Monday, December 22, 2014

KERAGUAN

Kasihku padamu
tidak seperti tali air di perpaipan
ditutup, hilanglah
dibuka, ada pula


kasihku padamu
umpama tali air yang mengalir di setiap sungai
terus mengalir tanpa lesu
namun di mana puncanya dan di mana akan berakhir?

sehingga subuh ini
aku masih mencari jawapan
bayang-bayang;
Kenapa hanya hitam?

Lalu, seru malaikat
engkau akan melihat bayang-bayang yang bercahaya
apabila engkau,
dipilih syurga...

kerana ramai yang melihat bintang-bintang
tetapi tidak mampu memahaminya
ini kerana
hatimu selalu ragu.

No comments:

Post a Comment