Tuesday, February 25, 2014

PENATKU

Tidak mampu lagi aku
penatku
sampai lesu tubuhku
namun dalam hatiku tetap sayang padamu.


Sunday, February 23, 2014

KEKASIHKU

Suasana yang tadi lesu
dan panas,
walau di pagi yang sungguh indah
terasa di hatiku
sejak sejam yang lalu,
kehilangan sebuah harapan.

Bila sahaja saat seperti ini muncul dalam hidupku,
memang rasa berbaur istimewa,
bila sahaja dia hilang dari pandangan aku...
hati rasa,
penuh kecewa.

Tidak...
tidak patut ku teruskan ia
perlu ku terus ke langkah hadapan,
terus, dan terus melangkah
kutinggalkan kekasihku,
yang sedang hilang... dari sanubari aku.


Tuesday, February 18, 2014

“If you’re absent during my struggle, don’t expect to be present during my success.” : Will Smith

“If you’re absent during my struggle, don’t expect to be present during my success.”  - See more at: http://truthseekerdaily.com/2014/01/6-famous-failures-and-what-has-become-of-them/#sthash.XqrhKz2N.dpuf

Sunday, February 16, 2014

BIARLAH RAHSIA

Kata itu teramat indah...
Jatuh cinta pada pertama temu.

Bukan pertama kali maksudnya,
hampir tiap minggu
cuma aku yang tak tahu
tidak sedar hadirnya di sana,
betul-betul di depanku,
sungguh buta mataku!

Pada hari itu...
kelainan ada berlaku
dia berbaju ayu...
hari itulah kami pertama temu,
pertama kali hatiku temu cinta yang utuh.

Senyum, tidak dia...
bila berpaling ke arah aku,
seperti tahu dia... yang aku sedang memikirkan dia.

Dalam hatiku ria sungguh gembira
tapi terpaksa aku selindungkan
biar aku...
pendam rasa ini sendiri...
Tapi kenapa?
Biarlah rahsia...


MAHU PULANG

Pantas dia berbasikal pulang
takut dimarah oleh ibu tersayang,
tadi dia lama denganku
di taman bunga duduk bersandiwara.

Tubuh belum cukup dewasa
dalam hati ingin merasa cinta
aku yang tak keruan
takut dia tidak akan pulang.

Rambutnya helaian muda
belum berubah jadi Cinderella
bajunya gaya muda sekarang
lagunya hanya akan ada sekarang.

Pantas dia berlari ke basikalnya
bila masa sudah cukup petang
dalam sejam langit akan hilang
ku lepaskan tangan dia
tidak sempat beri ciuman
takut aku jadi tidak keruan
dua-dua tidak mahu pulang.


Friday, February 14, 2014

SANGAT SAYANG

Kini ku tahu,
seperti layang-layang hidup ini
melihat ia terbang ke langit tinggi semakin tinggi
hanya berpaut pada benang seringgit.
Bila ribut datang,
berhempas pulas mahu teguh berdiri
ke sana ke sini
mencari ketenangan yang abadi.

Di pergunungan yang gersang ini
hampir tak ku tahan dengan panas lagi
sumber air terhad buatku tak mandi
embun pagi,
ku gapai agar muka ini terus berseri...
ku terima dengan kerendahan hati
cinta seorang dewi...
walau tubuh ini peluh berbau peluh
dipeluknya diriku
rasa sungguh di hatiku
yang dia,
sangat sayang padaku.

Itu cukup sudah memberiku sinar baharu...
akhirnya mendung itu membawa harapan yang hujan akan turun
dan dengan perlahan, benang yang kugenggam dengan penuh gementar,
kembali ke gelungan. 






JADI MILIKKU

Lama hendak aku bermula,
tercari kata untuk hari pencinta
belum lagi bercinta,
aku tahu hanya aku yang mencinta.

Biarlah kata hatiku
walau seribu patah kata
jika sudah lakumu seperti tidak mahu mencintaku
aku tahu...
kerana aku.

