu milik siapa.
2020
5 tahun lagi kita di 2020
apa yang kita perhati
tidak banyak yang
berubah...
apa yang kita perhati
tidak banyak yang
berubah...
jalan kampungku
masih seperti dahulu
bezanya masyarakat semakin terasing
di dunia nyata
tapi berhamburan di dunia maya
kenal di sana
macam tiada di Suria Sabah
politik masih juga
mereka
apa yang berubah?
mereka mahu mengubah bangsa
media semakin berkuasa
pula...
penuh fitnah
terlalu mengada-ada
agama,
diamanat untuk membunuh
memang dari dahulu
bukankah begitu?
ganja
semakin tiada
'ais batu' jadi mewah
kau siapa?
kereta juga
malah semakin membunuh
terlaju di jalan maju
dulu cikgu minta kau baca buku
hari ini
siang dan malam
menghadap tapak tanganmu
masih sempatkah kita?
5 tahun lagi...
apa yang maju
kanser pun masih jadi pembunuh!
fikiran masih kolot dan pengampu.
masih seperti dahulu
bezanya masyarakat semakin terasing
di dunia nyata
tapi berhamburan di dunia maya
kenal di sana
macam tiada di Suria Sabah
politik masih juga
mereka
apa yang berubah?
mereka mahu mengubah bangsa
media semakin berkuasa
pula...
penuh fitnah
terlalu mengada-ada
agama,
diamanat untuk membunuh
memang dari dahulu
bukankah begitu?
ganja
semakin tiada
'ais batu' jadi mewah
kau siapa?
kereta juga
malah semakin membunuh
terlaju di jalan maju
dulu cikgu minta kau baca buku
hari ini
siang dan malam
menghadap tapak tanganmu
masih sempatkah kita?
5 tahun lagi...
apa yang maju
kanser pun masih jadi pembunuh!
fikiran masih kolot dan pengampu.
PUNGGUNGNYA
Hairan aku
memandang punggungnya
lain dari biasa
mungkinkah kerana kasutnya
atau bajunya?
Myvi barukah? Menarik tetapi masih mahal bagiku.
memandang punggungnya
lain dari biasa
mungkinkah kerana kasutnya
atau bajunya?
Myvi barukah? Menarik tetapi masih mahal bagiku.
TANJUNG BATU
Berganjak ke beranda
kuhadap ke laut Sulu
bayu pagi sejuk berhaba garam di Tanjung Batu
ombak kecil mula menari
laut luas dipandang
aku sandarkan siku di bahu tiang
tertunduk ke bawah
Badukang berebut makan hampas kita.
kuhadap ke laut Sulu
bayu pagi sejuk berhaba garam di Tanjung Batu
ombak kecil mula menari
laut luas dipandang
aku sandarkan siku di bahu tiang
tertunduk ke bawah
Badukang berebut makan hampas kita.
KOBAR RINDU
Deria ini
masih
merasai kobar rindu
namun maafi aku kerana tiada lagi celoteh
seperti dahulu.
masih
merasai kobar rindu
namun maafi aku kerana tiada lagi celoteh
seperti dahulu.
Sunday, February 22, 2015
LAGENDA
sejuta
bintang di angkasa
sinarnya mempesona
sebutir bintang
di taman seni cahayanya berseri
biar bertahun masa beredar
satu wajah
satu nama takkan pudar...
bintang di angkasa
sinarnya mempesona
sebutir bintang
di taman seni cahayanya berseri
biar bertahun masa beredar
satu wajah
satu nama takkan pudar...
~Lagenda
TILAM
Sayang...
masih empukkah tilam itu?
masih enakkah mimpimu?
bertahanlah dahulu
abang masih tidak cukup wang untuk membelikanmu
tilam baharu
masih empukkah tilam itu?
masih enakkah mimpimu?
bertahanlah dahulu
abang masih tidak cukup wang untuk membelikanmu
tilam baharu
mengantukkah sayang
sekejap abang tiup pelita ini
agar matamu lena fajar menyinsing
dakaplah aku
aku belum lelap lagi kerana masih memikirkan
tentang tilam...
sekejap abang tiup pelita ini
agar matamu lena fajar menyinsing
dakaplah aku
aku belum lelap lagi kerana masih memikirkan
tentang tilam...
