Sunday, October 27, 2013

MANA BAJUKU

Pijak batu
batu menangis di atas kayu
daun biru lambai aku
halau aku..
sudah cukup
cukup sudah
aku tertunggu
tengok aku,
sudah jadi kaku.

Limau susu
masak penuh rasa cemburu
satu sudu
dengan peluh aku cumbu
ya...
tongkat dagu dengan wajah hingga berbulu
masih kutunggu
kamu mana
pergi mana kasihku.

Sarang guruh
datang atas kepala aku
kukuh
kaku ku
tengoklah kekalkah di situ.
Mana bajuku?


Friday, October 25, 2013

ANDAI CINTA

Usah dikau,
dan aku harapkan,
biarlah terus seperti ini..
Andai cinta mahu datang menyapa,
katakan padanya..
cinta.. tidak mesti bersama.

Pergilah hati pada merpati,
bukalah pintu,
tempat ia mengadu,
lepaskan agar terbang ia tinggi,
di sana pasti sua sentosa..

Bukankah..
langit tempatnya?
Bukankah cinta hanya dalam hati...

DIA

Dia..
dia layak di hatiku.

Dia..
dia membuka pintu hati aku.

Dia..
dia sudah pergi.

Dia..
dia tinggalkan aku sendiri.

Dia..
dia pernah, mekar di hatiku.

 
Dia..
dia tak tahu..
aku rindu, Dia...
haruman dari syurga.

DULU TERLUKA KINI BAHAGIA

Aku menyanyikan lagu ini..
ker'na dulu terluka; kini bahagia.

Perpisahan...
aduh, menyatakannya buat aku gundah,
tidak mahu berulang semula.
Satu demi satu daun semalu kusentuh,
tertutup jua walau kucuba perlahan,
malu.. dia malu.

Asyik bermain debunga cinta,
matamu jelma dalam pandang selamba,
aku bertanya adakah kau jua..
pipimu merah semakin ku suka.

Memang wajahmu cantik dan manja,
kutahu itu nanti hilang bertuah,
hatimu..
dulu terluka kini bahagia,
dari matamu aku sudah jangka.



Thursday, October 24, 2013

MILIKMU HATI INI

Semalam..
pernahkah kuucapkan, "Aku sayang padamu.."?
itu yang terkini?

Kini..
tiada selainmu,
yang dapat mententeramkan hatiku yang duka,
hanya dengan senyummu.
Mengisi ruang kekosongan dalam hatiku,
memudahkan segala kecewa di hatiku..
itu yang kau lakukan,
tanpa kau sedari.

Kasihmu bagai sinar suria..
pada mulahari,
menyinar tanpa harap balasan,
mengisi ruang.. hatiku ada tawa ria..
ku tak tahu.. bagaimana engkau lakukan.

Sesucinya cintamu..
telah milikmu hati ini,
di penghujung hari,
sebelum mataku dilena,
bersyukur aku kepada Tuhan..
dan berdoa pada dia...
Semoga selalu engkau bersama denganku.

Wednesday, October 23, 2013

KELAM KABUT

Aku di pantai sepetang tadi..
terlihat dia,
insan yang ku kenal,
lama dulu.

Ku tahu dia terkenal..
selalu sering ke luar negeri,
negara..

Mungkin kaya..
harta sampai juta,
tapi kenapa...
hatiku rasa duka.

Dia sudah tidak bermaya,
melangkah pun tidak mampu,
remuk hatiku..
simpati dan empati.

Terfikir aku seorang,
melihat ke ufuk timur,
mencari erti ini..
dunia sudah kelam kabut.

Dikejar..
kejar...
apa yang kamu kejar?

Hatiku jumpa,
satu jawapan...

Tinggalkan dunia ini,
dengan suatu kepuasan,
kesyukuran..
pada orang yang kamu sayang.

Seperti dia,
tidak ku tahu apa ditinggalkan,
kerana dia bukan hidupku.
Syukur isterinya masih mampu berdiri,
meneman dia.

Engkau bagaimana?

