Monday, December 30, 2013

JANJI TEMU

Sudikah
jika
aku bawamu
ke
janji temu,
tidak
ku bawa
engkau
ke kota asmara,
hanya
bersama
di ruang
kasih asmara.

TUBUH INI

Setelah
berpadu cinta
sudah
sampai
masa
berdua,
biar siang
seakan lama
malam pula
tidak lagi
bercahaya
tubuhmu
dan tubuhku
bersatu.

BERBASIKAL

Biar
terus ku laju
tidak
mahu
mengenang
cinta
yang lalu,
biar
kotor
bajuku
nanti
masanya
gadisku
akan
membersihkannya
untukku.


GUGUR CINTA

Suatu hari
cinta
ini
akan duka,
jangan
lupa
suatu hari
pasti suka
biar
ku lena
di bawah
timbunan
tangkai daun
yang berguguran.

BUTTERFLY

Lelahku
menunggu
mencari
cinta lelaki,
kini
ku berhenti
melayan
diri
sendiri
lebih
indah
dekat
lagi
air tenang
yang mengalir.

SUKA CINTA

Sudah
layak dan sepantasnya
aku
melayangkan
diri
setinggi
angkasa,
jalan
yang terang
telah
ku temui
haluan
hidup ini
sudah
pasti
menjadi.


TEMPATKU BERPAUT

Dahulu...
dia
tempatku
bermanja
dia
tempatku
mengada
dia
tempatku
mengadu
dia
tempatku
bertanya,
kini
dia
tiada.

PILIHAN

Sedang asyik
leka
menyapa
pula
cinta
bukan satu
ada
dua, tiga, empat...
pilihan
perlu
dilakukan,
bertuah
jika
kau pilih
yang istimewa.

MELEPASKAN

Dia sudah
tidak
tertahan,
dilepaskan
dengan
penuh
keazaman,
tidak akan
bercinta lagi...
haluan
dibinasakan
yang datang
sedia
dipedang.

SEDIAKAH DIA

Si kecil
bersiap-siap
mengenal
cinta,
sudah
sediakah dia?

Lalu
di jalan
yang jeram
berpaut
pada
dahan
berintangan...
pengalaman
akan jadi
ketahuan.


BILA BERCINTA

Lihatlah
wajahnya
cukup
ceria
seakan
dunia
dia
yang punya,
biar dusta
dan pandang
tak jelas
bersama
berdua
harungi
pancaroba.


ERTI CINTA

Mencari cinta
seperti...
melontar 
hati
ke arah
rimba,
sesat
kau cari
bertemu
belum tentu
temui
jalan kembali.



Sunday, December 29, 2013

MURNI

Mengapa...
wanita
sepertimu
tinggal seorang
di hutan ini?

Dijawabnya,
bunyi-bunyi rimba
yang
aman
dan suci murni
sudah sebati
dengan
jiwaku.

Bukankah,
wanita
sepertimu
harus
tinggal
di sisi
seorang lelaki?

TELEFON

Masa itu
sedang aku
berbicara
dengan teman
dalam
telefon,
menoleh
aku
ke sisi
kiri...
di situ
mata aku
tersentak,
jantungku
bagai
mahu mengecut
paru-paru
ku tahu
tidak bernafas
sungguh,
Kenapa, ...haruskah cinta?

MENCARI DIA

Merah jambu...
bersama lagu
hendak
bertemu,
mahu
bersatu,
dengan
insan
yang ku rindu...
berkata
meluahkan cinta
menyata sayang
untuk dia
insan
yang ku rindu.
Tapi mana dia?


Saturday, December 28, 2013

SAAT TERINDAH

Di hening subuh ini
dia
ku sangka
duduk
berpatah arah,
setelah...
lama bercerita
dia
mengenali arah
jauh lebih
dariku,
aku rasa...
bila
mata ini
tiada lagi
warna
tiada lagi cinta.



Sunday, December 22, 2013

HILANG MEKAR

Telah...
memberanikan diri
untuk
dekat padamu
juga telah...
menyatakan isi hati
ini,
lalu ku ukir senyum selalu
dalam hati
walau sedih
melanda.

Ada bulan,
bulan tidak mahu menyala...
ada siang,
mentari entah ke mana
ada hati,
tidak kau terima
kecewa indah, layu sudah cinta.


Tuesday, December 17, 2013

TERLALU PERIT





Lupakan...
jika hasrat
hatimu
mahu dia
melupakan,
itu juga
akan sia-sia...
kenangan lalu
terlalu perit
untuk
dilupakan.