TERPANDANG
Aku berdoa kepada Tuhan
di tempat
mana aku ditinggalkan
aku hiriskan sebuah tulisan
atas pasir agar dia terpandang...
di tempat
mana aku ditinggalkan
aku hiriskan sebuah tulisan
atas pasir agar dia terpandang...
KETENANGAN
Ketenangan aku cari
matahari belum pun menyinari
aku sudah jalan kaki
melangkah tidak jemu
ada hadir kawan-kawanku
embun sejuk membasahi daun-daun di kampungku
guruku...
aku harap riang begitu.
matahari belum pun menyinari
aku sudah jalan kaki
melangkah tidak jemu
ada hadir kawan-kawanku
embun sejuk membasahi daun-daun di kampungku
guruku...
aku harap riang begitu.
Sunday, February 15, 2015
NIK AZIZ
secara peribadi
kumelihat dia
bukan hidupnya tentang kepesatan kemajuan mengikut dunia,
cukuplah sederhana
berpegang kepada ajaran agama
bukankah agama itu terisinya nilai hemah?
dan jika tidak, itu bukan agama...
pasti agak lambat kita menikmati kesenangan
yang dijanjikan oleh kemajuan
namun perlu kau hayati,
kemajuan itu sebenarnya mengagungi sikap kemalasan
ya... manusia semakin malas
semakin memvisikan kemalasan atas nama kemajuan
asyik mengejar kekayaan hingga lupa pastinya kematian.
kumelihat dia
bukan hidupnya tentang kepesatan kemajuan mengikut dunia,
cukuplah sederhana
berpegang kepada ajaran agama
bukankah agama itu terisinya nilai hemah?
dan jika tidak, itu bukan agama...
pasti agak lambat kita menikmati kesenangan
yang dijanjikan oleh kemajuan
namun perlu kau hayati,
kemajuan itu sebenarnya mengagungi sikap kemalasan
ya... manusia semakin malas
semakin memvisikan kemalasan atas nama kemajuan
asyik mengejar kekayaan hingga lupa pastinya kematian.
BERPURA-PURA MATI
berpura-pura mati
merasa apa yang dirasa bila mati
tetapi bila mataku celik kembali
yang ada secuma mimpi
belum mati
merasa apa yang dirasa bila mati
tetapi bila mataku celik kembali
yang ada secuma mimpi
belum mati
dan berpura-pura lagi
sampai nyata nanti
aku mati
apakah ia damai jati abadi?
mungkin mimpi tiada nanti
nyata aku belum mengerti
selagi tidak mati
nyata belum kuterokai
intipati
sedalam kitab suci
sampai nyata nanti
aku mati
apakah ia damai jati abadi?
mungkin mimpi tiada nanti
nyata aku belum mengerti
selagi tidak mati
nyata belum kuterokai
intipati
sedalam kitab suci
TAKZIAH UNTUK SEMUA
Sahabat
jauh dan dekat
pergi meninggalkan aku
sedarkah kita betapa dekatnya kematian...
kita pasrah dan redha pada ketentuan Ilahi. Takziah untuk semua.
jauh dan dekat
pergi meninggalkan aku
sedarkah kita betapa dekatnya kematian...
kita pasrah dan redha pada ketentuan Ilahi. Takziah untuk semua.
DOA UNTUK DIA
Cintaku telah tepu bersama waktu
setelah lebih pedih yang kutahu
bahagia,
seperti bukan tuahku
aku kini lebih cinta pada diriku
melakukan apa yang kumahu mengikut sukaku
untuk lebih jelas padamu
hobiku
lebih rela aku mati begitu
banding mati kerana menagih cinta yang tidak pernah mahu
aku mula malu,
ya aku malu...
kepada Tuhan aku berdoa
untuk menyampaikan salam kepada ibuku
"Ya Tuhan... Engkau katakan kepada ibuku
yang aku masih tabah mengharungi hidup yang kian berliku-liku."
aku masih ingat pesan ibu yang lalu
usah menyangkal Dia sampai tiga kali, kelak
dia akan kembali untuk mengadili
orang hidup dan mati.
setelah lebih pedih yang kutahu
bahagia,
seperti bukan tuahku
aku kini lebih cinta pada diriku
melakukan apa yang kumahu mengikut sukaku
untuk lebih jelas padamu
hobiku
lebih rela aku mati begitu
banding mati kerana menagih cinta yang tidak pernah mahu
aku mula malu,
ya aku malu...
kepada Tuhan aku berdoa
untuk menyampaikan salam kepada ibuku
"Ya Tuhan... Engkau katakan kepada ibuku
yang aku masih tabah mengharungi hidup yang kian berliku-liku."
aku masih ingat pesan ibu yang lalu
usah menyangkal Dia sampai tiga kali, kelak
dia akan kembali untuk mengadili
orang hidup dan mati.