Biarlah ku tinggalkan halaman ini sendiri,
sebagai tatapan buat hati yang mencari erti,
wang tidak mampu ku cari lebih,
cukuplah aku dapat makan..
tinggal bersama orang yang ku sayang.

Jangan ikut aku...
aku bukan hidupmu.


INDAH PADA WAKTUNYA

Ringkas, keras dan bergaya..
itu dia,
sedang tekun terus berjalan,
sehaluan denganku ke arah kampung,
jauh di pedalaman..

Di mana?

Sinopsis ku berikan..
Analogi ku lakukan..

Hidup ini indah pada waktunya...
Tolong...
Tolong jangan pernah engkau sesali.

Ini dan segalanya telah ditentukan..
ditakdirkan untuk kita,
diri kita..
dan kebetulan kali ini,
melibatkan dirimu dan diriku.

Jangan kau sesali sayangku...

Jadinya kau dan aku,
kisah engkau dan aku maksudku,
sudah indah pada waktunya..
Tidakkah ia indah sayang...
sungguh indah bagiku,
sungguh indah..
mengatakan ini sudah cukup buat mataku sayu...
bergenang airmata...
kerana gembira...

Kerana ku tahu,
hipotesis dapat aku huraikan,
tapi yang menentukan..
hanya Tuhan.

Dan semoga..........
terlalu sukar untuk aku harapkan..
dan sayang, jika ini bukan yang indah bagimu,
pergilah... biar aku sendiri.

MELANGKAH JAUH


singgah aku sebentar
sebelum 
berlayar pergi
ku amati indah warna pagi
musim salji
masih berbunga lagi

teguh dalam kedinginan
tulip seakan tak mahu
aku pergi,
gadis ini
menari dalam hati aku mengerti

kuharapkan
sebelum aku melangkah jauh
bila aku kembali nanti
pun berbungalah lagi
jangan pernah 
engkau sepi
juga menangis lagi.

Tuesday, October 22, 2013

HARI BERMULA

Sedar dari tidur terus aku ke luar..
bukan terus,
terbuka sahaja mata..
nama dan wajahmu muncul pada hari bermula.

Dan barulah aku ke luar,
dengan harapan..
kau ada di sana...
tapi tiada.

Ini ku sedar...
tapi hatiku tidak mahu beredar.

Dengan pasrah,
bermula hariku dengan...

Selepas menyalakan api,
dan menyedut asap terlarang,
oleh kerajaan Malaysia.

Nafas ku hembus dengan penuh tenang,
keluh sekecil benih padi di Tambunan..
melihat bendang bersempadan taman,
cahaya perlahan menerang alam.

Begitulah setiap hari...
ku nanti hingga.. cinta kita dipatri.


Monday, October 21, 2013

CIUM AKU

Ya aku teringin..
jujur ku kata padamu,
aku perlu kasihmu,
mari... belai aku..

Ku lupakan yang ada kini,
dia-dia..
s'mua jemu..
sengaja ku begitu,
ku mahu tahu..
siapa... akan kekal padaku;
Jika itu sudah dijemu,
belum lagi seumur hidupku...

Kau..
kau cium aku,
jika benar engkau untukku,
pasti berubah kau jadi.. putra hatiku.




Saturday, October 19, 2013

TETAP MENCINTAIMU

Aku tertenung dia..
dia,
renung mentari,
ku datang dekat padanya,
bertanya...

Kenapa dia.

Perlahan dia menoleh..
diukir senyum pahlawan,
menjawab dia...
tiada..

Kusandarkan tubuhku pada tiang kayu,
meneguk air dari gelasku,
turut,
ikut renung mentari,
yang tenang pada senja semalam.

Dalam hati berbisik cinta,
pada bulan aku berkata..
aku tetap mencintaimu,
walau kau dan aku sudah tidak bersama.

MAMPU MELUPAKANMU












Hingga perspektif ini kabur di depanku,
akan ku ingat cinta kita,
sampai bila-bila..
ku bawa ke mana jua.

Sentiasa..
dulu ku sangka,
ikatan cinta akan kekal selamanya,
boleh juga kekal tiada.