Kini...
hanya mampu aku melihat
walau sedekat hingga nampak tahi lalatmu
di pipi kanan itu
dengan bibir dan mata yang ku mahu
debar jantungku hingga kaku bicara malu
pantas aku berlalu
menegurmu hanya satu,
dan yang satu itu hanya namamu...
Dalam hatiku
kuharap engkau jadi milikku.


Monday, February 10, 2014

AKU TAHU

Aku tahu...
setelah tiga kali aku menolakmu
dan setiap kali ingatku ada bagimu
dan waktu itu juga,
hatiku yang resah meraung sangat suka padamu.

Wajah yang manis sebegitu
sepertimu...
tak lagi sanggup aku tak pedulikan,
mahu lagi aku tenungkan,
walau ku tahu
kau tak pernah tahu
tiap kali matamu yang kaku pada potret itu seakan memandangku,
terpaku aku!

Belum lagi ku tenung kening matamu
belum lagi ku tenung bibirmu yang memang sangat ku dambakan...
bercumbu denganmu, salah satu impianku...
memelukmu, peluk itu mententeramkan jiwaku
telingamu, akan kubisikkan kata cinta pemalu.

Aku tahu...
aku dan hati di diriku tahu,
engkau...
gadis impianku.


Sunday, February 9, 2014

JANJI TETAP JANJI

Mereka bukan sehari dua
telah lama berbuat dusta,
demi apa?
Pasti keuntungan sendiri dan keturunan yang akan datang.

Bukan dusta katamu...
ya, di matamu bukan dusta
dikaburi matamu dengan suatu muslihat!
Kau tak suka kerana engkau tidak akan beroleh bahagia
tapi bila dunia dalam barisan hidupmu,
segala yang palsu akan jadi ikutanmu,
sampai sanggup...
korban agama,
korban bangsa,
korban maruah!

Yang membantah
nyawa jadi taruhan.

Peristiwa yang sudah berlalu
jangan usah kau ungkit kembali
jika sekali kau kata lagi
tentulah,
ada sesuatu yang hendak engkau perolehi.
Namun,
JANJI TETAP JANJI!

Politik kini
lebih baik sendiri
jangan tengok TV.


Saturday, February 8, 2014

KSATRIA HATIMU

Telah sebulan tidak engkau kutemui
bulan baru sudah ku temu
namun bukan engkau
yang ku mahu.
Juga telah ku lihat mentari pagi yang terbit dari timur sana
ku lihat sampai ia terbenam
pada senja ke sisir malam,
tiada seindah dan tidak secantik
mata dan wajahmu.

Pernah kutemui seorang puteri yang ku sakiti hatinya,
hingga katanya...
serpihan hatiku yang hancur olehmu
yang paling kecil pun mampu melintas di hulu jarum pencinta,
puteri itu... sangat aku rindu
seperti bunga-bunga rindu pada cahaya
di musim sejuk malam bawah takat beku,
beku hatiku!

Kehilanganmu menutup pintu duniaku
sedang ku cari kekosongan di hatimu
walau pada malam salju
akan ku cari hatimu
kerana aku rindu.
Dengan harapan...
mencintai hingga ke akhir masa
kasihku... lebih dicintai yang Esa,
bait katanya yang terakhir masih aku ingat
harapan, berharap untuk terus hidup mengharungi jeram yang deras
terutama pada malam hari
dan bila nanti mata ini tertutup dari dapat melihatmu lagi
aku berharap,
ia bukan yang terakhir ku lihat mata dan wajahmu.

Atas segala cintamu yang kusanjung,
sayangku masih padamu
Ksatria hatimu.


BERCERITA

Degup jantungmu masih aku rasa
kehangatan dadamu
sering sudah ku bertanya,
di mana ia...

Waktu-waktu berdua
antara kau
dan juga aku,
ke mana sudah...
Bukankah waktu itu aman bahagia?

Bercerita...
tentang laut biru
bercerita juga tentang langit ungu,
senja mula menjelma
di mana
kata-kata sudah mula
kurang peka.

Lalu kuberanikan diri
memandang hatimu
menerusi matamu
bibirmu
yang seakan senyum
tapi resah
aku akan menciummu.