JANJI DIA





Jangan...
kau janjikan
dia
bahagia,
tidak akan
berguna,
hatinya 
telah anggap
bahagia...
bukan untuk
dirinya.

Friday, December 13, 2013

SATU LAGI

Terus berlalu
tanpa
kusedari
sudah
satu lagi
tahun pergi,
akan
tambah lagi
jejak memori
nostalgia
tua nanti.


TENANG

Seminit lalu
telah...
ku jenguk jam ini
sesaat yang lalu
telah ku lihat ke jalan itu
sekejap lagi
mahu ku lihat
muka yang lesu
resah
gelisah
ternanti
tak sabar
senyum sendiri
kadang geram
mahu...
rasa tak kena
keluh
peritnya menunggu.

SEBENARNYA

Bila dekatmu...
nampak wajah
mahu aku 
ke sana
juga mahu berkata
kata
kata
terus berkata,
tapi 
aku malu
bila saat matamu 
seperti 
mahu terpandang aku,
entah 
ke mana arah 
hendak mahu
merapu.


BATANG KAYU

Tak berbalas
kasihsayangku
tak berbalas
setiappesanku
tak berbalas
tiapsalamcintaku
tak berbalas,
sepertiakusebatangkayu.

Sukarkah
berkata jangan...
lalu payahkah diketik noktah,
salahkah jika mengucap
pada pagi
pagi jua...


BERSERAH

Jumaat petang
khamis semalam
berjalan
di tapak binaan,
berderai hatiku
jatuh dari tingkat sembilan
kini berserah
pada
hadir kesembuhan.

Wednesday, December 11, 2013

MARAH?

Adui...
bukan aku mendua
tapi
aku berdua
bukan menjalin
cinta
tapi
terjalin cinta,
harus
bagaimana?
Bukan aku tak cinta
tapi cinta
berbagi dua
jika engkau marah
marahlah...
tapi engkau
tetap
dicinta.

LIRIK MATANYA

Ku tulis
sebuah lagu
andai waktu
bicara
sudah jadi
biasa,
ku tulis tajuk
lagu
penuh lirik
tentang matanya.


TELAH TIDUR

Semua...
telah tidur
aku
masih lagi
begini,
akhirnya aku tidur
tapi hati
masih
berbunyi
sampailah
ke alam mimpi,
hanya engkau yang ku mahu.

MAKA CINTA

Wajah...
jelita
maka cinta?

Tubuh...
manja
maka cinta?

Mata...
ayu
maka cinta?

Senyum...
padaku
maka cinta?

Bila...
terluka
maka... tak cinta?

VIRUS

Benih darahmu
menjalar di...
sana sini,
bisik cintamu
selalu ada
di... hampirku,
sampai niatmu
mahu lagi
ku pandang.

CINTA MATI

Sekata...
hati kami...
bila dunia berakhir
mungkinkah lain-lain,
alangkah indah
jika menjadi
cinta yang mati
itukah cinta yang jati?

MAHU KAU JUA

Aku tak ada
bukan maksud aku tak cinta
atau tiada
bukan kerana sudah tidak suka,
bila ku ada
ku mau kau tahu
yang ku cari
penawar dukaku,
bila ku bah'gia
ku mahu kau jua.

Tuesday, December 10, 2013

CERITA CINTA

Ku melihat...
dari jendela
ia seperti
kisah
cinta
cerita cinta
yang kuharapkan,
tamat segera.

DATANG PADAKU

Janji tidak berguna...
jika hari tiada satu
masa mahu bertemu
katamu
seakan datang,
di mana sudah
merana
aku tertunggu.
Hendakkah kau aku merayu?
Baiklah,
tolonglah... datang padaku...

Monday, December 9, 2013

MENARI DENGAN HATI

Hebat dia menari
anakku
dia sayang
kasihcintaku
hatinya
dengan gerak tari itu
tubuhnya
setia bersama,
mengingatkan aku
untuk terus ceria
tinggalkan duka.

KURANGKAN HARAPAN

Dengar kata cikgu
katanya
untuk hidup gembira
kurangkan keinginan
juga harapan,
dan hargailah alam,
maka
hidupmu sudah pun ada.

LA LALA

Langkahku...
tiada rasa
senyumku
mahu terbang
hatiku
riang,
miang ia menyanyi
la lala...
la la lala la la la lala.

MUKA GEMBIRA

Tertanya...
lalu aku bertanya
di mana itu gembira
lama ini ku sangka ia di hati,
rupanya
ia di wajahku ini
ayahku kata
cermin pasti memberitahu.