Suatu masa hatiku bersuara,
adakah cinta itu suatu ilusi...
kerana terlalu ramai telah terluka,
dalam sedar,
segalanya berubah..
mungkin silap mata.

Tunggu..
itu cintaku yang dulu,
pernah ku kata, 'tak mampu melupakanmu',
hilang masa terang purnama,
sedikit demi sedikit..
nyata ku terima.

Friday, October 18, 2013

SUKAR

Sukar..
sukar bagiku menyatakan sayang,
tapi kau ingat,
pernah aku memanggilmu itu.

Sukar..
sukar bagiku mengatakan cinta,
tentu kau tahu,
belum ada ku tentu.

Sukar..
keadaan ini sukar bagiku,
cuma perlu kau tahu..
aku suka padamu.

Sukar..
sukar untuk aku melupakanmu,
kerana kau tahu,
engkau ku perlu..

Sukar..
diriku pengecut,
sering melepaskan cinta yang kudambakan,
ikut hati; ...berlari aku ke padamu, lalu menciummu.

Mahu berkata,
hiduplah bersama denganku,
berada di sampingku..
selalu...

DOAKU HARI INI

Pernah..
sudah sering aku berdoa,
'pabila hati terlalu lupa,
terlalu menginginkan sebuah dunia;

Warasku dikaburi oleh kaya keinginan..
tidak perlu kucoretkan di ruang ini,
kau tahu..
dia tahu..
lihatlah di mana kini berada.

Yang akhirnya...
lewat sudah hidupku di ini,
yang akhirnya,
doaku hari ini hanya satu...
semoga tidak kamu lakukan kesilapan seperti aku,
hidup ini hanya perlu makan.. untuk teruskan perjalanan,
cinta.. untuk suatu harapan dan penghargaan,
juga pengetahuan yang kutinggalkan..
bagimu,
setelah aku pergi...

Kau tak 'kan mengerti sehingga lewat nanti,
kau juga tidak peduli sehingga lalui semua ini.


Tuesday, October 15, 2013

MENUAI KEBAHAGIAAN

Peristiwa yang berlaku..
bertindih-tindih hampiri aku,
bukan hanya daripada cinta,
tapi.. lebih banyak sebab dunia. 

Menabur airmata; menuai kebahagiaan...
kuharapkan,
airmata yang mengalir tadi,
akan jadi tanda Tuhan kepada aku,
bahawa..
benih yang telah kutabur akan berbunga kembang.

Kerana..
bila aku dalam kesedihan,
keperitan..
kekecewaan,
hadirmu dengan senyuman,
bersama tanda dua jari..
sudah hatiku penuh kelegaan,
kebahagiaan..
dan harapan.

Bolehkah tangisku; kembalikan cintaku?
Semoga selalulah kau ada..
bukan hanya masa ku duka,
juga bila aku gembira...

Monday, October 14, 2013

KESETIAAN

Ikatan yang kita bina,
yang pernah ku sangkakan,
impikan..
akan terus kekal,
bagai tidak berputus lagi..
akhirnya,
kepelikan terjadi.

Kesetiaan itulah,
kau jadikan alasan untuk mencampak aku...

Kukuh rasamu menyimpul dua kasih,
namun tidak bagiku,
akhirnya...
satu simpul lebih dulu kau lerai,
kerana katamu setia perlu kau pilih.

Kenapa pada dia? ...bukan pada aku.
Aku tahu.

Saturday, October 12, 2013

CANDY CRUSH

Kau jugalah..
tanpa masa juga tanpa makna,
di sini ku duduk sambil melihat petang,
melihat pada dia.

Hati yang kosong ku biarlah kosong,
mata hati dan mata ini,
sudah cerah semula,
cinta? ...pedulilah di mana-mana.

Dua jam aku seorang,
dan datanglah pemikat dengan lagunya didendang,
ku dengarkan..
rasanya,
dia dalam pencarian..
menanti ayat terindah,
mungkin untuk lagu cintanya..
ada mungkin untuk gadisnya,
atau kepada alam,
bagaimana jika pada diriku?

