Sunday, February 16, 2014

MAHU PULANG

Pantas dia berbasikal pulang
takut dimarah oleh ibu tersayang,
tadi dia lama denganku
di taman bunga duduk bersandiwara.

Tubuh belum cukup dewasa
dalam hati ingin merasa cinta
aku yang tak keruan
takut dia tidak akan pulang.

Rambutnya helaian muda
belum berubah jadi Cinderella
bajunya gaya muda sekarang
lagunya hanya akan ada sekarang.

Pantas dia berlari ke basikalnya
bila masa sudah cukup petang
dalam sejam langit akan hilang
ku lepaskan tangan dia
tidak sempat beri ciuman
takut aku jadi tidak keruan
dua-dua tidak mahu pulang.


No comments:

Post a Comment