Saturday, December 7, 2013

KECEWA

Yang sudah itu sudah
biarkanlah...
tiada gagal dalam hidupku
yang ada,

cuma 
kecewa...

JALIN CINTA

Atas batu ini...
terukir kata cinta dari zaman india
sanskrit,
katanya
mari berlari ke padang
di sana kita jalin cinta
terabadi dalam ukiran
nukilan
batu surat itu
hatiku...
diguris lalu kekal.

Thursday, December 5, 2013

LULUS PENUH

Ya Tuhan...
kau tahu aku perlu dia
tidak mengapa dia tidak untukku,
kekalkan hati ini padanya
selamanya...
sampai matiku,
dan
subuh ini aku berdoa
agar dia
aku,
lulus penuh.

Friday, November 29, 2013

PUNCAK

...adakah pokok tinggi hijau
yang ku lihat merasa sepertiku,
awan sudah di bawah
menitis suci mata,
menantikah dia
padaku?


TERLENA

Oh...
di sana hatiku ria
sungguh riang gembira,
mahunya ku beri pada yang duka
bukan mendua,
tapi sudah takdirnya...

SAMPAI BILA

...sedih rasanya hatiku,
bila terpaksa melepaskannya pergi
tapi,
apa daya...
meronta ia untuk dibebaskan.

TIADA MASA

...bulan lalu biar berlalu,
datang satu
Di... semberku...
selamat berhari minggu
kasihku.

GENTAR

Bukankah lebih baik begini,
berkata lebih indah
untuk dia
untuk kita,
bukankah lebih indah
jika kau rasa,
engkau ku cinta...

Thursday, November 28, 2013

KOPI PANAS

Panaskah dinda...
belum kau rasa jantungku
berdebar laju-laju
ingin dekat padamu,
ingin bual denganmu
tapi aku,
malu...

MUNGKINKAH

Nanti...
bila tiba waktunya,
kau dan aku temu bertemu
hari itu
kau tenung aku,
lalu keluh aku
tak tahu
benarkah itu...
ikhlaskah itu.

KELIRU

Berikan,
aku… satu sebab,
agar terus melupakanmu.
Untuk tidak mencintaimu.

Senang bagiku,
jika hatimu yang arahkan,
ker’na hatiku…
sudah sungguh erat.

Pergilah jauh,
sejauh yang engkau mampu.
Pergilah kasihku…
pergilah sayangku.

Pergilah jauh dariku… jauh dan jauh lagi.
Tapi perlu kau tahu,
ini tidak kau mampu, menjauhkan dirimu dari hatiku.
Sehingga masa keliru.

KAU MILIKNYA

Benar…
Engkau bukanlah yang terindah.
Benar…
Bukan engkau yang terbaik.
Tapi sudah cukup bagiku,
Dengan engkau yang adanya.

Ku sedar akan diriku,
Bukan juga insan yang sempurna,
Tentu lagi bukan milikmu,
Sudah kau tahu,
Aku miliknya…
Sudah katamu,
Kau miliknya.

Bersalahkah aku inginkan dirimu?

Berdosakah diriku hingga jadi hina?

Tertulis sudahkah arahku ke syurga?

Atau sudah tentu temui neraka?

Tidak ada yang tahu…
Kecuali dia,
…yang memiliki aku.

Jika rasamu turut bersalah,
Aku tahu…
Ini telah dijangka.

Tidak mahukah dirimu,
agar kita bersama?
Bersatu yang di luar jangka.

KESEMPATAN

Kesempatan. Memang kesempatan ini ku buru,
Kerana waktu,
pasti akan berlalu.
Tanpa perlu…
diberitahu. Bukankah selalu.

ANAK KECIL

Menjengukku dari ruang jendela,
Anak kecil bermain di beranda,
Menangis tanpa kira waktu,
Pasti sakit hatinya semasa denganku.

SANDIWARA

Cinta bukan permata,
juga bukan satu sandiwara…
berlaku sudah tentu,
apatah lagi bila menatap matamu.

TENANG

Tiada bernilai cinta padaku,
ia datang melintas waktu,
telah datang sampai terkaku,
Aku. Benar-benar suka akan mu.

Tenang...

RAMBUT PUTIH

Bagai sahamkah cinta bagimu…
bila jatuh kau jual dengan hargamu,
bila tinggi,
dibeli sampai hilang hatimu?

Bagai kopikah cinta padamu…
bila tawar kau luah tidak lalu,
bila tepu,
kau hirup sampai tinggal debu?