MENGUSAP UMBUNKU
Kesakitan ini
menyedarkan aku betapa dekatnya Tuhan...
dan aku selalu menutup mataku
agar,
Dia datang dan mengusap umbunku.
menyedarkan aku betapa dekatnya Tuhan...
dan aku selalu menutup mataku
agar,
Dia datang dan mengusap umbunku.
Tuesday, February 10, 2015
ORANG TUA SERTA MAKAN BUDAYA
Subuh, masih lagi...
bilah parang kedengaran riuh di dapur
"Awal juga asah parang mak?"
dijawabnya dengan nada tegas,
hendak ke seberang cari rebung
tambahnya lagi,
tengah malam tadi bapa kau balik bawa 'bakas'
sekilo hendak mak rebus bersama rebung
selebihnya...
akan jadi 'bosou' dan ada yang akan disalai
sambil mengesat tahi mata
aku hanya mampu mengangguk sahaja
mata masih lemas namun selera sudah mahu melibas
itulah makan tradisi suku kaumku
kegemaranku pasti hingga ke anak cucu
melangkahku ke kamar mandi
aku lihat timbunan kain bapaku
penuh dengan kotoran
ada darah...
keringat tidak mungkin kelihatan
dan aku ke tingkatan lima Hang Tuah
walau tiada tuah dalam hidup ayah dan bonda
dalam sanubari aku berdoa
agar aku mampu lulus bagai perwira
dan akan kubela orang tua serta makan budaya.
bilah parang kedengaran riuh di dapur
"Awal juga asah parang mak?"
dijawabnya dengan nada tegas,
hendak ke seberang cari rebung
tambahnya lagi,
tengah malam tadi bapa kau balik bawa 'bakas'
sekilo hendak mak rebus bersama rebung
selebihnya...
akan jadi 'bosou' dan ada yang akan disalai
sambil mengesat tahi mata
aku hanya mampu mengangguk sahaja
mata masih lemas namun selera sudah mahu melibas
itulah makan tradisi suku kaumku
kegemaranku pasti hingga ke anak cucu
melangkahku ke kamar mandi
aku lihat timbunan kain bapaku
penuh dengan kotoran
ada darah...
keringat tidak mungkin kelihatan
dan aku ke tingkatan lima Hang Tuah
walau tiada tuah dalam hidup ayah dan bonda
dalam sanubari aku berdoa
agar aku mampu lulus bagai perwira
dan akan kubela orang tua serta makan budaya.
Sunday, February 8, 2015
BERAS JADI NASI
Aku masih ingat kenangan lalu yang makin tenggelam
waktu itu,
aku bersama datukku cari kayu
matanya liat mencari
aku hanya bawa diri
bila tiba di rumah
kami singgah di bawah kolong...
aku masih terbawa diri dan duduk perhati
datuk masih bertenaga kerana terus membelah kayu
dengan kapak yang kugeruni (terbayang bilah tajam terhentak di jemari)
kapak... krek... krek... kapak krek krek...
berbelah dua
dua dibelah dua
telah dua, diduakan semula
agar kayu boleh digenggam si tua
siap dan masih lagi bertenaga
dia mengutip kayu yang terabur pada kiri dan kanannya
aku bangkit dari tanah dan turut melabur
kayu ini akan jadi pemarak makan malamku sesudah senja
nenekku telah lama menanti dan kelihatan teruja
nenek segera menyusun kayu api
di bawah dua batang besi
cis... berbunyi sebatang mancis
minyak tanah yang disiram tadi menyalakan kayu api
saat yang dinanti agar beras jadi nasi.
waktu itu,
aku bersama datukku cari kayu
matanya liat mencari
aku hanya bawa diri
bila tiba di rumah
kami singgah di bawah kolong...
aku masih terbawa diri dan duduk perhati
datuk masih bertenaga kerana terus membelah kayu
dengan kapak yang kugeruni (terbayang bilah tajam terhentak di jemari)
kapak... krek... krek... kapak krek krek...
berbelah dua
dua dibelah dua
telah dua, diduakan semula
agar kayu boleh digenggam si tua
siap dan masih lagi bertenaga
dia mengutip kayu yang terabur pada kiri dan kanannya
aku bangkit dari tanah dan turut melabur
kayu ini akan jadi pemarak makan malamku sesudah senja
nenekku telah lama menanti dan kelihatan teruja
nenek segera menyusun kayu api
di bawah dua batang besi
cis... berbunyi sebatang mancis
minyak tanah yang disiram tadi menyalakan kayu api
saat yang dinanti agar beras jadi nasi.