"Candy crush..
cinta hancur digula-gulakan,
betapa buat aku kecewa,
mengekalkan ia..
bukan lagi misi, kali ini biar dulu sendiri."

...aku dengar itu. Setuju.





Sunday, October 6, 2013

SELEMBAR KERTAS

Dalam gerimis yang penuh rahmat,
bibirku kelu,
tidak.. bukan tidak,
takut aku melihat dia.


Menyesal ku sakiti hati si dia,
sering aku buat dia melara..
berkali-kali,
kali ini..
ku ulang lagi!

Matilah..
hatinya penuh amarah,
katanya..
aku tak 'kan menangis lagi,
airmata sudah jadi Sahara.

Jantankah aku jika menyerah?
Jarinya sedia memetik picu,
muncung senjata ke arah aku,
habislah..



Baiklah...
aku menyerah,
bukan lagi berserah,
tapi...
tapi sayang.....

Tiadakah maaf sekali lagi..
sekali 'ja lagi?

Dihunusnya muncung itu,
dan kuhulur selembar kertas..
tertulis padanya..

Saturday, October 5, 2013

TIGA BAIT KATA

Siapa nama kamu; nama aku cinta...
tinggal di mana,
dalam hati manusia..
Sudahkah dikau berpunya; belum ada lagi.
Marilah bual denganku..
matamu menarik sukaku,
sungguh aku mahu,
jatuh suka padamu.

Setelah masa berlalu..
kasih sudah bertemu,
bilangnya pada aku; aku cinta padamu..
Segala jadi indah.. semua sama suka.

Lagi masa berlalu..
kasih semakin lusuh,
bilangnya pada aku; kita tiada jodoh.
Segala jadi luka.. semua kerana kata.

Tiga bait kata..
sudah cukup sudah,
belum lagi sepuluh,
rasanya seperti budu.

Sudah tahu busuk; tapi dimakan juga,
sudah tahu kusut; tapi bercinta jua...

SIA-SIA

Merangkul tubuhku lebih dekat,
dingin ini menguasai cintaku,
hendak terbang,
tapi tak mampu ku melawan..
ribut; dan taufan.

Sekali lagi terpadam,
aku lagi menyalakan,
selilin penerang impian,
terus menerus aku hidupkan.

Mungkinkah sia-sia semuanya..
segala siksa hanya sisa yang merapat,
kenangan..
tinggal kenangan.

Alamku bagai menahan,
dari terus diri terjunam,
diperlihatkan senang rama-rama,
sepertinya menanti sengsara..
cahaya saksi kemendungan,
tak tahu ia..
taufan akan datang.

Masihkah ada harapan?

Friday, October 4, 2013

BULAN PURNAMA

Letih pun engkau,
tiadakah ruang persis sesaat,
darimu.. untukku?
Mungkin jemu.

Hingga langit tak terang lagi,
kau asyik dalam resahku,
tapi engkau..
buat apa? Aku langsung tak tahu.

Buatlah apa saja yang engkau suka,
hanya satu kupinta,
bila harapan tak berc'haya lagi,
di tengah kekarutan metro kota,
luangkanlah masa..
jika aku; kau cinta.

Luahkanlah susah..
untuk aku; kau hubungi.
Sayangi.
Dan damailah resahku,
lalu boleh..
kunikmati indah bulan purnama.

MUSIM LURUH

Terik ini boleh membunuhku,
kasih yang lalu putus..
putus terkulai sudah.

Genggaman tanganmu..
tidak lagi kita berdua,
dilepaskan..
dengan cara berbeza,
bagai aku tidak bermaruah.

Di mana sifatmu selaku putera?
Kau beriku ikatan mesra,
sampai masa,
kenapa aku yang merana?

Daun itu tidak menyangka,
hijau dahulu kekal terhad masa,
jatuh rebah,
patah..
belum pun musim luruh.

Angin...
bayu menghembus...
mengajakku menari,
terakhir kali.

Thursday, October 3, 2013

DINGIN

Benarkah wujudnya hantu?

Ku sapu ruang menunggu,
tadi penuh debu penunggu,
ku tunggu..