Satu; berubah syahdu…
Sembilu.
Satu; terbang mengadu…
Lagu.
Satu; kekal denganku…
Begitu.
Satu; semanis madu.
Semakin putih rambut putihku.

Friday, November 22, 2013

PEN BIRU

Cepat beri aku pen biru,
rasa ini ingin mencoret cinta,
takut ku hilang,
masa boleh mendukakan.

Cepat...
mari baca hasil cinta kita,
telah siap ku ukir di daun Maskara,
agar kekal lebih dari kita kisah.

Aku ingin cinta jatimu,
aku ingin sayang padamu,
benarkan aku...
benarkan tenggelam dalam hidupmu.

Pen biru fahami aku,
lebih dari diriku sendiri,
pen biru jelas mengadu,
yang aku rindu mungkin tidak merindu.

DI SA... NA... RANAU

Ingin ku katakan sesuatu,
padamu...
tapi telah ku lupa,
namun yang penting,
aku mengingati dirimu,
dia di sa... na... Ranau.

Melihat sekali lagi senyummu,
melihat berulangkali wajahmu,
ku sebut namamu,
ku tulis di cadar bilik tidurku,
hatiku...
ikut jatuh berkali-kali.

Dalam hidupku biar di fantasi,
jauh dari realiti,
dengan janji,
'kan selamanya akan ku setia padamu.

Tanyalah di mana hatiku kini,
akan terjawab dengan penuh hati,
dalam kabus Kumulus...
dia di sa... na... Ranau.

Thursday, November 21, 2013

BINTANG HATI

Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu pada diriku
Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang suria hingga tenggelam...

...telah seribu kali ku dengar lagu itu,
adakah kerana suka?
adakah kerana dia...
hendak ku kata cinta,
tapi cinta terlalu milikku,
adakah sekali lagi...
sekali lagi,
perlu ku lepaskan cinta hatiku?
...dan terus mencari lagi?

Jika katanya tak perlu,
akan ku terus padanya,
jika hanya tawar,
jangan aku disalahkan.


Kerana bintang hati ini,
tidak akan bersinar selama-lamanya,
datang siang,
hilang ia diterang cahaya,
saat itu...
hanya mampu aku rindui,
kalaulah...
bintang itu pernah jadi milikku.

Tapi masih belum terlambat bagiku... 

Thursday, November 14, 2013

LARIS

...indahnya hatiku kini,
hanya lagu dicari-cari..
ku harapkan,
hati yang indah akan lebih indah sebentar lagi.


Melihat matamu,
kataku tidak mahu berkata,
melihat tawamu dalam potret itu,
hatiku ingin milikmu.

Hilang sebentar segala keluhan,
kalaulah terus hidup aku begini,
ada lagu,
lagu syahdu,
lagu itu kena di jiwaku.

Akan lariskah buah cintaku,
ada maniskah dalam senyumku,
bagiku..
laris biru si merah jambu,
pegang buku..
dalam hati mungkinkah aku.


Sunday, November 10, 2013

PLAN B

Seluruh tubuh dan jiwaku mengeluh,
rasa sakit..
demam semalam,
rasa penat yang amat keterlaluan.

Kuhentikan semuanya...

Plan B harus perlu bermula.

Ku labuhkan tubuhku,
selepas mencapai teman lamaku.

Ku peluknya dengan kenangan lalu,
tiba-tiba hari itu datang semula,
di saat hidupku baru bermula,
masih muda dan riang remaja.

Hanya perlu aku menyanyi..
berulang-ulang,
hingga terhasil sebuah lagu percintaan,
yang pasti ilham kisah cintaku.

Ku teruskan... menyanyi,
sehingga hilang aku dari alam nyata.
Di tepiku gitar kayu,
peneman bila hidupku gundah.


Thursday, November 7, 2013

KU UNDUR DIRI

Hampir pukul satu,
sudah lama ku tunggu,
hujan ini berhenti..
tiga jam.

Basah tubuhku,
kecut sudah telapak jariku,
tidak terlawan remuk hati ini.
Bunga-bunga luruh ditiup taufan Sandi Wara.

Melangkah ku tangguh dahulu,
hendak mengutip serpihan cinta,
yang gugur dalam medan percintaan.
Akan nanti kuhiaskan bekas lukaku dan kusiramnya dengan minyak Saloma.

Agar tiap pagiku,
tidak lagi mengenang malam perpisahan,
pejuang cinta abadi,
telah terkubur di belakang,
tersepit bersama langkah ku undur diri.