Friday, February 6, 2015
DI KUBUR KUMEMBISU
Hidupku bermula huruf kecil
merangkak mengenal aksara
a ke b,
b ke c... hingga suku pertama yang kutahu
ma... untuk makan dan mama
merangkak mengenal aksara
a ke b,
b ke c... hingga suku pertama yang kutahu
ma... untuk makan dan mama
membaca dan menulis terkial-kial
tidak pernah aku jenguh
tanpa kenal tanda baca
koma dan noktah
belum petah berkata-kata
perenggan pertama telah pun sempurna
aku melangkau satu untuk memulai perenggan baharu
aku sudah pandai noktah
darah muda belum tahu di mana perlu koma
mengikut sahaja keinginan hati dan jarang sekali berhenti
ketiga,
seakan mula kufahami setelah silap sendiri
perih hati menyedarkan pilihan ayat ini
agar meletakkan tanda koma sebelum meneruskan langkah
disisipi pembuka dan penutup muhasabah
semakin keempat,
semakin banyak tanda koma dan tiga noktah
ellipsis lebih lantang bersuara
aku pula semakin kurang bicara
cukuplah... aku tidak mungkin menulis selamanya
sedar tak sedar
aku telah berada di hujung frasa
pada perenggan terakhir ini
mahuku simpulkan segala dan menutup tajukku
di kubur kumembisu.
tidak pernah aku jenguh
tanpa kenal tanda baca
koma dan noktah
belum petah berkata-kata
perenggan pertama telah pun sempurna
aku melangkau satu untuk memulai perenggan baharu
aku sudah pandai noktah
darah muda belum tahu di mana perlu koma
mengikut sahaja keinginan hati dan jarang sekali berhenti
ketiga,
seakan mula kufahami setelah silap sendiri
perih hati menyedarkan pilihan ayat ini
agar meletakkan tanda koma sebelum meneruskan langkah
disisipi pembuka dan penutup muhasabah
semakin keempat,
semakin banyak tanda koma dan tiga noktah
ellipsis lebih lantang bersuara
aku pula semakin kurang bicara
cukuplah... aku tidak mungkin menulis selamanya
sedar tak sedar
aku telah berada di hujung frasa
pada perenggan terakhir ini
mahuku simpulkan segala dan menutup tajukku
di kubur kumembisu.
MATAHARI SEMAKIN MENANGIS
Aku masih takut sebenarnya
mendengar dan baca pada malam-malam
kelengkapan berapi yang pasti menewaskan
bukan sahaja diri
pun juga pertiwi
mendengar dan baca pada malam-malam
kelengkapan berapi yang pasti menewaskan
bukan sahaja diri
pun juga pertiwi
tapak jemari kian basah
degup jantung berentap sesama pasrah
perasaan terganggu oleh belenggu
kancah keganasan
langsung tidak berperikemanusiaan!
matahari semakin menangis...
dunia semakin rasa bahangnya
ada yang menadah tangan
dan hujan restui permintaan,
agar keamanan kita rasa sesudah perang
itu harapan,
seorang ibu kegirangan bertemu kembali kesayangannya
anak kecil masih hidup
cuma cedera ringan
kekasih melepaskan tangan pada kematian
kendatipun kestabilan mula benderang
sejarah silam aku takut berulang
jangan sampai matahari terlalu berang
dan tidak lalu makan
menangis tidak lagi.
degup jantung berentap sesama pasrah
perasaan terganggu oleh belenggu
kancah keganasan
langsung tidak berperikemanusiaan!
matahari semakin menangis...
dunia semakin rasa bahangnya
ada yang menadah tangan
dan hujan restui permintaan,
agar keamanan kita rasa sesudah perang
itu harapan,
seorang ibu kegirangan bertemu kembali kesayangannya
anak kecil masih hidup
cuma cedera ringan
kekasih melepaskan tangan pada kematian
kendatipun kestabilan mula benderang
sejarah silam aku takut berulang
jangan sampai matahari terlalu berang
dan tidak lalu makan
menangis tidak lagi.