Kiraku sampai sepuluh..
sambung menunggu.

Ku tunggu...

Sudah sampai seribu.

Kesangsianku mula membuku..
benarkah wujudnya hantu?

Penantianku turut cemburu..
turut ikut memburu,
aku.

Dingin terhadap hantu..
ketakutanku hanya sia belaka,
dungu.

Baikku,
lebih baik menunggu hantu,
dari terus menunggu kamu.

Wednesday, October 2, 2013

NANTIKAN KU DI SANA

Pintu dua kali lebih tinggi,
sofa bagai tiap hari berganti,
lampu tidak pernah padam,
buku-buku tebal..
ku tahu tidak pernah dibaca.

Luas seluas padang bola,
warna tahan seratus tahun,
kalau ditimbang beratnya sejuta gajah,
makan dipesan dari luar negara.

Kereta masuk tidak berpintu,
baju-baju dipakai buang,
intan berlian dihiris hingga sinis,
langkahnya gagah,
senyumnya mewah,
tapi hatinya...
masih mencari cinta.

Sayang...
tidak ku minta semua itu,
janganlah kita cari lebih dari begitu,
nantikan ku di sana..
kau nantikan aku di sana,
bersama cinta dan hasil cinta kita.

Kepada cinta yang akan datang. Amen.



DI SANA CINTA KITA BERPUTIK

Tahukah dirimu..
betapa inginku engkau tahu,
melihat sahaja dirimu,
malamku penuh mentari.

Di sana..
cinta kita berputik,
dari mata turun ke hati,
saat itu kutahu engkau malu,
merah menyala mukamu,
jantungmu berdebar melihat aku,
huhu..
aku pun rasa begitu.

Suka kurasa seperti ini,
daya tarikmu buat aku tak mampu,
hanya lihat matamu,
senyummu..
dengan dirimu yang ada,
aku sudah mengerti,
ini cinta yang ku cari..

Merenungmu tidak pernah jemu..


Tuesday, October 1, 2013

DALAM DIAM II

Melangkahlah..
jika sudi,
selam ke hatiku,
sedalam mana yang aku tahu.

Dalam hati ku punya taman,
sana jua ada berteman,
siapa?
hmm.. dikau yang di sana..

Ungkaikan lebih dalam hatiku,
mungkin di sana ada cerita..
sudikah?
sekali lagi ku tanya.

Dalam diam ku biar kau seorang,
tidak ku ganggu kau cari jawapan,
jika nanti kau datang dan berpesan,
ku tahu..
ia sudah melibatkan perasaan.


CINTA PANDANG PERTAMA


Aku bangunkan diriku,
juga aku bawa diri ke sana..
letih tidurku,
seharian penat mencari cinta.

Tragedi melanda...
jatuh cinta pandang pertama.

Aduh..
kenapa mungkin ia jadi begini..
hatiku ada yang harapkan,
diriku ada yang perlukan,
aduh kenapa...
jatuh cinta pandang pertama!

Dia belum ku tahu,
ada apa dalam hidupnya..
dia tidak bersalah,
aku...
aku ini jatuh padanya.

Fuhh...
perlukah dia ku beritahu..
perlukah dia ku beritahu...
perlukah ku beritahu,
resahnya jatuh cinta pandang pertama!

SABARLAH HATI

Di mana sudah aku yang dulu,
dalam jiwa hati selamba..
blues untuk aku,
aku rindu.. diriku yang dulu.

Sangkaku,
hidup terus ceria,
terus muda,
terus dan terus membawa persona.

Lupa aku..
hidup boleh berubah,
sepantas sekelip mata.

Dalam cinta,
kuingatkan hanya dia,
yang akan membahagia,
hampir seluruh hariku berarah pada si dia,
ingat dia,
rindu..
boleh bikin hati sengsara,
telah pun aku rasa.

Di tepian ini,
aku berhenti sementara,
bersama beban-beban asmara,
yang kubina sudah musnah.

Sabarlah hati..
sabarlah wahai hati...
hidup sudah berubah,
bukan mudah,
luar biasa..
jika mengharap,
lebih dari yang kau pinta.