Wednesday, November 6, 2013

AKU BUKAN UNTUKMU

Hendak berkata apa lagi,
jika telah engkau luah begitu,
...

Ku tahu,
segala yang berlaku telah tempat dan waktu,
seakan hendak ku ubah karma,
mampukah?

Yang ku pinta,
buat engkau tidak terkata,
laksana berbunga; bunga di musim luruh,
seperti camar; terbang di dalam laut biru.

Bernafas ku tak mampu,
hendak mengatakan cinta..
teguh tak terdiri,
menatap mata sendiri.

Katamu,
aku bukan untukmu...

Tuesday, November 5, 2013

PELUANG TERAKHIR

Begitu banyak cintaku,
tidak pernah akan kau tahu,
begitu banyak kenangmanisku,
ku harap denganmu akanlah yang paling indah.

Benarkah hatiku ini?
Jika tidak,
kenapa semua punya rasa...?

Dikata aku buaya..
kenapa dia dekat padaku?

Tidak takutkah dia,
akan ku baham hatinya..

Salah.
Semua anggapan mereka salah.
Semua salah...

Mereka tidak menghargai cinta,
kasih yang diberi pada manusia...

Kekal kau pada yang satu,
kerana dia terus denganmu.

Kekalku terbantut-bantut,
kerana mereka tidak terus denganku.

Ku harapkan...
ini peluang terakhir bagiku.
Tidak mahu ku mula sesekali lagi,
cukuplah yang terakhir denganmu.

Tolonglah kekal setia denganku.. ratuku...
kerana kau berbeza..
kerana kau gadis impianku.

Cinta yang pertama akan jadi yang terakhir,
janganlah yang terakhir jadi yang pertama semula.
Kasih bukan pertandingan.

Sunday, November 3, 2013

DARI KAU SAJA BAH

Teramat indah sebuah ungkapan cinta,
walau kadang, cinta menyakitkan..
itulah sebuah syair yang begitu mengharukan,
sangat membekas di hati ini.

Apa lagi yang lebih indah selain cinta,
ada lagikah yang lebih luka selain cinta..
belum lagi berdarah,
sudah pun merasa parah.

Bosan,
sungguh aku sudah bosan,
hendak berhenti dari berkata cinta,
tapi kenapa masih juga rasa..
dari kau saja bah..
dari kita sendiri.

Namun jujurnya aku ungkapkan,
aku belum cukup bersedia..
untuk pergi meminang,
jangankan hendak datang merisik,
nama kampungmu pun belum aku tahu.


Saturday, November 2, 2013

SI DIA BAITU

Di saat bangunku dicemari mimpi,
mimpi yang ngeri,
dalamnya kau pergi,
pergi...

Kubawa diriku ke tepi gunung,
di sana aku mahu mengadu,
belum sempat aku membuka sayu,
geseran batu kecil berbunyi..
krek...
krek...
krek... tiap langkah berbunyi.

Sungguh.. damai yang datang.

Setelah seratus langkah,
berhenti di pautan tali jerami,
ku genggam bersandar,
tapak tanganku merasa ngilu,
jika ini kugosokkan sepanjang perjalanan,
pasti luka berdarah,
seperti pernah hatiku.

Tidak mampu ku ulang.

Nun jauh ku memandang..
betapa hebatnya ciptaan alam,
aman kurasakan,
serasa ia memberitahu,
untuk hatiku tabah seperti mereka.

Sedar diri...

Kutarik nafasku dengan penuh mendalam,
terhidu aku bau kenangan,
kuingat..
waktu kita melintas di sawah bendang,
memijak rumput liar yang melepaskan..
bau baur kerinduan.

Membara jiwaku..
ingin menyalahkan seseorang,
bisik hatiku, 'si dia baitu...'
dia membuat aku..
mencinta tapi kecewa... semula.


Friday, November 1, 2013

HOW I WISH

Tidak semestinya mendung hari,
akan hujan sebentar lagi..
daun yang bergoyang mungkin bukan kerana angin,
ada beruang sedang menggaru di bawah dahan.

Tiada kepastian,
dalam hidup ini...

Kuharapkan cintaku berbalas,
namun tidak,
ia bukan untukku,
katanya.

Berpaling ku ke sana,
dengar pula namaku dipanggil..
sayang...
hatiku gusar bagai dikisar,
suara itu,
su.. a.. ra itu...
bukankah dia,
yang pernah menolak cinta dariku.

How I wish..
that would happen to me,
yesterday,
when I was turning myself from you.