Thursday, February 5, 2015
INILAH BUKTI CINTA (Untuk Bakal Isteri: Suatu ungkapan berahi dan berani)
Hendakku mengandungkan dirimu
lalu,
menamai anak kita, Inilah Bukti Cinta.
lalu,
menamai anak kita, Inilah Bukti Cinta.
Tuesday, February 3, 2015
RUNGUS ITU (Hadiah kepada Momogunsia)
Kami duduk bersahaja
satu kaki melintang belahan bambu rata
satu lagi tegak sembilan puluh darjah
tangan kiri menongkat lewa
satu lagi malas di riba
dia, aku lihat suap berselera
setelah tadi sempat berjenaka
walau tahu aku, dia lelah
setelah menebas lalang berela-ela
aku yang singgah bagai raja
satu ulas nangka dicelupnya segenggam nasi huma
liurnya telah lama resah
akhirnya...
muah... muah... muah...
berjamah kunyah
ini sinamu katanya,
aku angguk dia tanpa tanda tanya (masih aku dilamun cinta)
adakah tradisi Rungus itu akan terus leluasa?
setidakpun dicerita oleh cicit-cicit mereka
setidakpun hanya sekeluarga kerana aku tahu yang lain ada hanyut ditelan masa dan kota
cukuplah bermadah katanya,
dia tahu aku siapa sebenarnya...
aku mula sedar segera
sinamu aku redah tanpa harga
tapi penuh maruah bangsa.
satu kaki melintang belahan bambu rata
satu lagi tegak sembilan puluh darjah
tangan kiri menongkat lewa
satu lagi malas di riba
dia, aku lihat suap berselera
setelah tadi sempat berjenaka
walau tahu aku, dia lelah
setelah menebas lalang berela-ela
aku yang singgah bagai raja
satu ulas nangka dicelupnya segenggam nasi huma
liurnya telah lama resah
akhirnya...
muah... muah... muah...
berjamah kunyah
ini sinamu katanya,
aku angguk dia tanpa tanda tanya (masih aku dilamun cinta)
adakah tradisi Rungus itu akan terus leluasa?
setidakpun dicerita oleh cicit-cicit mereka
setidakpun hanya sekeluarga kerana aku tahu yang lain ada hanyut ditelan masa dan kota
cukuplah bermadah katanya,
dia tahu aku siapa sebenarnya...
aku mula sedar segera
sinamu aku redah tanpa harga
tapi penuh maruah bangsa.
Monday, February 2, 2015
BERIAN SAMPAI MATI
Melangkah aku dari rumahku
ku tuju
hati berpadu ke situ
bukan niat mahu bermadu
tapi janji pemberi ilmu…
janji,
berian sampai mati
indah permai pulau utara
berlagu bayu
angin monsun selalu
selalu tapi aku kekal aku
menghayati hidup si kecil yang tak tahu
kuberi,
berian sampai mati.
lirik berlagu murid sesuara,
“...berjanji dan berikrar,
berusaha mencapai cita-cita,
demi agama, bangsa dan negara.”
aku dengar dan aku berdoa
semoga kamu kekal begitu
semoga niatmu direstui yang Satu
guru di sini
memberi satu berian
berian yang tak akan habis
dedikasi yang tiada ternilai
melahirkan insan penjuang
hadapi
zaman yang gemilang.
ku tuju
hati berpadu ke situ
bukan niat mahu bermadu
tapi janji pemberi ilmu…
janji,
berian sampai mati
indah permai pulau utara
berlagu bayu
angin monsun selalu
selalu tapi aku kekal aku
menghayati hidup si kecil yang tak tahu
kuberi,
berian sampai mati.
lirik berlagu murid sesuara,
“...berjanji dan berikrar,
berusaha mencapai cita-cita,
demi agama, bangsa dan negara.”
aku dengar dan aku berdoa
semoga kamu kekal begitu
semoga niatmu direstui yang Satu
guru di sini
memberi satu berian
berian yang tak akan habis
dedikasi yang tiada ternilai
melahirkan insan penjuang
hadapi
zaman yang gemilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)